January 27, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Anwar Ibrahim akhirnya berjaya! PM Tepi dah jadi PM ke 10! Namun ….

 

Bukan sedikit cabaran demi cabaran yang menimpa manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Apa yang tidak di kata mengenai warga emas berusia 75 tahun ini? Cuba imbas kembali sejarah hidup PM ke 10 ini:

Bagi mereka yang alpa tentang segala apa yang telah berlaku, mungkin tak sedar akan liku-liku perjalanan kehidupan manusia bergelar Anwar Ibrahim ini, mereka terikut-ikut gelombang laungan Reformasi yang di cetuskan Anwar ala gerakan protes massa di Republik Rakyat Indonesia.

Anwar Ibrahim berjaya menarik sokongan orang-orang Cina dan India di Malaysia dengan mendakwa bahawa Malaysia ini bukan hanya milik orang-orang Melayu! Saksikan:

Dengan sokongan parti politik pembangkang Cina Ultra seperti DAP, Anwar Ibrahim berjaya mendorong beratus ribu malah berjuta masyarakat Cina, India dan Melayu Malaysia untuk membentuk Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti nya sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat @ PKR, Parti Tindakan Rakyat @ DAP [Democratic Action Party] dan Parti Islam seMalaysia @ PAS!

Bermula lah golakan politik di tanahair kita ini dari tahun 1998 sehingga kini! Sudah 24 tahun, politik Malaysia kucar kacir tak sudah-sudah! 

Namun, parti dominan Barisan Nasional pula tidak sesempurna mana dan ianya di terajui Pemimpin yang Rasuah, Salah Guna Kuasa, Bermewah-mewahan dengan hasil mahsul Khazanah Negara yang di songlap sehingga terdedahnya Skandal Pemusnah Kemajuan Malaysia, iaitu Skandal 1MDB!

Begitu begini, akhirnya Perdana Menteri ke 6, Dato Seri Najib Razak di sabitkan bersalah di dalam kes rasuah SRC yang berkait dengan kes 1MDB dan di jatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan kini di tahan di Penjara Kajang.

Sesudah itu, berlaku lah pertukaran Perdana Menteri  ke 7, kembali nya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan pula, berkongsi kuasa dengan musuh politik lamanya DAP, PKR dan Amanah.

Tumbang Kerajaan Pakatan Harapan dengan langkah Sheraton Move di gerakkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin [PPBM], Tan Sri Hadi Awang [PAS], Dato Seri Azmin Ali [PKR], Datuk Seri Zuraida Kamaruddin [PKR] dan lain-lain. Muhyiddin Yassin di lantik menjadi PM ke 8 dan menjadi Pengerusi Perikatan Nasional.

Seperti biasa, berlaku lagi lompat melompat oleh Ahli-Ahli Parlimen yang korup dan memaksa Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai PM ke 8 sebab tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Di lantik lah pula Dato Seri Ismail Sabri mewakili Barisan Nasional melalui kerjasama dengan Perikatan Nasional dan PAS. Ismail Sabri sebagai PM ke 9 pula tidak dapat bertahan lama sebab Presiden UMNO sekarang Dato Seri Zahid Hamidi berhadapan dengan pelbagai kes di mahkamah.

Maka di desaknya Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU ke 15! Ucapan Zahid di Perhimpunan Agong MIC mendedahkan kekhuatiran Pengerusi BN itu akan menerima nasib serupa Najib andaikata BN tidak menjadi dominan sekali lagi.

Malangnya Zahid salah perkiraan dan menerima kekalahan terburuk bagi BN dengan cuma mendapat 30 kerusi di dalam PRU ke 15!

Namun, Perikatan Nasional cuma mampu memenangi 73 kerusi Parlimen manakala Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi. Walaupun pada awalnya Perikatan Nasional merasa bahawa mereka mempunyai kelebihan mudah dengan bergabung bersama parti politik Sabah dan Sarawak serta sokongan 10 ahli Parlimen BN, mereka di cantas oleh Zahid Hamidi!

