December 2, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Yahudi Ortodoks menentang Zionis Israel!

Tahu kah anda tentang Yahudi Ortodoks? Mereka ini adalah Yahudi yang cukup anti sama sekali dengan golongan rejim Zionis Israel pimpinan Benjamin Netanyahu!

Yahudi Ortodoks ini menamakan kumpulan mereka sebagai Neturei Karta dan mereka aktif memprotes terhadap Rejim Haram Zionis Israel!

Bagi anda yang mahu mengenali apakah bentuk ajaran yang di ikuti kumpulan Yahudi Ortodoks Neturei Karta ini, tonton lah video keterangan oleh Rabbi Yisroel Dovid Weiss di bawah.

Zionis Israel tidak mengamalkan ajaran Judaism tetapi lebih kepada Nasionalisme Zionis. Mereka lebih cenderung terhadap penghapusan sama sekali identiti Palestin dari tanah rampasan mereka. Polis Zionis Israel kerap memukul Yahudi Ortodoks ini yang tidak mahu ikut serta dengan Rejim Israel.

Maka, sedar lah anda bahawa bukan semua Yahudi itu menentang kewujudan negara dan orang-orang Arab Palestin.

Yahudi Ortodoks mahu Palestin di kembalikan kepada penduduk asal dan Rejim Zionis Israel di bubarkan! Cuma mereka tidak mempunyai militer atau pasukan bersenjata untuk menentang atau memerangi tentera Zionis. Setakat membentang sepanduk Anti-Israel dan Kemerdekaan Palestin! Membakar bendera Israel!

Kebanyakan rakyat Malaysia mahupun dunia sering menuduh bangsa Yahudi sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan sedangkan yang berperangai kebinatangan itu adalah golongan rejim Zionis Israel! Bukan seluruh kaum berbangsa Yahudi.

Sedarlah kita bahawa ramai dari kalangan para Nabi dan Rasul umat Islam kita sendiri berasal dari keturunan Bani Israel! Nabi Ibrahim, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain nabi serta rasul berbangsa Yahudi juga.

Makanya, harus kita tahu membedakan antara Yahudi Ortodoks dan Rejim Zionis Israel Laknatullah!

Hits: 15