January 27, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Janji demi janji, demi janji Anwar Ibrahim ~ Kelentong King! :P

Diriwayatkan dari sahabat, Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

“Tanda orang munafik itu ada tiga:

(1) jika berbicara, ia berdusta; 

(2) jika berjanji ia tidak menepati; dan

(3) jika diberi amanah, dia khianat.” (HR. Bukhari no. 33 dan Muslim no. 59)

Keterangan maksud dari hadis di atas, bahawa sesiapa saja yang memiliki tiga karakter di atas, maka boleh dipastikan bahawa terdapat cabang kemunafikan dalam dirinya.

Hal ini juga dikuatkan oleh hadits yang diriwayatkan dari sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

“Terdapat empat perkara yang jika semuanya ada pada diri seseorang, maka jadilah dia orang munafik tulen. Dan jika ada pada dirinya salah satunya, maka dia memiliki sifat kemunafikan, sampai dia meninggalkannya, (iaitu):

(1) jika berbicara, dia berdusta;

(2) jika membuat perjanjian, dia melanggarnya;

(3) jika membuat janji (untuk berbuat baik kepada orang lain, dia menyelisih janjinya; dan

(4) jika bertengkar (berdebat), dia melampaui batas.” (HR. Bukhari no. 34 dan Muslim no. 59, lafaz hadis ini milik Bukhari)

© 2022 muslim.or.id
Sumber: https://muslim.or.id/47562-hukum-menepati-janji.html

Sudah terlalu banyak janji-janji manusia yang kini di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 yang tidak di tunaikannya sejak mula ia berkecimpung di dalam politik negara.

Dari Kg. Buah Pala, Bukit Glugor, Pulau Pinang, kisah janji demi janji Raja Kelentong terakam di dalam catatan sejarah.

Pemimpin-pemimpin politik seperti Anwar ghairah berjanji begitu begini di dalam berkempen untuk mempengaruhi para pengundi di dalam pilihanraya. Namun, bukan semua janji-janji itu akan di tepati. Kerana mereka lupa bahawa memungkiri janji itu amat buruk padahnya. Mampu menjerumuskan diri ke api neraka!

10 janji 100 hari. Apakah akan di penuhi? Atau akan hilang juga seperti embun di hujung rumput.

Hits: 519