Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.
“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)
Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.
Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agama.
Mungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.
Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad, berkata solat sangat di tuntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir.
Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)
Syeikh Ismail menegaskan, banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.
“Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.
“Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah,” katanya.
Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
Katanya, Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ia sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati.
Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam Surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)
Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)
Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.
“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.
Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.
“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya.
Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.
“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.
Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Sumber: Harian Metro
Hits: 3
Sebagai anak, susah mak dan ayah kita hendak mendengar nasihat anak. Percayalah, saya tau.
Apa yang boleh kita buat adalah menunjuk contoh yang baik dan banyakkan berdoa kepada Allah semoga Allah membuka hati mereka. Insya-Allah, mereka akan dibukakan hati mereka. Kita berusaha, hidayah itu di tangan Allah.
Kita boleh nasihat tapi jangan sampai mereka terguris. Biarlah, janji kita telah menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Biarlah selepas itu. Itu urusan antara dia dan Allah. Antara kita dan mereka masih perlu menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka.
Assallamualaikum
Satu perkataan yang Snow boleh “describe” tentang mentua pembaca blog mahaguru, iaitu “kesian atau kasihan”. Sudah tak sedar kah dia “dunia kata pergi, kubur kata mari”. Tapi akibat sudah ditutup pintu hati nya oleh Allah s.w.t maka jadilah dia seorang manusia yang jahil atau bodoh sombong. Sedang kan kita yang masih muda masih terfikir apa akan jadi sebentar lagi, lalu terus menyerahkan diri sebulat bulat kepadaNya. Kita boleh mendoakan untuk seseorang untuk perubahan dengan syarat seseorang itu juga harus berdoa untuk dirinya didepan Allah s.w.t. dan di depan Allah itu adalah ketika kita bersolat. Kalau kita tak bersolat, maknanya bukan Allah tak nak buka pintu hatinya, malah tak hingin langsung. Tunggu jer lerr. Maaf maharugu, penulisan agak bertaburan, ini kes “impromptu” kerana rasa sungguh “kesian kat golongan situa tua” yang tak sedar diri.
Selamat berbuka puasa untuk mahaguru serta keluarga.
Wallahualam
Wassallam
Assalamualaikum jacques,
Pembaca saya itu risau memikirkan apakah hukum agama didalam menguruskan jenazah mertuanya itu nanti bilamana orang tua itu meninggal kerana selama ini beliau degil tak hendak solat kepada Allah?
Realiti sebenar mertuanya adalah ayah mertuanya seorang India Muslim manakala ibu mertuanya seorang mualaf. Asalnya beragama Hindu namun sesudah memeluk Islam tidak pernah mengamalkan ajaran ajaran Islam sampai ke saat ini!
Suami pembaca blog saya ini dilaporkan cuma solat Jumaat sahaja. Solat 5 waktu tidak dilaksanakan langsung.
Suami beliau seorang jurutera.
Jadi itulah beliau menghubungi saya meminta nasihat tentang bagaimana hendak menasihati mertua dan suaminya itu kerana masing masing degil, tak terima nasihat. 🙁
Ni kira kes buluh dah kematu. Bukannya rebung nak boleh lentur lentur?
Dalam bahasa Penang, dah kertu!
Makanya saya nasihat gini :
Jika sekiranya mereka meninggal, maka uruskan sahaja ikut kebiasaan.
Terpulang kepada nasib mereka bilamana berdepan dengan kedua Malaikat Mungkar dan Nakir?
Sebagai anak menantu, beliau wajib menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau terhadap mereka.
Tentang sang suami, maka eloklah dinasihat secara berhemah.
Insya Allah akan dimakbulkan Allah jika berdo’a sang isteri memohon Ar Rahman membuka pintu hati suaminya untuk beribadah kepada Allah.
Apa pendapat tuanhamba berdua?
Assallamualaikum
Mahaguru, (ni tengah sober). Betul yang diperkatakan oleh Mahaguru. Orang utara kata apa, kertu, orang Johor kata “laklok”.
Kalau pasal perkebumian itu, dah nak buat macam mana, kalau kematian datang secara mendadak “without prior notice” timbangkatinya terserah lah pada Malaikat yang diperintah Allah s.w.t. seperti yang Mahaguru katakan, Malaikat Mungkar dan Nakir.
Kita bukan pandang serong tentang orang orang sebegini, tak kiralah dia mualaf ke, lain bangsa ke, kalau Islam kenalah ikut ajaran dan perintah Allah s.w.t. NO COMPROMISE. Dia suruh anakandanya bukti melalui AlQuran Alkareem tentang “debat” perintah solat. Nah… rasanya, surah Al Ikhlas yang pendek tu pun belum tentu dia tahu (verdict: usah cakap menghayati, rupa Al Quran pun belum tentu dia kenal). Snow tak pandang hina orang macam ini, tapi Snow kasihan, selagi boleh berdoa untuk dia, kita doakan sahaja, kabul atau tak kabul dia yang tanggung akibat perbuatanya sendiri.
