September 22, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Tun Dr.Mahathir tetap anti Anwar Ibrahim dan DAP serta akan pelotaq PH ke hujung nyawa?

Rakaman Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Penuh 21 Februari 2020


Nampak gaya, mantan PM ke 4 dan ke 7, pasti akan terakam di dalam sejarah sebagai pemimpin politik Malaysia yang paling ligat kepala otaknya dan yang paling tidak konsisten didalam kata kata dan kenyataan media nya berhubung pendirian nya di dalam menentukan dasar serta keputusan nya terutamanya mengenai menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8, menggantikannya.

Secara peribadi, saya bersyukur dengan apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad telah buat dengan meletakkan jawatan sebagai PM ke 7, sekaligus menghancur-leburkan peluang serta harapan Anwar Ibrahim seraya menyebabkan DAP, PKR dan Amanah punah ranah, hilang kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Nak buat macamana? Bayangkan jika Tun Dr.Mahathir benar-benar menyerah kuasa sebagai Perdana Menteri ke 7 kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan DAP-PKR-Amanah untuk menjahanamkan terus saki baki kuasa politik yang ada pada orang-orang Melayu serta kedaulatan Islam di Malaysia! 

Silap haribulan, negara Malaysia ini yang merupakan gabungan 9 Kesultanan Melayu terakhir di Semenanjung Tanah Melayu ini yang masih wujud dan berkuasa setelah kesemua kesultanan-kesultanan Melayu yang lain di rantau Nusantara ini hilang lenyap kecuali hanya tinggal Kesultanan Brunei Darussalam sahaja di Borneo, Malaysia akan menjadi sebuah republik yang di kuasai DAP seperti apa yang telah berlaku di Singapura di kuasai PAP! Melayu di Singapura hari ini yang cuma mampu mengeluh dan menyesali nasib mereka.

Secara proksi nya selama 22 bulan sejak memenangi PRU ke 14 yang sudah, DAP telah memerintah Kerajaan Persekutuan Malaysia walaupun berperdana-menterikan Tun Dr. Mahathir Mohamad setelah hanya beliau yang ada ketokohan kepimpinan yang masih di sokong rakyat Malaysia ketika itu selepas Kerajaan BN di bawah pentadbiran PM ke 6, Dato Seri Najib Razak bergelumang dengan pelbagai kontroversi rasuah dan skandal penyelewengan dana 1MDB sehingga negara berhutang kepada China lebih dari RM1 Trillion akibat pinjaman demi pinjaman dana untuk menampung kos pembinaan pelbagai infrastruktur mega.

Saya kira secara dasarnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap tidak gemar untuk bersama DAP yang menjadi musuh politik nya sejak dari dahulu lagi! Apatah lagi untuk membuka peluang kepada Anwar Ibrahim yang ia memang benci sejak terbongkarnya skandal Anwar pada zaman penghujung tahun 90an!


Hari ini dengan terdedah nya apa yang sebenarnya telah di ucapkan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21hb Februari, 2020 lalu, terserlah lah betapa berbolak-balik nya lidah Tun Dr. Mahathir bila ia berkata sesuatu tentang sesiapa sahaja yang berkaitan di dalam arus politik nya hari ini dan menyangkalnya secara total esok bila apa yang telah dikatakannya terbongkar. 



Pada hemat saya, bila kita membincangkan tentang integriti ahli-ahli politik di negara kita ini, memang sudah tiada sesiapa yang berdiri teguh dengan apa-apa yang telah di ucapkannya berkenaan apa sahaja. Makanya rakyat Malaysia perlu mengambil sikap berhati-hati didalam menyokong sesiapa sahaja di dalam dunia politik negara. Kebanyakan mereka kaki putar alam. 

Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim mengesahkan ketulenan rakaman penuh Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang di dedahkan ini. 

Secara kesimpulan, kita semua tahu bahawa kaki kacau politik negara sekarang dan di masa akan datang adalah tidak lain tidak bukan tetapi si polan yang tertera wajah nya di bawah ini:

Nampak gaya sekali lagi Che Det nak derhaka terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Tuanku Al Sultan Abdullah supaya tidak menimbulkan apa apa masaalah lagi berkenaan kesahihan Kerajaan Persekutuan di bawah PN!

Entah lah! Mungkin gangguan ini hanya akan berhenti bila Sayyidina Iz’rail Alaihis Salam datang berkunjung tanpa temujanji, agaknya?

Hits: 0