March 21, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Syirik Tanpa Sedar ~Henotheism.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara dan Saudari yang di kasihi.

Henotheism. Dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi dalam Bahasa Melayu, tidak ada satu perkataan khusus baginya.

Namun pengertian nya adalah perlakuan Syirik Tanpa Sedar.

Syirik Tanpa Sedar.

Bagaimana sahaja di panggilkan keadaan ini, Henotheism tetapi hakikatnya adalah bahawa kita sedang memperbincangkan tentang perbuatan sebahagian besar masyarakat kita. Melakukan Syirik Tanpa Sedar.

Ini adalah Dosa yang Paling Besar.

Sesuatu yang kebanyakan kita tidak sadar akan berlakunya keadaan ini didalam kehidupan seharian kita.

Dan bilamana saya menulis serta menerbitkan artikel semalam dalam blog saya tentang perkara ini seperti yang saya jangka, tidak ada sebarang respons atau maklumbalas yang sampai kepada saya.

Tidak ada sesiapa yang berani mengulas tentang perkara ini.

Mungkin sebab artikel saya didalam Bahasa Inggeris.

Makanya sekarang ni saya menulis dalam Bahasa Melayu dan juga merakamkan satu rakaman yang pendek, menerangkan tentang perkara ini.

Supaya dapat Tuan-tuan dan Puan-puan, mengambil iktibar.

Ini adalah satu perkara yang penting dan perlu kita mengambil kira tentang nya, didalam usaha kita untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Seorang Muslim adalah seseorang yang percaya, sepenuh penuhnya terhadap Allah.

Yang percaya terhadap para Rasul dan para Nabi.

Yang percaya terhadap para Malaikat.

Yang percaya terhadap Kitab-kitab Suci Allah yang telah diperturunkan.

Yang percaya terhadap Qada’ dan Qadar.

Dan Yang percaya terhadap Hari Pembalasan.

Yaum Al-Qiyamah.

Namun, didalam Malaysia ini, saya percaya ramai yang terperangkap didalam keadaan Syirik Tanpa Sedar ini.  Henotheism. Tanpa mereka sedar akan natijahnya terhadap nasib mereka di Yaum al Qiyamah nanti. Ramai terlibat melakukan Dosa Teramat Besar ini secara tidak langsung.

Penggiat Industri Kreatif, Stesen-stesen TV serta Penerbit-penerbit filem seram turut secara tidak langsung menyumbang kepada meluas nya kesan ‘Henotheism’ ini.

Saya faham, para penggiat industri kreatif perlu mencari bahan untuk dijadikan jalan cerita sesuatu filem cereka tetapi harus ada peringatan kepada para penonton yang beragama Islam akan ketidakwajaran mempercayai kuasa rekaan sesuatu watak seram dan seumpamanya.

Genre Seram-Horror amat di minati para penonton filem dan televisyen. Memang laku. 

Kita perlu mengambil kira bahawa didalam kehidupan nyata, kadang kadang melibatkan sesuatu peristiwa dimana ada penampakan atau kejadian paranormal yang di alami segelintir anggota masyarakat tanpa membezakan sesiapa. 

Sudah sering kita membaca tentang atau menyaksikan seseorang itu kerasukan atau tersampuk dengan entiti paranormal.

Lelaki atau wanita itu akan merasa gerun atau takut terhadap makhluk halus sebegitu atau apa sahaja yang muncul sebagai puaka, begitu begini.

Adanya pula keadaan dimana Muslim yang mempunyai Iman yang amat rapuh.

Yang tidak faham akan apakah sebenarnya Ad-Deenul Islam?

Dan mereka akan mula merasa takjub terhadap objek sembahan yang dicipta atau sesuatu yang dibuat untuk kelihatan begitu luar biasa.

Na’uzubillah!

Semua benda-benda begini adalah ciptaan atau khayalan manusia.

Jadi adalah mustahak bagi seseorang Muslim samada ianya lelaki atau perempuan, muda mahu pun tua, untuk sebenar benarnya percaya akan kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai hanya satu satunya Tuhan kita Yang Maha Esa.

Kita sembah hanya Allah. Tidak yang lain.

Kita juga tidak menyembah para Rasul atau Nabi.

Kita hormati mereka. Tetapi kita tidak menyembah mereka.

Dan kita, selaku manusia, kita juga tidak perlu terlalu terlampau didalam menghormati atau merasa takjub terhadap seseorang manusia yang lain.

Kerana manusia itu juga dicipta.

Tidak kira samada ianya seorang Sultan, seorang Raja atau Presiden atau pun Ulama’.

Kita wajib hanya perlu percaya terhadap Allah, Subhanahu Wa Ta’ala dan sembah hanya Allah sahaja. Tidak pada yang lain.

Jadi, Saudara dan Saudari, sesama Muslim dengan saya, ini adalah suatu peringatan ringkas.

Bagi kita, untuk bermuhasabah tentang tahap Keimanan kita.

Dan untuk sedar dengan sepenuh penuhnya bahawa sekiranya kita terlintas, terfikir bahawa adanya sesuatu kuasa yang lain. Yang mempunyai kuasa ke atas kita ini, maka kita akan terjerumus di dalam kategori Syirik Tanpa Sedar ataupun Henotheism.

Henotheism ini adalah istilah di dalam Bahasa Inggeris. Tidak ada istilah khusus di dalam Bahasa Melayu yang saya tahu  untuk membawa maksud Henotheism.

Yang ada paling dekat adalah perkataan ‘Thiyarah‘ atau ‘Tathayyur‘ didalam Bahasa Arab tetapi intipati nya lain dari apa yang sedang di maksudkan didalam perkataan Bahasa Inggeris yang berbunyi sebagai ‘Henotheism’ ini.

Dimana seseorang itu mengaku menyembah hanya Allah yang Maha Esa tetapi di waktu yang sama, dirinya tidak menolak, mana-mana sembahan, tuhan rekaan dan khayalan manusia yang lain.

Jadi berhati hati lah. Berwaspadalah.

Insya Allah.

Saya berharap semoga kita semua akan selamat dari mala petaka ini.

Perbuatan Syirik Tanpa Sedar.

Itu akan menjerumuskan kita ke dalam api Neraka Jahannam, tuan tuan dan puan puan.

Saudara, saudari, seIslam dengan saya.

Ini hanya satu rakaman audio yang ringkas sebagai permulaan usaha dari saya untuk sama-sama memperingati sesama Islam.

Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan mendengar rakaman pendek ini.

Semoga hari hari kita berlangsung dengan baik.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati kita dengan Iman yang mantap.

Semoga kita mendapat Husnul Khatimah.

Ya, dan sama-sama lah kita mengharapkan Ehsan Allah.

Saya ucapkan Terima Kasih sekali lagi.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hits: 13