Di zaman wabak COVID 19 sedang mengganas dan menyebabkan negara tercinta kita ini terpaksa di letakkan dalam keadaan Darurat dan kebanyakan perusahaan serta perniagaan di arahkan tutup, ramai yang keputusan duit penyaraan kos kehidupan.
Kesempitan hidup semasa ini bukan sesuatu yang boleh di ambil mudah atau di jadikan bahan perdebatan oleh sesiapa yang merasa dirinya serba tahu atau Ketua Mufti Sedunia!
Ramai ketua ketua keluarga yang sedang buntu fikiran serta bingung tentang cara nak dapatkan duit untuk membayar sewa rumah, kos makan minum diri serta keluarga, ansuran kereta, bil air, api serta telefon dan sebagainya!
Didalam kegawatan ekonomi sedahsyat begini, sudah ramai rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bukan Islam mengambil keputusan membunuh diri mereka!
Semakin ramai rakyat Malaysia yang telah putus harapan sebab kesempitan hidup memilih untuk membunuh diri mereka.
Kemana perginya para jutawan2 Malaysia?
1) Robert Kuok – AS$12.2 Bilion
2) Quek Leng Chan – AS$9.6 Bilion
3) Koon Poh Keong & Adik Beradik- AS$6.4 Bilion
4) Ananda Krishnan – AS$ 5.8 Bilion
5) Teh Hong Piow – AS$ 5.5 Bilion
6) Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng-AS$ 4.9 Bilion
7) Kuan Kam Hon- AS$ 3.8 Bilion
8) Lim Wee Chai-AS$ 3.5 Bilion
9) Chen Lip Keong-AS$ 3.4 Bilion
10) Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei-AS$2.7 Bilion
11) Lim Kok Thay-AS$2.55 Bilion
12) Lao Cho Kun-AS$2.2 Bilion
13) G. Gnanalingam-AS$1.8 Bilion
14) Lim Kuang Sia & Siblings- AS$1.4 Bilion
15) Jeffrey Cheah-AS$1.3 Bilion
16) Tiong hiew King-AS$1.3 Bilion
17) Francis Yeoh & Siblings-AS$1.25 Bilion
18) Syed Mokhtar AlBukhary-AS$1.2 Bilion
19) Lee Oi Hian & Hau Hian-AS$1.15 Bilion
20) Stanley Thai & Cheryl Tan-AS$ 1.1 Bilion
21) Surin Upatkoon-AS$1 Bilion
22) Tan Eng Kee-AS$965 Juta
23) Lim Peng Cheong & Peng Jin-AS$945 Juta
24) Vincent Tan-AS$915 Juta
25) Ninian Mogan Lourdenadin-AS$900 Juta
26) Wong Teek Son-AS$890 Juta
27) Lim Kang Hoo-AS$750 Juta
28) Cheah Cheng Hye-AS$735 Juta
29) David Kong-AS$635 Juta
30) Danny Tan Chee Sing-AS$600 Juta
31) Ngau Boon Keat-AS$560 Juta
32) Syed Azman Syed Ibrahim-AS$550 Juta
33) Wen Chiu Chi-AS$475 Juta
34) Wong Thean Soon-AS$470 Juta
35) Chu Jenn Weng-AS$460 Juta
36) Kong Chong Soon-AS$455 Juta
37) Ng Chai Eng-AS$450 Juta
38) Lau Chee Keong-AS$445 Juta
39) Lim Han Weng-AS$440 Juta
40) Azman Hashim AS$420 Juta
41) Oh Kuang Eng-AS$410 Juta
42) Goh Peng Ooi-AS$395 Juta
43) Loh Kian Chong-AS$375 Juta
44) Ong Leong Huat-AS$370 Juta
45) Patrick Grove-AS$365 Juta
46) Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming-AS$360 Juta
47) Desmond Lim Siew Choon-AS$350 Juta
48) Gooi Seong Lim-AS$340 Juta
49) Steven Siaw Kok Tong-AS$325 Juta
50) Kong Pak Lim-AS$315 Juta
Punya lah penat saya nak salin dan taipkan satu persatu sebab laman web rujukan saya tidak mengizinkan ‘salin & tampal’ data!
Ini belum mengambil kira kekayaan Dinasti Tun Dr.Mahathir Mohamad!
* Menurut laman blog ini, Dinasti Mahathir memiliki:
- Mokhzani memiliki 255 syarikat, dengan jangkaan aset bernilai AS$21 bilion.