Langkah Seri Pacific membantutkan cubaan Perikatan Nasional untuk mendapatkan kelebihan majoriti mudah di mana mereka mengaku sudah ada kelebihan jumlah sokongan ahli-ahli parlimen.

Sebaliknya, realiti bahawa Pakatan Harapan telah berjaya mendapatkan sokongan penuh dari BN pimpinan Zahid Hamidi serta parti-parti politik Sabah dan Sarawak. Saksikan:

Langkah Zahid Hamidi memaksa 30 Ahli Parlimen akur kepada perjanjian yang telah di tandatangani mereka untuk taat kepada keputusan Majlis Tertinggi BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan serta blok-blok parti politik Sabah dan Sarawak untuk mempunyai kelebihan majoriti dan di persembahkan kepada Istana Negara untuk diputuskan, siapa PM ke 10?

Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa bilamana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memutuskan untuk melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Saya sendiri telah lama berpendapat bahawa Malaysia tidak seharusnya berperdana-menterikan Anwar Ibrahim yang saya kira masih seorang penyokong rejim haram Zionis Israel, berdasarkan apa yang saya saksikan di dalam rakaman video [2010] lama ini, di mana Anwar Ibrahim berpendapat bahawa keselamatan Israel itu penting untuk di ambil kira.

Anwar juga beri pendapat bahawa penganut-penganut agama lain juga berhak mengguna pakai ‘Kalimah Allah’ dan pandangannya ini bagi saya adalah bertentangan dengan apa yang saya faham tentang akidah yang asas bagi seorang Mukmin! 

Tidak boleh kita membiarkan mana-mana Kaffir menyembah berhala atau apa sahaja objek penyembahan mereka dan menggunakan kalimah suci ‘Allah’ untuk tokong atau kefahaman kufur mereka itu. Saya tetap dengan iktikad saya ini bahawa Anwar Ibrahim salah di dalam berpandangan begitu. Melainkan ia bertaubat nasuha dan mengaku bahawa ia tersilap!

Jatuh Syirik barang siapa yang mempersekutukan Allah sedemikian rupa!

Terlalu banyak isu dan perkara yang Anwar Ibrahim lakukan dan katakan tentang hak-hak umat Melayu Islam, berkaitan hal ehwal Islam, pendapat yang mengatakan hukum hakam Islam mengenai larangan perhubungan sesama jenis di katakan Anwar sebagai ‘Archaic Laws‘ @ Undang-undang Lapuk, yang saya tetap tidak boleh terima atau diam sahaja.

Betapa beratnya natijah memperlekehkan Hukum Allahu Ta’ala melarang perbuatan terlaknat kaum Nabi Lut Alaihis Salam seperti di wahyukan di dalam Surah Al A’raf ayat ke 80-81:

 

Hukum Allah tentang LGBT

Ramai warga Malaysia yang jahil tentang hukum hakam Allah melarang perbuatan seks songsang dan pluralisma di dalam beragama, meraikan pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah sebagai satu keputusan yang tepat tetapi bagi Mukmin yang sadar akan kekhilafan ini, ianya satu petaka yang pasti membawa kepada kemungkaran di belakang hari.

Anwar Ibrahim sudah di lantik sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi penggal 2022 ke 2027 oleh DYMM Seri Paduka Baginda sekarang dan sebelum ini segala kesalahan serta rekod jenayahnya diampunkan oleh Tuanku Agong sebelum ini tetapi semua ini di dalam dunia sekarang. Hanya di Mahkamah Malikul Mulk, Allahu Ta’ala di Yaum al Akhirat, nasib kita sebenar akan di tentukan.

Mendiang Karpal Singh 1940-2014

Mendiang Karpal Singh pernah berkata ‘Anwar Ibrahim harus bertaubat!’

Hadis Sahih Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam:

Dari Abdullah ibn Abbas r.a. berkata: Nabi ﷺ bersabda: Jika kamu mendapati seseorang melakukan seperti yang dilakukan oleh kaum Lut, bunuhlah orang yang melakukannya, dan orang yang telah melakukannya.

