Anak-anak zaman sekarang takkan tahu bagaimana suasana Hari Raya Aidil Fitri sebenar yang pernah di sambut masyarakat Melayu Semenanjung zaman dahulu.
Salah satu kebiasaan budak2 di kampong adalah pergi beraya dari setiap rumah orang2 yang beragama Islam secara berkumpulan. Maka beramai-ramai lah kami akan memberi salam,” Assalamualaikum! Kami mai nak beraya!“
Hahahahaha! Ada tuan rumah akan jemput masuk untuk makan juadah Hari Raya dan minum air botol F&N, Sarsi atau 7Up! Ada yang menyediakan air ais kordial! Best ooo..!
Lepas makan minum, kami akan beratur untuk bersalam Raya dengan tuan rumah. Dapat lah ‘Duit Raya’ masing-masing. Kadang dapat seorang 2 kupang @ 20 sen dan ada rumah yang beri seorang 5 kupang @ 50 sen!
Jarang lah ada mana-mana tuan rumah yang hulor seringgit seorang! Melainkan orang kaya-raya di kampong kami!
Yang kelakarnya, ada kumpulan budak2 yang tak mahu masuk beraya, makan minum dan hanya nak ‘beraya’ saja! Faham-faham saja no! Depa cuma nak duit raya! Salam berisi! 😀
Budak2 sekarang mana nak berbuat begitu dah? Masing-masing sibuk mengadap ‘smartphone’ dan perkara pertama mereka kan tanya tuan rumah adalah,’ Ada WiFi tak?’ dan kedua, ‘Apa password WiFi?’
Zaman dah berubah beb!
Hits: 4
More Stories
Is Mahathir wrong when he says that thieves are leading Malaysia?
Malaysia’s Political Instability contributing to the weakening Ringgit!
CEO / PENGERUSI FINAS makan GAJI BUTA? Keluhan Industri Kreatif Malaysia …