September 28, 2022

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Pasar Ikan dan Pasar Tani UTC Kuantan ~ Beli-belah menjelang Raya

Pagi tadi, isteri mengajak pergi membeli keperluan dapur di Pasar Besar Kuantan dan kemudian kami ke Pasar Tani depan UTCKuantan.

Ikan Tenggiri dan Udang bersaiz besar memang segar dan harga jauh lebih murah dari KL. 

Satu keseronokan berbelanja keperluan dapur kat Kuantan ni, adalah kerana mudah mendapatkan bekalan makanan laut yang segar dan harga berpatutan. Tengok lah kesegaran ikan yang sedang di kerat tu!

Sekali terserempak dengan si Bylal yang comel ni! Bapa dia kata memang ejaan nama dia gitu! Hehehehehe. Semoga dia membesar dengan sihat dan selamat. Amin.

Hebat oo Kuantan! Tak payah susah-susah! Order Online je! 😀 Dah canggih brader!

Kemudian, kami menuju Pasar Tani depan UTC Kuantan. Pelbagai macam sayur-sayuran dan bekalan makanan di jual di sini.

bantu-ayah-berniaga

Jumpa budak-budak ni rajin membantu ayah mereka menjual sayur-sayuran kat Pasar Tani UTC. Esok besar jadi tauke nampak gaya nya. Insya Allah.

Jumpa pulak si Aleesya ni yang sedang didukung ayahnya. Saya berseloroh kata habis lah! Tak ada dah nama nama Melayu! Semua nak berbunyi Mat Salleh! 😛

Ternampak pula gerai penjual topi berlambang ‘Capal Nabi’!

Sekarang ni ada geng pelaku bida’ah macam ni. Mengada-adakan sesuatu lambang dan mengaitkannya dengan bentuk capal Nabi!

Macam-macam kreko ada di zaman ni. Berwaspada lah dari terpengaruh dengan Jebon-jebon lagu ni.