April 30, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

CEO / PENGERUSI FINAS makan GAJI BUTA? Keluhan Industri Kreatif Malaysia …

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Saudara Rozaidi bin Abdul Jamil atau nama glamornya, Zed Zaidi (gambar di atas) menghubungi saya, dan mengirim Kenyataan Rasmi SENIMAN [tertera di atas] berhubung kemelut yang sedang di hadapi Industri Kreatif Negara yang kini seolah buntu atau mati akal akibat mempunyai CEO / Pengerusi FINAS yang bagaikan makan ELAUN /GAJI BUTA hasil pelantikan politik kerajaan dahulu.

Saudara Zed Zaidi turut mempersoalkan bagaimana Kementerian Komunikasi dan Digital [dahulunya Kementerian Komunikasi dan Multimedia] boleh membenarkan CEO FINAS turut duduk sebagai Ahli Lembaga FINAS pada tempoh yang sama?

Bukankah terdapat [conflict of interest] di dalam pengurusan dan pentadbiran FINAS bilamana CEO nya dan Ahli Lembaga FINAS adalah orang yang sama?

Presiden SENIMAN berharap Menteri Komunikasi & Digital yang baru, YB Fahmi Fadzil akan menamatkan mana-mana pelantikan politik kerajaan dahulu dengan segera bagi mengelakkan sebarang salah guna kuasa dan kedudukan di dalam pentadbiran FINAS sekarang.

Sila buktikan bahawa YB Fahmi Fadzil mampu mengotakan kata mahu menaikkan taraf dan mutu Kerajaan ‘Perpaduan’ pimpinan PM ke 10, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim!

Laporan berkaitan ada di terbitkan di laman-laman berikut:

Kelesuan Industri Kreatif Malaysia berpunca dari kelemahan pucuk pimpinan Industri Filem Negara yang di bawah kuasa FINAS.

Bila FINAS tidak di terajui oleh orang yang benar-benar faham akan keperluan industri, maka dunia perfileman negara kita akan suram dan jauh ketinggalan seperti sekarang ini.

Filem Mat Kilau seperti ‘a flash in the pan’! Beruntung nasib sebab ada sentimen kenegaraan seperti kita semua sedia maklum. Filem-filem lain belum tentu akan menerima nasib yang serupa.

Visits: 665