Abu Dawud berkata: Hadis yang serupa juga telah disampaikan oleh Sulaiman b. Bilal daripada ‘Amr b. Abi ‘Umar. Dan ‘Abbad b. Mansur meriwayatkannya dari ‘Ikrimah atas kuasa Ibn ‘Abbas yang meriwayatkannya daripada Nabi (ﷺ). Ia juga telah diriwayatkan oleh Ibn Juraij daripada Ibrahim daripada Dawud b. Al-Husain dari ‘Ikrimah dari Ibn ‘Abbas yang meriwayatkannya dari Nabi (ﷺ).

Realiti dunia sekarang adalah hukum hakam Agama Islam tidak di amalkan secara yang di perintah Allahu Ta’ala dan sebaliknya semua negara-negara yang kononnya Negara Islam cuma memilih hukum Islam yang mereka suka dan mengubah pelaksanaan nya menurut suka hati sang pemerintah.

Ada perbezaan pelaksanaan Hukum yang kononnya Hukum Shariah menurut status seseorang itu. Rakyat marhaen akan terus di kenakan hukuman manakala golongan bangsawan sering di lepaskan. 

‘Ulul ‘Amri dunia sekarang tak adanya yang benar-benar melaksanakan perintah Allah dan Sunnah Rasulullah. Kita cuma mampu berusaha mengamalkan ajaran-ajaran Islam dan anjuran Nabi mengikut kemampuan diri sendiri. 

Hadis Sahih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam:

Diriwayatkan daripada Ka’b bin ‘Ujrah yang berkata: “Rasulullah (s.a.w) keluar kepada kami, kami terdiri daripada sembilan; lima dan empat. Yang pertama dari bilangan untuk orang Arab, dan yang terakhir untuk orang bukan Arab. Dia berkata: ‘Dengar, adakah kamu mendengar bahawa selepas ku akan ada pemimpin, sesiapa yang masuk ke lingkungan mereka dan membenarkan kebohongan mereka, dan menyokong mereka dalam penindasan mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya. , dan dia tidak akan minum dari Hawd bersama-Ku. Dan sesiapa yang tidak memasuki mereka, tidak membantu mereka dalam kezaliman mereka, atau merelakan kedustaan mereka, maka dia dari saya, dan saya dari dia, dan dia akan minum dengan saya di Hawd.’

Sumber Rujukan : https://quranx.com/hadith/Tirmidhi/In-Book/Book-33/Hadith-102/

Berwaspadalah Saudara/Saudari Sesama Muslim. Kita kini sedang hidup di Akhirul Zaman. Bilangan kita selaku Umat Muhammad hari ini memang ramai tetapi kita bagaikan buih di hujung ombak lautan. Lemah dan tidak punya kekuatan.

Rujuk lah Kitab-kitab Hadis Nabi dan rajin-rajin lah membaca Tafsir Al-Qur’an al Karim kerana mereka yang kononnya ‘Alim ‘Ulamak sebenarnya sudah tidak berani menyatakan yang Hak dan kebanyakan mereka lebih mementingkan pangkat dan kedudukan duniawi semasa.

Berhati-hati lah juga agar tidak terpedaya dengan mana-mana golongan yang kononnya mengajak ke Syurga kerana telah terbukti hakikat mereka adalah di sebaliknya.

Debu Dunia ini cuma mampu berdo’a kepada Allah untuk kita selamat dari tipu daya dunia.

Allahumma inni a’udhu bika min ‘ilmin la yanfa’u wa min qalbin la yakhsha’u wa min nafsin la tashba’u wa min da’watin la yustajabu laha

“Ya Allah, aku memohon perlindungan dari-Mu terhadap ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak merasa takut akan diri-Mu, dari jiwa yang tidak pernah merasa puas, dan dari doa-doa yang tidak terjawab.”

Amin Ya Rabb.

Kebenaran itu mesti di nyatakan supaya Keadilan dapat di tegakkan!’

Mahaguru58

Hits: 298