Ramadhan. Bulan paling mulia didalam takwim @ kalendar Islam. Mulia kerana ianya bulan yang menjadi bulan dimana umat Islam di perintah Allah Azza Wa Jalla untuk melaksanakan ibadah Puasa @ Saum di sepanjang waktu siang dari sebelum terbitnya matahari sehingga ianya terbenam. Puasa @ Siyam ini adalah Rukun Islam yang Ketiga.
Firman Allahu Ta’ala didalam Surah Al-Baqarah, Juzuk ke 2, Ayat 183 didalam Al-Qur’anul Karim:
Keterangan lebih terperinci didalam ayat berikutnya tentang Puasa @ Siyam yang diperintahkan Allah ke atas setiap Mukmin terdapat didalam Ayat ke 184, Surah Al-Baqarah:
Untuk anda yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang ibadah Puasa @ Siyam, boleh melayari pautan ini.
Didalam menjalani kehidupan kita sebagai umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam, kita hendak lah menurut segala sikap dan sifat Rasulullah, Khatamun Nabiyyi, didalam melaksanakan apa sahaja ibadah dan tatacara hidup seorang Mukmin.
Allahu Rabbul Alamin telah berfirman, didalam Surah Al-Ahzab, Ayat ke 21:
Namun, cuba kita semak semula, keadaan kebanyakan dari umat Islam, dewasa ini. Bagaimana mereka jauh tersasar dari hidup menegakkan Ad Deenul Islam dan sebaliknya sibuk mengejar tuntutan hawa nafsu masing-masing. Mereka berlumba-lumba untuk hidup bagaikan Kafir dan bangga dengan segala harta dan kemewahan duniawi yang bersifat sangat sementara ini.
Tidak banyak perbezaan dengan cara hidup kebanyakan Muslim hanya pada nama ini dengan orang-orang Kafir yang kufur terhadap Allahu Rabbul Alamin dan engkar terhadap seruan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam.
Setiap tahun semakin ghaflah dengan gelagat masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam di negara kita ini yang nampak sebagai tidak peduli tentang tujuan sebenar Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan hamba-hamba Nya (kita ini lah) untuk berpuasa pada bulan Ramadhan al Mubarak!
Masyarakat kita sudah jauh terpesong dari tujuan sebenar Allah memerintahkan umat Islam untuk berpuasa dan melaksanakan segala amal ibadah semasa berpuasa itu.
Namun apa yang kita saksikan sekarang adalah sikap sebahagian besar Umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam untuk lebih tertumpu terhadap berniaga itu dan ini sehingga mereka lebih cenderung untuk berniaga di bazar-bazar Ramadhan dari memenuhi masjid-masjid Allah untuk beribadah!
Mereka berhempas pulas mendirikan khemah-khemah dagangan dan bersesak-sesak di tapak-tapak bazar Ramadhan sehingga terbitnya keadaan bagaikan Pesta Pora menjual pelbagai macam makanan dan minuman tanpa pedulikan kewajipan Solat dan Dhikr yang di tuntut Ad-Deenullah!
Timbul persoalan. Ramadhan ini bulan beribadah atau bulan mentekedarah?
Gambar di atas adalah contoh keterlampauan seorang Muslim di Timur Tengah yang mentekedarah semasa berbuka puasa! Perut membusung sehingga tiada upaya dirinya untuk melakukan ibadah yang sepatutnya. Na’uzubillah!
Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam menganjurkan kita supaya bersederhana didalam segala perkara yang kita lakukan didalam kehidupan kita.
Bulan Ramadhan sepatutnya dimanfaatkan bagi menghapuskan segala dosa-dosa lampau dan cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan apa-apa dosa baru. Usah berfikir bahawa diri itu masih muda dan akan sempat bertaubat!
Malaikatul Maut takkan terlewat barang sesaat atau terawal barang sedetik. Sudah berkali-kali saya mengalami perkara sebegini didalam kehidupan saya bilamana anak saya sendiri meninggal dunia, padahal ianya baru berusia 33 tahun dan sebelum dirinya meninggal, ianya tegap berbadan perkasa.
Saya baru kembali ke KL sesudah pergi menghadiri majlis pengebumian arwah kakak ipar saya di Kuantan. Menurut anak saudara kami, ibunya tiba tiba rebah ketika di bilik air dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Malaikatul Maut tetap menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa alpa!
Makanya penting bagi kita selaku umat Islam yang sedang diberi peluang teristimewa oleh Rabbul Jalil untuk memartabatkan Ramadhan al Mubarak 1443 Hijrah ini dengan memperbanyakkan amal ibadah dan bertaubat dari mensia-siakan bulan paling mulia didalam takwim Islam ini dengan menumpukan perhatian kita terhadap amal ibadah dan tidak beria-ia nak berniaga atau mentekedarah segala macam makanan dan minuman sehingga mengabaikan peluang-peluang keemasan untuk kita mencari Keredhaan Allah!
Semoga pesanan saya ini ada manfaatnya bagi Muslimin dan Muslimat sejagat. Insya Allah.
Debu dunia,

Hits: 2
Terbaik Tn Hj sila teruskan berkarya
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa meninggalkan komen kata kata semangat untuk saya. 😍🤗👍🤲
Kita wajib menegur sesama manusia supaya hidup berpandukan ajaran Islam yang diturunkan Allah, Tuhan Semesta Alam 👍