September 27, 2022

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!

Syukur Alhamdulillah. Kami berkesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara kami, Nur Fatin Nabila binti Abdul Hadi bersama pasangannya, Helmy Adnan bin Haji Zainal Abidin, tengahari tadi di Pekan Meru, Klang.

Mereka telah selamat bernikah pada 19hb Mac, 2021 lalu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Oleh sebab ada kekangan tidak boleh merentas sempadan negeri, terpaksa lah kami menonton video pernikahan Bella secara langsung melalui Facebook.

Dah jadi isteri orang, anak saudara kesayangan kami sekeluarga ini. Bella semasa kecil, sering berdamping dengan ibu saudara nya, isteri saya.

Ini anak saudara kami, Tuan Farid Ifwat bin Mohamed Nor Hamzah, seorang Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Iffah Munirah, isterinya yang baru dinikahi pada 7hb Mac, 2021.

Sekatan perjalanan PKP menghalang kami untuk bersama meraikan majlis pernikahan mereka.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati kedua pasangan anak anak saudara kami dengan segala nikmat dan kebaikan duniawi ini dan memelihara kedua pasangan suami isteri ini dari segala bala bencana angkara Jin, Syaitan dan Manusia serta mengimarahkan kehidupan mereka.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, bukakan lah pintu pintu rezeki bagi anak anak saudara kami ini dan lindungi lah mereka sekeluarga dari mara bahaya wabak Covid 19 dan berikan lah mereka Taufik dan HidayahMu untuk menjadi Mukminin dan Mukminat yang Engkau Redhai. 
Amin Ya Rabbal Alamin.