January 27, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Perikatan Nasional jangan jadi baloq! Mulakan kerja menawan hati negara!

Para pemimpin Perikatan Nasional harus sedar bahawa mereka teramat hampir menjadi Kerajaan Persekutuan Malaysia dan hanya tewas angkara pengkhianatan Presiden UMNO merangkap Barisan Nasional yang lidah bercabang!

Seluruh Malaysia terpedaya dengan slogan-slogan,’ No Anwar! No Pakatan! No DAP!’ yang seringkali di laungkan di-pentas Perhimpunan Agong UMNO dan semasa kempen-kempen PRU ke 15 yang sudah!

Perikatan Nasional harus belajar dari segala ini dan mengemaskini seluruh organisasi dan jentera pilihanraya mereka. Parti-parti komponen PN se-eloknya merombak cara operasi mereka dan membaik pulih mana-mana bahagian yang perlu.

Kejayaan di arena politik ternyata bersandar pada persepsi para pengundi dan rakyat secara keseluruhan. Amat kurang mereka yang bijaksana termasuk yang bersemayam di istana! Semuanya mudah kena kelentong Anwar Ibrahim dan anak murid politiknya Zahid Hamidi.

Tuan/Puan mesti belum lupa rakaman perbualan telefon berikut. Sila ulang dengar betul-betul dan kaji setiap patah perkataan yang di sebut mereka dan nada suara masing-masing. Anda tidak perlu menjadi seorang ahli sains politik untuk sedar akan suatu konspirasi atau komplot yang ternyata berhasil angkara durjana mereka berdua.

Rakaman ini di buat sesudah Perhimpunan Agong UMNO 2020. 2 Tahun sudah. Jauh sebelum PRU ke 15. Ini jelas menunjukkan betapa kedua-dua Presiden PKR dan UMNO tetap erat pertalian perhubungan mereka sejak mereka mula aktif di dalam Pemuda UMNO lagi dan takkan putus sampai akhir hayat kedua-dua mereka. 

Anwar tidak menafikannya. Tonton dan kaji kandungan video di atas. Perhalusi setiap ucapannya. Bila dia tanya apa masalahnya jika benar, itu adalah suara-suara mereka?

Bila sudah tidak boleh berdalih lagi, akhirnya Zahid mengakui ketulenan rakaman perbualan beliau bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim. 

Sekarang, segalanya terdedah benar belaka dan walaupun hakikat pembelotan kedua-dua pemimpin parti politik yang sebelum ini merupakan musuh sejak sekian lama kini bergabung sebagai komponen ‘Kerajaan Perpaduan’ Malaysia [2022-2027]!

Anwar Ibrahim berjaya di dalam misinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas berpuluh tahun walaupun pernah di sabitkan bersalah di dalam dua kes salah laku seks luar tabii dan di penjarakan. Kisah hidup beliau memang penuh segala macam liku-liku dan sepak terajang yang tak mungkin sesiapa di antara kita sanggup lalui. Samada memang benar atau tidak jenayah-jenayah itu di lakukannya, kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa!

Kembali kepada topik artikel ini, Perikatan Nasional kini seumpama peribahasa Melayu lama,’ Ayam terlepas; tangan berbau tahi!‘ ‘Nasi sudah menjadi bubur‘ dan seumpamanya.

PRU ke 15 sudah berlalu. Samada suka ke tidak, semua pihak perlu menerima hakikat semasa. Tidak ada lagi ruang atau peluang untuk mana-mana pihak melakukan sabotaj seumpama ‘Langkah Sheraton‘ atau ‘lompat parti’ bagi menumbangkan kerajaan yang sedang berkuasa sekarang melalui proses demokrasi.

Jika menurut peta ini, segala kawasan berwarna hijau, sedang dikuasai Perikatan Nasional. Jangan buang masa, mengeluh nasib atau bermuram wajah. Ayuh! Bangunkan kawasan-kawasan itu. Buat kerja!

Nak tukar kerajaan, sila memulakan kerja-kerja menawan hati rakyat dan para pengundi SeMalaysia melalui kerja-kerja kebajikan dan menambah mutu tahap kehidupan rakyat di negeri-negeri yang di bawah kuasa Perikatan Nasional.

Sistem demokrasi negara kita berasas kepada sistem yang bertunjangkan Perlembagaan dan perlembagaan itu pula di dokong oleh sistem monarki berperlembagaan. Raja dan Sultan-Sultan Melayu tidak berkuasa secara mutlak dan kuasa-kuasa Duli-Duli Tuanku tertakluk kepada apa yang dipersetujui semasa Perisytiharan Merdeka dari kuasa Kolonial British pada tahun 1957.

