July 28, 2021

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Sarawak Report menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong! Apa tindakan PDRM?

Pagi tadi, saya terbaca terbitan Sarawak Report di Facebook dan merasa terkilan dengan keceluparan dan kebiadapan media pengadu domba #1 di negara kita ini dan disusuli dengan Malaysiakini. 


Sarawak Report naik tocang selepas mereka berjaya mempengaruhi kebanyakan masyarakat kita untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak dahulu dan menaikkan Kerajaan Pakatan Harapan yang d terajui mantan PM ke 4, Tun Dr.Mahathir Mohamad.


Saya sendiri menyokong Tun sebab benci dengan keterlampauan kleptokrasi Najib Razak dan gaya hidup mengalahkan Sultan-Sultan dan Raja Melayu oleh bini Najib, Rosmah Mansor.


Kerajaan PH cuma bertahan selama 22 bulan dan ranap selepas Tun Dr. Mahathir sendiri selaku PM ke 7, meletakkan jawatan secara tiba-tiba selepas berlaku perebutan kuasa di antara ahli-ahli parlimen yang rata rata tiada prinsip dan gila kuasa dan harta.


Maka, Sarawak Report yang kecewa dengan perubahan kuasa ini sakit hati dan kembali menjalankan kerja-kerja menghasut masyarakat Malaysia melalui portal durjana mereka.


Kali ini sasaran mereka adalah PM ke 8, Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin yang mereka cap sebagai Perdana Menteri ‘Kerajaan Pintu Belakang’ 


dan 

kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 16, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang kini mereka tuduh ingin berkuasa mutlak!


Sarawak Report tidak pula menyalahkan Sang Gila Kuasa Ahli Parlimen Langkawi yang gatai pungkoq gi letak jawatan sebagai PM ke 7 kerana tak mahu mengalah kepada desakan Pakatan Harapan untuk serah kuasa PM kepada Anwar Ibrahim, protege lama dia yang dendam tak sudah-sudah di antara mereka berdua.


Tup-tup lepas letak jawatan walaupun ketegaq nak mampoih tak mahu dengar nasihat Duli Tuanku supaya jangan letak jawatan, lani dok meroyan nak jatuhkan Tan Sri Muhyddin pula!


Lantaran itu, saya telah mengutus emel berikut kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haji Zainol Abideen <mahaguru58@gmail.com> 07:21 am to rmp@rmp.gov.my

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan/Puan,

Saya ingin merujuk kepada satu terbitan di Facebook Sarawak
Report : https://tinyurl.com/hinaagong

Ianya jelas menghina dan memperlekehkan kedudukan Duli Yang
Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan
Abdullah yang telah bertitah mengucapkan penghargaan Baginda kepada Dewan
Rakyat yang telah meluluskan Bajet 2021.

Sarawak Report ini dari dulu lagi sering menerbitkan artikel
artikel menghina kedudukan Sultan-Sultan dan Raja Melayu serta orang-orang
Melayu kerana mahukan Pakatan Pembangkang menerajui Kerajaan Malaysia supaya
akur kepada cara hidup dan gaya LGBTQ dokongan Barat!

Saya harap #PDRM akan menyiasat perkara ini dan mengambil Tindakan
sewajarnya terhadap media pengadu domba #1 di Malaysia ini.

Sekian, Terima kasih.

Wassalamualaikum Warahatullahi Wabarakatuh.

Haji Zainol Abideen @ Mahaguru58,

Protem President of the Muslim Bloggers Alliance

http://www.themuslimbloggersalliance.org

Administrator/Web Site Owner

http://groups.google.com/group/muslim-bloggers-alliance

Editor/Blogger

https://mahaguru58.blogspot.com

Editor/Translator/Proof-reader/Scriptwriter

www.readnwrite.net

6016-3969881


**************************************************

Saya nak tengok cergas tara mana pihak #PDRM tentang bertindak terhadap Sarawak Report atau akan jadi kes NFA @ No Further Action???

Bila bab orang orang Melayu yang menerbitkan komen salah terhadap sesiapa, laju je kena tangkap. Tapi bila melibatkan Bukan Melayu, selalunya lembap gila bagaikan kura kura patah kaki!