Dah masuk hari ke 6, saya berada di WAD Perubatan KK 4, Hospital Kuala Lumpur. Didalam ruangan wad yang saya di tempatkan, terdapat 6 katil pesakit. 2 orang Melayu, 2 orang India Muslim [termasuk saya], seorang India beragama Hindu dan seorang Cina beragama Tao [agaknya].
Bilamana masuk waktu solat, saya peringatkan kepada pesakit-pesakit Melayu tadi bahawa sudah masuk waktu solat fardhu dan eloklah masing-masing mengambil wuduk dan bersolat mengikut kemampuan kudrat masing-masing!
Tetapi ajakan dan peringatan2 saya, hilang begitu saja bilamana pihak2 [MPNS]@ Muslim Pada Nama Sahaja, terus buat bodoh! Saya nasihat selama beberapa hari tetapi ini dah kes ‘Sum Mum Buk Mum Om Yom Fahom Laa Yar Jii Uun‘! Gone Case!
Bukan lah merasa diri tu dah cukup beriman dan beramal, tetapi jiwa ini rasa terkilan bila saudara-saudara se’Islam’ dengan kita boleh berkelakuan seperti itu sedangkan mereka masih berkudrat untuk melaksanakan Solat!
Ini saya tulis tentang sesama pesakit. Entah bagaimana hal nya pula dengan anggota staf hospital? Sentap pula nanti mana mana pihak yang terasa! Mengalahkan sesungut siput babi! 😛
Manusia kan sering begitu! Pantang di tegur atau di-peringatkan! 😀
Walaupun hidup sampai lanjut usia, tak ada gunanya bernafas di bumi Allah ini BILA DEGIL NAK MAMPUS ; ENGGAN SOLAT!!!!
Hits: 16
More Stories
Is Mahathir wrong when he says that thieves are leading Malaysia?
Malaysia’s Political Instability contributing to the weakening Ringgit!
CEO / PENGERUSI FINAS makan GAJI BUTA? Keluhan Industri Kreatif Malaysia …