September 18, 2021

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Merdekakan minda kita dari terjajah dengan tanggapan salah tentang kemampuan diri dan warga negara ini.

THE MALAYAN EMERGENCY 1948-1960 (K 13104) A wounded terrorist being held at gunpoint after his capture, in Malaya. Copyright: © IWM. Original Source: http://www.iwm.org.uk/collections/item/object/205189718

Alhamdulillah! Sekali lagi kita berpeluang menyambut ulangtahun kemerdekaan tanahair kita nan tercinta ini yang kini berusia 63 tahun bagi sebuah negara yang terdiri dari 11 negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini @ Malaya dan negeri negeri Sabah serta Sarawak di Borneo, sana.

Ikuti dokumentari bersejarah dari Filem Negara yang merakamkan detik detik bersejarah peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Malaya dari penjajahan British selama 170 tahun pada 31hb Ogos 1957.

Sudah 63 tahun, tanahair kita ini bebas dari belenggu penjajahan pelbagai bangsa dan negara bermula dari Portugis di ikuti Belanda, kemudian nya orang-orang Inggeris dan Jepun. 
Kaum pendatang berbangsa China, menubuhkan MPAJA, [Malayan Peoples Anti-Japanese Army] yang kemudian berubah menjadi
Parti Komunis Malaya. Mereka berhasrat menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak membunuh orang-orang Melayu dan menyembelih anggota anggota Polis di Bukit Kepong, Johor. Komunis China di Malaya amat kejam dan lebih jahat dari Tentera Jepun.
Pasukan Tentera Bersekutu telah membunuh anggota anggota Partai Komunis Malaya dan menangkap sebilangan dari mereka.
THE MALAYAN EMERGENCY 1948-1960 (K 13104) A wounded terrorist being held at gunpoint after his capture, in Malaya. Copyright: © IWM. Original Source: http://www.iwm.org.uk/collections/item/object/205189718
Bilamana Jepun kalah di dalam Perang Dunia ke 2, pihak British kembali semula dan mahu terus menghisap darah serta hasil dari bumi ini serta mahu menyamaratakan hak penduduk pribumi dengan kaum penghijrah yakni Cina dan India.
Maka orang-orang Melayu bangun memberontak dan menentang Inggeris serta menolak rancangan Malayan Union yang mahu di laksanakan British di Malaya semasa itu. Jika tidak kerana penentangan rancangan British itu oleh Datuk Onn Jaafar dan pemimpin-pemimpin Melayu secara tegas, sudah tentu Sultan-Sultan serta Raja Melayu hilang takhta kesultanan masing-masing.
 
Pada tahun 1963, Negara Malaysia di tubuhkan dengan gabungan 11 negeri di Semenanjung dan Singapura serta Sabah dan Sarawak. Singapura di bawah pemerintahan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew lebih cenderung terhadap penyamarataan hak di antara semua bangsa dan kaum di Malaysia dan ingin parti PAP Singapura menggantikan MCA bagi mewakili orang-orang berbangsa Cina.
 

Menyedari muslihat Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Malaya dan kemudian nya Negara Malaysia mengambil keputusan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Dato Abdul Razak mengusir Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

Lihat sahaja nasib orang-orang Melayu di Singapura hari ini. Mereka mengalami diskriminasi kaum di mana Cina Singapura menguasai kerajaan republik itu dan orang-orang Melayu jauh ketinggalan dari Cina dan India di republik tersebut. Mujur Tunku Abdul Rahman mencantas Lee Kuan Yew awal awal dari merampas kuasa dan hala tuju negara ini mengikut kemahuan nya dan PAP.
 
Saya tidak mahu menulis panjang tentang apa yang telah berlangsung seterusnya di dalam perjalanan kehidupan negara kita selepas itu. Cuma saya mahu orang orang Melayu se Malaysia sedar diri dan apa yang bakal mereka hilang sekiranya kedaulatan orang-orang Melayu serta Ad Deenul Islam tidak di jaga dan di kekang kehendak puak puak yang mahu menjajah tanahair ini pula dari dalam.
 
Cantas semasa masih bertunas dan usah biarkan cacing kerawit menjadi naga! Cegah sebelum parah dan tamatkan persengketaan sesama ummah serta berusaha lah menjauhi hasad dengki yang boleh menjahanamkan masa depan tanahair tercinta ini.
Nikmati lah nyanyian lagu lagu patriotik ini dari anak anak dan cucu saudara saya yang di rakam pada tahun 2008 dahulu!

Kini mereka sudah membesar dan ada yang menjadi Anak Permata Pintar Negara!

Alhamdulillah! 👍

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Tanahair kita yang ke 63!