Wallahualam
Wassallam
Wa’alaikumsalam snow,
Memang tepat apa yang snow katakan.
Sebenarnya saya pun turut kasihan pada golongan sebegini yang semakin tua semakin keras hati mereka dari mengingati Allah.
Saya puji kematangan fikiran snow dan cara snow menyampaikan kata kata snow.
Bertuah lah diri lelaki yang menjadi pasangan snow kerana Alhamdulillah, diri tuanhamba telah matang dari segi fikrah agama dan jua hal ehwal duniawi.
Semoga snow dilindungi Allah SWT selalu.
Amin.
Wassalamualaikum wr wb.
Betul tu.
Soal hubungan dgn Allah. Itu biarlah mereka yang menghadapinya.
Yang penting kita jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Ya, kita sedih melihat ibu dan ayah kita kufur. Namun hati mereka bukan boleh dipaksa. Nanti kita dipanggil derhaka. Berdoa banyak-banyak. Mungkin kita juga ada salah dengan mereka yang menyebabkan mereka tidak mahu menerima ‘nasihat’ kita.
Yelah, diorang cakap. Mengata dulang paku serpih. Mungkin kekurangan diri kita menyebabkan mereka susah nak mendengar bicara kita. Banyak lagi sebab.
Apa pun jangan berputusa asa dari rahmat Allah.
Bab syurga atau neraka itu bukan hak kita untuk menentukan kemana mereka. Mungkin disebabkan oleh doa kita yang berterusan Allah akan mengampunkan mereka nanti.
Bila mana matinya anak Adam, 3 perkara masih menghubungkan mereka dengan dunia. salah satunya “doa anak yang soleh”.
Assalamualaikum jacques,
Alhamdulillah. Saya setuju benar dengan komen jacques.
Anak anak yang menghadapi masaalah yang sama dengan kedegilan ibubapa mereka untuk akur kepada Allah SWT harus berusaha dengan gigih dan sabar untuk membawa ibubapa mereka kembali kejalan Allah.
Seandainya usaha anak anak gagal, maka serahkan sahaja urusan arwah ibubapa mereka itu sekiranya mereka meninggal dalam keadaan kufur terhadap Allah kepada pertimbangan Ar Rahman.
Tanggungjawab anak anak itu telah mereka lakukan sedaya upaya mereka.
Bab nasib ibubapa mereka yang meninggal dalam keadaan kufur itu hendaklah kita serahkan kepada Allah SWT.
Begitu juga dengan isteri ataupun suami yang menghadapi masaalah sama- pasangan mereka engkar terhadap Allah SWT.
Sekiranya sesudah dinasihati , pasangan mereka masih degil, enggan mengamalkan ajaran Islam, maka mintalah bantuan ulamak yang muktabar,Insya Allah akan ada bantuan Allah SWT untuk membuka pintu hati mereka untuk kembali kepada fitrah kita sebagai abdillah.
Pokoknya, sesuatu keadaan itu takkan berubah jika tidak dituruti dengan tindakan dan usaha yang berterusan.
Hendak seribu daya tuan puan, saudara saudari.
Tak hendak seribu dalih.
Wallahu alam bissawab.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assallamualaikum
Ma kasih ma kasih. Malu lak Snow dibuatnya. (Mahaguru, malu itu separuh dari iman kan?) Tapi.. Snow lebih tahu “capabilities” Snow sendiri. Belum sampai keilmuan Snow sebagaimana sampainya keilmuan Mahaguru yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Masih banyak yang Snow tengah telaah. Doakan yang terbaik untuk Snow ye. Harap Mahaguru dan keluarga berada didalam keadaan sehat walafiat.
Wassallam
Assalamualaikum snow,
Di akhirul zaman ini, orang orang yang beriman dan beramal soleh tinggal beberapa kerat sahaja sepertimana telah bersabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam 1429 tahun lalu?
Makanya wanita wanita beriman seperti snow harus disokong dan diberi galakan untuk terus memantapkan minda, menambah ilmu agama didada dan dibantu didalam segala sudut.
Saya berpegang pada prinsip menghargai sesama insan selagi saya masih bernyawa.
Malaikatul Maut senantiasa memantau kita 70 kali didalam sehari.
Kita tidak tahu bila saat kematian kita jadi lebih baik kita luahkan sahaja apa apa perasaan kita sementara masih berkesempatan.
Bagi saya, snow adalah seorang Muslimah yang patut disokong kerana menzahirkan ciri ciri seorang Muslimah yang berilmu dan berani menyatakan pendapat selaras dengan tuntutan agama Islam kita nan suci!
Tahniah!
Wassalamualaikum wr wb.