July 28, 2021

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Dato’ dan Datuk Palsu berleluasa di Malaysia! Tangkap @#$%^&* ni semua!!!

datuk-palsu
 

Dulu kita pernah dengar tentang segala macam Dato’ dan Datuk palsu berleluasa dalam negara kita ini sehingga kalau tak salah saya, Sultan Johor pernah berkata, jika kita baling batu ke arah sekumpulan orang, ada kemungkinan akan terkena kepala seorang yang bergelar ‘Dato!

Penyamun penyamun Tarbus ni selalunya terdiri dari mereka yang ingin menggunakan gelaran Dato’ atau Datuk palsu itu untuk tujuan mempengaruhi orang kebanyakan terutama di dalam hal-hal melibatkan bisnes dan urusan perniagaan.

Yang saya hairan adalah kenapa pihak penipu seperti ‘Sultan Melaka’ jadi jadian ni boleh di biarkan oleh Majlis Raja dan Sultan Sultan Melayu bebas kesana sini, menjual darjah kebesaran palsu sampai ke hari ini?

Apakah Duli2 Tuanku semua mengiktiraf si malaon ini dan lain2 pengurnia darjah dan pangkat cap ayam ni?

Agaknya tak lama lagi, segala macam Darjah Kebesaran boleh di beli di Pasar Karat seperti di Lorong Kulit, Stadium Bandaraya, Pulau Pinang; Pasar Karat UTC Ipoh; Pasar Jonker Street, Melaka, dsbnya? 😅

Jika ke https://tinyurl.com/asliketidak dalam Facebook, kita nampak sebegitu banyak yang bergelar Dato’. Ada yang saya kenal memang Dato yang di anugerah darjah kebesaran oleh Sultan dan Raja Melayu. Namun ada juga di antara itu yang #PDRM perlu siasat samada Dato’ anugerah atau Dato’ Petaling Street? 😝

datuk-palsu