September 22, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Mahkamah Sivil mencerobohi Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Malaysia!

Apa nak jadi dengan negara kita ini? Semakin lama, semakin bercelaru dan terancam dengan masaalah-masaalah perundangan yang timbul akibat Mahkamah Sivil dah mula mengatasi bidang kuasa Mahkamah Syariah dan membatalkan keputusan penghakiman yang dilakukan Hakim Mahkamah Syariah!

Ada sahabat saya, seorang Peguam Syarie, menyampaikan berita kurang menyenangkan hati saya bahawa sekarang ini Mahkamah Sivil telah mencerobohi bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mendakwa bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana orang yang melakukan jenayah Syariah terutamanya salah laku seksual.

Menurut video di atas, Ketua Hakim Negara telah membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa seorang peliwat kerana tidak di luluskan bidang kuasa Mahkamah tersebut oleh Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen.

Apakah perintah Allah dan Syariat Islam boleh di beza-bezakan antara negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu ini ataupun di seantero dunia?

Kita semua hairan kenapa Ketua-Ketua Agama Islam yang menjunjung Al-Quran dan bersumpah untuk mempertahankan Agama Islam, Bangsa dan Warisan Melayu serta Tanah Melayu ini diam membisu terhadap petaka ini!

Walau berbagai label dan slogan di cipta oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia melalui Kerajaan Persekutuan, ia nya tidak membawa sebarang makna kepada realiti sebenar kedudukan Islam di tanahair ini.

Abdullah Badawi dengan Islam Hadhari nya sekadar temberang kosong! Timbalan Menteri yang kononnya menjaga Hal Ehwal Agama Islam pernah di laporkan sebagai berkata, jika dah terdesak sangat tidak salah melacurkan diri demi menyambung kehidupan!

Kini timbul pula Islam Madani di zaman pemerintahan Anwar Ibrahim yang pernah menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia pada suatu ketika dahulu. Islam Madani apa ke benda Brader Anwar sampai Mahkamah Syariah Malaysia seolah di cabut taringnya dengan pencerobohan bidang kuasa nya oleh Mahkamah Persekutuan yang di terajui oleh seorang Ketua Hakim Negara wanita!!!

Ada ayat Al-Quran yang melarang umat Islam menyerahkan hal ehwal kehakiman pada wanita. Surah An Nisa Ayat ke 34.

Ini antara penyebab Malaysia semakin Ghaflah Jingga!

Yang kononnya Ketua-Ketua Agama Islam tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap Ad Deenul Islam! Makanya setiap peguam serta Hakim Mahkamah Syariah tenggelam punca hari ini!

Datang lah pulak geng Madani beri amaran jangan dok cakap tentang 3R! [Race=Bangsa], [Religion=Agama], [Royalty=Raja]

Yakpur Salam betoi!

Apa maknanya kita ni bernafas sebagai Umat Islam di Tanah Melayu ini seandainya kita plaster mulut tentang Agama, Bangsa dan Tanahair ini?

Apakah kita semua takkan mati?

Nak jawab apa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala bila di Padang Mahsyar nanti???

Hits: 40