January 16, 2022

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Restoran Mamak sering jadi mangsa sikap biadap pelanggan kurang ajar!

Saya sudah sering menyaksikan sikap biadap sebilangan pelanggan pelanggan restoran Mamak yang berbuat sesuka hati mereka bila berada didalam premis restoran2 tersebut.

Pagi tadi, ada satu keluarga Melayu yang memilih untuk duduk makan di meja luar tepi dengan sempadan kedai. Ada beberapa meja kosong di ruang dalam restoran tetapi mereka memilih untuk duduk kat meja luar. Saya tahu bahawa pekerja2 kebersihan pasaraya akan memandu kereta mesin pencuci lantai melalui ruang antara meja2 luar itu dan pemilik restoran menyediakan ruang yang cukup untuk laluan kenderaan pencuci itu dan tidak meletakkan meja yang akan menghalang laluan tersebut. 

Andai diletakkan meja tepi dengan kawasan laluan tersebut akan menyukarkan pula para pelanggan lain untuk mengambil makanan kerana konsep restoran yang saya sering kunjungi itu adalah secara Layan Diri. Sekian lama saya dok makan kat sana, belum pernah lagi ada mana mana pelanggan yang sesuka hati mengubah kedudukan kedudukan meja yang di sediakan.

Bilamana sinar matahari pagi memancar terang, tiba tiba keluarga maarop sintok ni pandai pandai tarik kerusi meja tempat duduk mereka kat tepi tu, letak betul betul di tengah laluan orang ramai dan juga menghalang pelanggan2 lain untuk mengambil makanan.

Oleh kerana meja tempat saya sedang duduk makan tu dekat dengan mereka, maka saya tegur secara hormat,‘Adik, jangan bawa meja kesana. Menghalang pelanggan lain untuk mengambil makanan.’

Si lelaki yang saya kira sebagai ketua keluarga tersebut buat tak indah akan teguran saya itu dan buat ‘derk’ saja. Anak-anak dan isteri nya terpaksa diam ikut pe’el degil si lelaki tersebut. 

Tentang kaki merokok, engkau letak lah berapa banyak notis ‘Di Larang Merokok’! Tetap akan berasap sesuka hati mereka. Tak adanya mereka nak hormat kepada pengusaha restoran tersebut.

MATANG LAH SIKIT! Kalau di tegur, SENTAP!!! Mengalahkan Sibut Babi! Dah tua pun masih bangang!!! @#$%^&*!!!