December 4, 2021

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Beza layanan di Kebanyakan Masjid / Surau dan Kafe-kafe Siber ~ Satu perbandingan Realiti Semasa! Harap Terasa!

hadis-nabi-jangan-sombong

Di kopi paste dari penghantaran WhatsApp oleh Prof Kamal yg turut menjadi ahli group Kesatuan Pesara Kerajaan Malaysia ( KUPEKMAS Kedah )

Seorang lelaki pergi ke Masjid. Dia lupa mematikan (silent mode) handphone nya dan secara tiba-tiba berdering waktu sedang berdoa.

Gambar hiasan jamaah berdoa

Gambar hiasan berdoa secara berjamaah dalam masjid

Seorang takmir menegurnya dari depan, beberapa orang jamaah turut memarahinya apabila selesai berdoa karena dia sudah mengganggu kekusyukkan dan ketenangan mereka ketika berdoa tadi  .

Apabila dia pulang, dia menceritakan kisah itu kepada isterinya. Dia mengharap akan mendapat simpati dari isterinya tetapi isterinya turut memarahinya di atas kelalaiannya. 

Sejak itu, dia memutuskan untuk tidak  lagi melangkahkan kakinya ke Masjid itu.

DAN

Malamnya, dia pergi ke ”cyber cafe”. Masih merasa gugup dan tergoncang dengan peristiwa tadi, dia dengan tidak sengaja telah  menumpahkan minumannya di meja.

Pelayan ”cafe” dengan pantas meminta maaf dan memberikan kain lap bersih untuk dia  membersihkan pakaiannya.

Petugas kebersihan pula dengan segera datang mengelap dan membersihkan lantai. Pengurus ”cyber cafe” datang  membawakan minuman ganti. Dia juga memberikannya pelukan serta berkata “Jangan bimbang, sikit punya hal, siapa lah yang tak pernah buat silap?”

Sejak saat itu, ia tidak pernah berhenti datang ke ”cafe” itu.

PENGAJARAN:

Terkadang sikap buruk kita sebagai orang ‘beriman’ menyebabkan ada jiwa-jiwa yang terdorong masuk  ke neraka. Kita memagari diri kita seakan kita adalah orang-orang yang tersangat suci. Perasan ‘MAKSUM‘!

Bagaimana kah kita, boleh berbicara tentang ketenangan jiwa, bilamana fokus kita hanya untuk mencari kesalahan-kesalahan orang lain sahaja?

Mari lah kita mengasah kembali mata hati kita, untuk tidak mempersoalkan siapa benar ataupun siapa yang salah? Respon kita terhadap sesuatu keadaan, yang menentukannya.

KESIMPULANNYA:

Ramai benar AJK Masjid dan Surau yang perasan bahawa mereka itu lah sebaik baik manusia dan tersangat lah suci! Gerenti masuk syurga secara ekspres mengalahkan ‘bullet train’.

Orang lain semua ada saja cacat celanya dan tak boleh pakai. Bawa bawa lah beringat, ya syeh, ya maulana, ya ostad!

Sadaqa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam. Laa hawla wala quwwata illa billah hil a’liyyil adzim🍃

#MuhasabahDiri

#Pengajaranbuatkita

#JihadDakwah