April 29, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

JAKIM harus sediakan Masjid Bergerak untuk Bazar2 Ramadhan seluruh Malaysia!

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dah masuk Ramadhan ke 12, hari ini. Namun, saya rasa pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di ‘Malaysia Madani’ terus alpa dan tidak mengimarahkan bulan Ramadhan al Mubarak ini dengan membiarkan jutaan umat Islam SeMalaysia ini terus leka dengan mengharungi Bazar-bazar Ramadhan seantero negara ini tanpa mempedulikan kewajipan menunaikan solat-solat Fardhu Zohor serta Asar!

Saya sering membaca berita akan tidak solatnya para peniaga makanan di Bazar-bazar Ramadhan kerana masing-masing terlalu sibuk berniaga dan tidak peduli langsung akan kewajipan solat-solat fardhu tersebut. Sama juga dengan para pelanggan mereka yang lebih ghairah membeli juadah untuk berbuka puasa daripada meluangkan masa 5 ke 10 minit untuk solat!

Pihak urusetia penyedia tapak Bazar Ramadhan se Malaysia tidak berusaha untuk menyediakan ruang solat kepada ribuan pengunjung satu-satu bazar Ramadhan. Mereka lebih tertumpu kepada soal Fulus! Masing-masing akan berkata, bukan tanggung jawab mereka. Semua akan menuding jari kepada pihak berkuasa agama tempatan dan kebangsaan seperti JAKIM, JAIS dan segala JA yang berkaitan.

Kerajaan Malaysia Madani seolah alpa dengan peranan yang harus mereka mainkan untuk membimbing dan mentarbiyyah baik para peniaga Bazar Ramadhan serta jutaan umat Islam yang menghurung segala Bazar Ramadhan yang ada. 

Hendak seribu daya Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri dan segala Tok Nenek yang memegang kuasa dan mengaku diri sebagai Ulil-Amri. Itu belum mengambil kira setiap Ketua-Ketua Agama seantero Malaysia. Jangan nanti dok ikut macam dalam lagu ‘Oh Bangau!’ 

Kat negara Jepun dan Indonesia, pemerintah menyediakan Masjid Bergerak untuk kemudahan rakyat mereka yang beragama Islam. Saksikan!

JAKIM dan segala JA [Jabatan Agama] juga sepatutnya menyediakan Pusat Dakwah Bergerak dengan menggunapakai truk-truk pengiklanan 3D serta mempunyai sistem layar LED dan sistem siaraya seperti berikut:

Menteri Agama dan Menteri Komunikasi boleh berusaha menjadikan ini sebagai realiti dan tidak membiarkan masa keemasan di dalam bulan Ramadhan nan mulia ni habis begitu saja! 

PMX @ Anwar Ibrahim tentu mahu merealisasikan segala janji-janji nya untuk memartabatkan Ad Deenul Islam selaku negara Malaysia Madani! Bukan nya Kerajaan My Daughter & Bini seperti di kata netizen! 😛

Saya berharap sungguh supaya impian saya ini akan menjadi kenyataan di bumi bertuah ini. 

Visits: 77