Saya sarankan supaya pihak pemimpin Perikatan Nasional buktikan kepada rakyat Malaysia akan kelayakan mereka untuk memerintah Malaysia di masa akan datang dengan membawa imej mereka sebagai pembangkang yang berprinsip dan tidak sama sekali terlibat dengan sebarang salah guna kuasa dan jenayah rasuah serta menjaga tata tertib dan mesra rakyat walaupun tidak terlantik menjadi Kerajaan Pusat penggal 2022-2027 ini.

Tuan/Puan tidak perlu malu. Alhamdulillah, sekiranya benar Tuan/Puan di dalam Perikatan Nasional tidak terlibat dengan apa-apa salah laku semasa berkuasa sebelum ini. Namun, para pemimpin Perikatan Nasional harus sedar bahawa anda semua sentiasa di dalam pemerhatian rakyat Malaysia dan pemantauan Allahu Rabbul Alamin dan para Malaikat Nya. Setiap masa tanpa leka.

muhyiddin-yassin

Kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Haji Muhyiddin @ Mahiaddin Haji Yassin, seruan saya adalah, andai benar Tan Sri sangat kaya dan memiliki harta beratus-ratus juta seperti dakwaan Tan Sri Annuar Musa sebelum ini bahawa Tan Sri Muhyiddin sanggup memberikan begitu banyak sumbangan puluhan juta ringgit kepada UMNO Sabah, apa salahnya Tan Sri Muhyiddin gunakan kekayaan Tan Sri untuk membantu rakyat Malaysia yang susah dan miskin sementara masih bernyawa ini?

~~~@~~~

Ebit Lew, dermawan ulung negara kita, tidak ada agenda politik seperti mana kita semua tahu namun beliau terbukti sanggup pergi membantu semua yang beliau sempat ziarah dan menghulurkan bantuan ikhlas kepada rakyat tanpa membezakan bangsa, keturunan dan agama.

Iya, beliau juga tidak terlepas dari di fitnah dan dituduh begitu begini tetapi saya percaya, andai beliau bertanding di mana-mana kawasan DUN atau Parlimen, besar kemungkinan, Ebit Lew akan menang. Insya Allah.

Cuba para pemimpin Perikatan Nasional ambil iktibar dari contoh kerja-kerja kebajikan Ustaz Ebit Lew ini. Dia tak jatuh miskin, Tan Sri Haji Muhyiddin dan Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang! Malah perniagaan Ustaz Ebit semakin berjaya dan maju! Semakin banyak dia bersedekah, semakin melimpah ruah rezeki dari Allahu Rabbi!

Bayangkan jikalau Ustaz Ebit masuk politik! Apakah peluang kejayaan beliau di arena siasah negara, nanti?

Namun, usah kita berbicara tentang kemungkinan itu kerana ianya cuma sebagai contoh sahaja. 

Marilah kita berbicara tentang realiti politik semasa. Perikatan Nasional bukannya suatu entiti politik sementara. Tuan/Puan hidup dan akan mati sebagai ahli politik negara ini. Alang kepalang berpolitik, biar berjaya secara ‘gentlemen’. Budiman. Berprinsip. Berpegang kepada segala tuntutan agama kita. Kata di kota. Bukan kaki kelentong dan kaki auta.

Betul-betul boleh di harap dan di percayai. Bila mati nanti, jiwa tenang dan tidak perlu risau nak rak, khuatir menghadap Malaikatul Maut dan Malaikat-malaikat Munkar dan Naqir Alaihis Salatusalam.

Berdiri dengan tawadhoq’ menghadap Allah. Tuan/Puan berjuang secara ikhlas. Rendahkan diri. Tidak perlu sombong atau megah diri. Segala pangkat, kedudukan dan harta dunia takkan ikut ke liang kubur. Hanya amalan masing-masing sahaja.

Belajar menawan hati manusia dan akur terhadap perintah Allah. Nescaya, ada manfaatnya.

Teruskan usaha dan andai kata sudah terkasar laku dan bicara, beranilah untuk meminta maaf secara ikhlas dan terbuka. Ingat, anda tidak akan rugi apa-apa dengan bersifat sebagai Mukminin dan Mukminat sejati dan sebenar.

Jangan kibar bendera putih, Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam telah bersabda,’ Berusahalah untuk keperluan hidup di dunia ini seolah akan hidup seribu tahun. Beramal soleh lah untuk keperluan akhirat anda seperti akan mati sebentar lagi.

Insya Allah. Semoga bermanfaat peringatan dari hamba ini.

Debu dunia.

Hits: 218