Bagi anda yang tertanya-tanya, mana perginya pendesak Dong Zong, gabungan Ultra Kiasu DAP harami selepas ikon legenda pujaan hati mereka Anwar Ibrahim berjaya menguasai Putrajaya, usah bingung lagi!
Baru tak sampai beberapa hari Anwar menjadi Perdana Menteri ke 10, mereka sudah menuntut Kerajaan ‘Perpaduan’ yang diterajuinya sekarang, untuk mengiktiraf UEC, memberi peruntukan dana khas untuk sekolah menengah persendirian bebas Cina dan meluluskan 11 cadangan berikut:
Sumber berita: sabah.sinchew.com.my/20221125
Rujukan: https://www.1media.my/2022/11/dong-zong-gesa-kerajaan-baru-iktiraf.html
Kota Kinabalu, Sabah : Dong Zong menggesa kerajaan baharu mengiktiraf sijil UEC Sekolah Menengah Cina bebas dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina secepat mungkin.
Menurut laporan Sin Chew Daily, mesyuarat bersama Persatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia (Dong Zong) kali ke-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan, termasuk menggesa kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina Persendirian secepat mungkin.
Pada pilihanraya umum ke-15, Pakatan Harapan sekali lagi memasukkan mengiktiraf UEC dalam manifesto Pilihan rayanya.
11 Cadangan yang diluluskan dan diterima oleh Dong Zong adalah seperti berikut :
- Berdasarkan fakta bahawa perlembagaan dan undang-undang negara kita telah menetap status undang-undang pelbagai sistem pendidikan kerajaan dikehendaki menggubal dokumen panduan “Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya” secepat mungkin untuk memastikan kesaksamaan pendidikan dan hak kepada pendidikan bahasa ibunda.
- Berdasarkan hal pendidikan bahasa ibunda dan sistem pendidikan pelbagai aliran yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang negara kita, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menginstitusikan dan memperuntukkan sumber secara saksama dan memperuntukkan dana untuk pendidikan pelbagai aliran mengikut keperluan masyarakat.
- Menggesa kerajaan menggubal undang-undang di kongres untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan pendidikan bebas untuk menyelia operasi kuasa awam, melaksanakan tadbir urus yang baik, meningkatkan kecekapan, dan menghapuskan penyalahgunaan seperti salah guna kuasa dan rasuah.
- Kerajaan dikehendaki mengagihkan dana, guru dan peralatan rangkaian kepada sekolah di semua peringkat secara adil dan seimbang, bagi memperbaiki jurang pendidikan bandar dan luar bandar serta menyediakan persekitaran pendidikan yang mantap dan selamat
- Menggesa kerajaan mengiktiraf sijil UEC secepat mungkin sebagai kelayakan kemasukan ke Universiti awam dan organisasi perkhidmatan awam. Pada masa yang sama, kerajaan juga digesa merangka mekanisme untuk membina sekolah menengah cina swasta secepat mungkin, dan memperuntukkan dana secara sistematik bagi memenuhi permintaan.
- Kementerian pendidikan diwajibkan memperkenalkan seni khat pelbagai etnik termasuk Khat Jawi, Cina dan Tamil dalam bentuk yang tidak termasuk dalam standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) selaras dengan keadaan negara yang pelbagai dalam negara kita.
- Meminta kerajaan membetulkan kandungan yang salah dalam buku teks sejarah sekolah rendah dan menengah, dan mengesahkan sumbangan pelbagai etnik kepada penubuhan Malaysia.
- Kerajaan dikehendaki menggubal sistem latihan guru yang komprehensif untuk menyelesaikan sekali dan untuk semua kekurangan guru Cina di sekolah rendah Cina dan sekolah menengah kebangsaan dan kelas bahasa Cina.
- Menggesa kerajaan memulihkan status undang-undang “Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan”. memenuhi janji tahun ini, dan menambah baik keadaan pembangunan sekolah menegah jenis kebangsaan,
- Menggesa kerajaan untuk menyokong secara aktif organisasi masyarakat sivil dan institusi pendidikan bukan berkeuntungan untuk menyumbang kepada pendidikan dan lebihan pendapatan mereka dikecualikan daripada cukai, dan dikecualikan daripada membayar Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), sambil membenarkan penderma dan institusi untuk menikmati potongan cukai.
