December 3, 2021

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Roslan Madun ~ Seniman Warisan Asli Kesultanan Melayu Pahang Darul Makmur. KPKK ~ JKKN peduli ke?

Roslan+Madun

Malaysian Traditional Malay Culture Activist

Kat Malaysia ni, ada tabi’at buruk di peringkat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan atau Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.

Tabi’at buruk yang saya maksudkan adalah buat tak tahu terhadap kebajikan dan keperluan hidup para seniman dan seniwati negara semasa mereka masih hidup.

Bila dengar berita seniman atau seniwati yang semasa hidup tidak dipedulikan mereka, telah menghembuskan nafas yang terakhir dan meninggal dalam keadaan serba susah, maka baru lah mereka datang berduyun duyun, dengan muka muka yang tak malu ni, konon nak tunjukkan duka dan simpati. 

Maka akan di-isytihar lah pulak oleh Ke Bawah Duli, Tuanku Sultan atau Kerajaan Negeri akan penganugerahan pangkat dan darjah kemuliaan terhadap Allahyarham atau Allahyarhamah.

 

 

Radio & Televisyen Malaysia akan sibuk menayangkan semula mana mana filem atau rakaman acara di mana seniman atau seniwati tersebut telah berlakon atau membuat persembahan.
 
Nak buat macamana? Perangai dan pe’el manusia kat Malaysia, tanahair ku ini takkan berubah, sampai Kiamat.
 
Entah lah….
 

 

Bagi anda yang mahu menjemput Seniman Warisan Melayu Asli Malaysia, Tuan Roslan Madun, sudi sudilah menghubungi beliau di talian +60129013636.
 
Insya Allah.