December 3, 2021

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Mensyukuri Nikmat Iman tatkala berada di musim Wabak Covid 19 di Akhir Zaman ini.

rukun-iman
Alhamdulillah! Masih di panjangkan usia saya oleh Allahu Rabbul Jalil untuk terus menyampaikan sedikit peringatan berkaitan tajuk ‘ Mensyukuri Nikmat Iman di Akhir Zaman Bhgn 2/2’ ini.
Mari kita mulakan dengan mengkaji Bab Rukun Iman terhadap Allah, Tuhan Maha Pencipta akan semuanya di segala alam ini. Ada pelbagai macam alam. Ada alam zahir dan juga alam batin. Alam Nyata dan Alam Ruh. Yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar kita.
Kita semak carta berikut yang memaparkan prinsp prinsip Rukun Iman didalam Islam.
rukun-iman
Pertama sekali : Percaya kepada Allah.
Allah yang bagaimana?
Siapakah atau apakah Allah itu?
Apakah sama dengan Allah 3 dalam 1 seperti yang di dakwa pihak Gereja Katolik Malaysia baru baru ini? Tuhan Bapa; Tuhan Anak ; Tuhan Ruhul Kudus. Tuhan 3 dalam 1. Trinitas.
Tidak sama sekali! Na’uzbillahiminzalik!
Itu konsep ketuhanan khayalan mereka yang kaffir terhadap Allahu Rabbul Jalil.
Bilamana Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam mendapat wahyu dari Allahu Ta’ala melalui perantaraan Malaikat Jibril Alaihis Salam semasa Nabi beruzlah @ menyendirikan diri dari segala kekalutan kaum Quraisyh Arab Jahiliyyah di kota Makkah dengan berada didalam Gua Hira’ di Jabal Nur,
Baginda di datangi Jibril Alaihis Salam didalam bentuk suatu cahaya yang terang menerangi kegelapan malam yang pekat sambil bersuara:
Bayangkan keadaan kita jika berada didalam kedudukan Nabi Muhammad seorang diri didalam kegelapan malam didalam gua tersebut? Tiba tiba di datangi suatu cahaya terang benderang dan kemudian suara bergema menyuruh kita membaca ‘Iq’ra!’ Baca lah!
Bukan mudah bagi Nabi Muhammad untuk menyampaikan Ad Deenul Islam kepada masyarakat Arab Quraisyh Jahiliyyah yang telah sekian lama menjadi kufur terhadap Allah dengan menyembah 360 patung sekeliling Kaabah dan menyimpang jauh dari Agama Tauhid yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim Alaihis Salam.Bagi anda yang berkesempatan untuk menonton filem klasik ‘The Message‘ arahan Moustapha Akkad, anda pasti akan dapat membayangkan bagaimana keadaan semasa Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam mula menyampaikan risalah Ad Deenul Islam pada penduduk Arab Quraisyh di Kota Makkah dahulu.

Beriman terhadap Allah, Tuhan Maha Pencipta, Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Allahu Rabbul Alamin.

Sesungguhnya adanya lagi usia kita ini di zaman seluruh dunia di landa pandemik Covid 19 ini boleh di kira sebagai ihsan Allah terhadap kita, hamba ciptaan Nya.
Dah berjuta juta orang yang di landa Covid 19. Beratus ratus ribu dah mati. Ada beberapa kes dekat kediaman saya ini. Kurung diri kat rumah. Namun seperti kelaziman manusia, lama lama melewar lah kembali ke serata alam. Covid tak covid, kalau dah jenis tak makan saman, susah nak bendung.
Saksikan seorang ibu yang merakamkan pesanan terakhir nya kepada dunia sebelum ia mati, meninggalkan dunia yang fana ini.
Sayangnya, Sara Montoya, warga Amerika Syarikat ini meninggal sebelum sempat mendiang beriman terhadap Allah. Wallalahu ‘alam samada mendiang pernah di hampiri pendakwah Islam atau pun tidak semasa hayatnya?
Semoga kita sama sama sempat berusaha membaiki diri dan mengemaskini Iman dan Aqidah sebelum menghela nafas kita yang terakhir. Insya Allah.