- Mirzan memiliki 156 syarikat, dengan jangkaan aset bernilai AS$17 bilion.
- Mukhriz memiliki 128 syarikat, dengan jangkaan aset bernilai AS$13 bilion; dan
- Marina memiliki 52 syarikat, dengan jangkaan aset bernilai AS$9 bilion.
Sebenarnya, saya tak kisah pun akan kekayaan semua orang di atas atau mempersoalkan dari mana punca hasil kekayaan melimpah ruah mereka. Cuma nak tanya satu sahaja.
Apakah bila mati nanti, boleh bawa masuk segala harta kekayaan begitu masuk kubur?
Andaikata setiap jutawan di dalam senarai di atas turun padang, menghulur bantuan RM1,000,000.00 seorang kepada Tabung Bantuan #kempenbenderaputih, dah boleh menyelamatkan sebegitu banyak keluarga2 rakyat Malaysia!!!
Semalam, hari ulangtahun kelahiran aktor Yusri Saleh. Rakan Facebook saya. Bilamana saya ke laman FB beliau, terpampang:
Ini bukan lakonan Tuan, Puan, Tengku2, Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato dan semua manusia yang bergelar di Malaysia. Ini adalah dilemma seorang yang bergelar suami dan ayah. Yusri seorang aktor dan model. Sejak PKP, beliau tidak mendapat sebarang kerja kerana Industri Kreatif Negara di arah berhenti!
Pelakon dan pekerja di dalam bidang perfileman Malaysia di bayar ciput! Kerja mengikut projek. Gaji harian. Tak ada elaun gitu gini seperti yang di nikmati para Menteri dan Datuk Mufti yang sedap mulut keluar fatwa yakpursalam membantah penaikkan #kempenbenderaputih meminta bantuan!
Saya rasa nak menyumpah sahaja siapa yang dok kata sesedap mulut dia mengugut dan menghina orang susah dari menaikkan bendera putih meminta bantuan masyarakat sekeliling atau NGO menghantar bekalan makanan atau menyumbang wang ringgit untuk mengatasi darurat rakyat miskin dan susah!
Saya nak tanya. Tok Imam Masjid, Jawatankuasa Kariah Masjid, Ketua Kampong, Penghulu, Pengerusi JMB, Pegawai Daerah dan Pusat Zakat atau Baitulmal. Apa yang sedang anda lakukan untuk membantu orang-orang tengah susah seperti Encik Yusri Saleh ini?
Inilah masanya anda turun membantu beliau dan setiap rakyat yang mengibarkan bendera putih memohon bantuan. Duit beratus ribu dalam Tabung Masjid tu guna lah untuk membekalkan bantuan makanan dan sebagainya untuk keperluan mereka yang susah.
Jangan asyik nak perbesar dan menaiktaraf masjid tetapi mengabaikan masyarakat sekeliling yang sedang kelaparan.
Ada mangkok hayon, Ahli Parlimen dan Menteri PAS dok larang mengibarkan bendera putih! Konon mereka akan hantar bantuan. Hang boleh tahu kah sapa tengah susah kalau depa tak kibar bendera putih depan rumah depa???
@#$%^&! Celaka lah kamu!
Saya sokong #kempenbenderaputih! Semoga Allah membalas setiap jasa dan bantuan yang diberikan kepada rakyat yang tengah susah!
Saya menyeru YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu saudara Yusri Saleh dan lain lain warganegara kita yang sedang mengalami kegawatan ekonomi.
YB Rina Harun bertanggungjawab ke atas kebajikan rakyat yang sedang kesempitan hidup di kala PKPD sedang dikuatkuasakan di KL dan Selangor. Tampil lah membantu.
Begitu juga dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifudin Abdullah.
YB Datuk dah mengagihkan dana kepada para penerbit dan syarikat perfileman bagi tujuan membantu mereka didalam kerja kerja produksi filem, telemovie dan dokumentari.
Namun, kerja kerja penggambaran masih ada kekangan kebenaran merentasi daerah serta pelbagai lagi tegahan itu dan ini. Harap ambil kira periok nasi segala kru industri kreatif yang sedang lara, tiada pendapatan. Bantu lah mereka Datuk Seri.
Semoga ada tindakan yang bermanfaat dari YB Menteri berdua. Insya Allah.
Hits: 0
More Stories
Is Mahathir wrong when he says that thieves are leading Malaysia?
Malaysia’s Political Instability contributing to the weakening Ringgit!
CEO / PENGERUSI FINAS makan GAJI BUTA? Keluhan Industri Kreatif Malaysia …