- Menggesa kerajaan untuk merumuskan sistem pembesaran dan penempatan semula yang menyeluruh untuk semua sekolah bagi memastikan mereka mempunyai bahagian yang saksama dalam sumber pendidikan negara, dan kerajaan melaksanakan perancangan pembinaan sekolah bagi semua sekolah asal, termasuk semua dana dan sekolah, tanah yang diperlukan untuk penempatan semula dan pembinaan sekolah mikro, supaya sekolah itu dapat disiapkan dengan jayanya.
Pada tahun 2020, Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming pernah berkata DAP sanggup keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan sekiranya UEC tidak di beri pengiktirafan. Baca sari kata video berikut.
Nga Kor Ming menakutkan orang ramai semasa kempen PRU ke 15 baru-baru ini dengan menyatakan bahawa Malaysia bakal berakhir seperti Afghanistan andai kata Perikatan Nasional menang!
Mantan Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengulas tentang Dong Zong yang menurut beliau adalah amat rasis dan sentiasa menentang segalanya yang berkaitan Melayu.
Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk tetap mendaulatkan Ad Deenul Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Kedaulatan Bangsa dan Bahasa Melayu di Malaysia ini.
Ini janji-janji PM ke 10, Dato Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri baru-baru ini. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat samada kata akan di kota? Atau sekadar meneruskan retorik percuma!
Teringat apa yang pernah di ucapkan mantan PM ke 4 dan ke 7 kita dahulu semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001:
Terbukti benar setiap kata-kata Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad! Kita semua harus sedar dan tidak cepat melupakan segala jasa-jasa Tun mempertahankan kepentingan-kepentingan Alif, Ba dan Ta!
Terima kasih Tun! Kami rakyat Malaysia yang sedar diri amat menghargai Tun.
Hits: 444
Liabiliti kepada pakatan harapan. Bukan saya hendak racist, tetapi Kita boleh bandingkan dengan MCA YG agak progressive. Terus terang DAP NI memang nampak kebodohan Dan silap mementingkan tengkuk sendiri. Anwar Ibrahim harus meleraikan keadaan ini secara bijak Dan memperjelaskan isu ini jika ingin kekal lama.
Bagi la peluang kpd pimpinan Kerajaan baharu ni utk melihat dan melaksanakan inisiatif dan dasar yang lebih kepada rakyat khususnya ekonomi selepas pasca COVID ni.xhbs2 dgn tuntutan,sekiranya dilayankn semua percayalah majoriti akan bangkit bersuara dan tekanan akan diberikan kpd Kerajaan ni.
Jiwa Bebas, saya setuju dengan pandangan tuan. Saya pun bukan anti-Cina, malah amat menghargai warganegara kita yang berbangsa Cina tetapi berjiwa patriotik dan tahu hidup dengan aman serta harmoni bersama semua rakyat Malaysia.
Cuma saya tidak setuju dengan keterlampauan puak ekstremis Dong Zong serta beberapa orang pemimpin DAP yang rasis ini.
Syaifulz, saya pun dah redha dengan ketentuan Allah di mana Anwar Ibrahim sudah pun rasmi sebagai Perdana Menteri ke 10 Malaysia.
Namun, saya tetap akan bersuara mempertahankan Alif, Ba dan Ta selagi masih bernyawa.
Saya memegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukunegara dan hidup menurut peribahasa.’ Di mana bumi dipijak, di situ langit saya junjung.
Mereka ini @ Dong Zong tak sedar diri di untung!
Semoga PM10, Dato Seri Anwar Ibrahim tidak melayan segala kehendak puak ekstremis ini.
Padahal mereka dah pernah dapat bantuan Kerajaan Malaysia dahulu: https://www.malaysiasedar.com/2021/10/03/kerajaan-luluskan-peruntukan-15-juta-kepada-sekolah-persendirian-cina-presiden-dong-zong-harap-peruntukan-lagi-pada-tahun-hadapan/