March 29, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Isu Pasar Borong Selayang berpunca dari sikap Tauke-tauke Cina yang beri ruang kepada PATI! Saksikan!

Memang betul apa yang Brader India ni cakap! Tauke tauke Cina Pasar Borong Selayang yang membuka peluang kepada pendatang-pendatang asing seperti Rohingya, Nepal, Bangla dan macam macam lagi untuk bermaharajalela dan menjahanamkan persekitaran pasar itu dengan segala sampah sarap mencemarkan alam di sana.

Hadam lah apa yang Brader India ni cakap. #DBKL jangan nak salahkan sesiapa yang lain lagi. Jujur lah memegang kuasa dan bekerja lah dengan amanah. Usah menggadaikan maruah bangsa dan tanahair kita dengan menutup mata terhadap kepincangan laku sesetengah pegawai penguatkuasa DBKL yang sanggup makan suap duit haram sogokan dari pendatang-pendatang asing tak sah itu.

Lingkup negara kita bila masa berganti masa tetapi perangai anggota-anggota penguatkuasa DBKL terus menerus menjadi punca kenapa Rohingya, Nepal dan Bangla berbuat sesuka hati mereka di kawasan Selayang dan lain-lain tempat di dalam Malaysia!

Bukan sehari dua masaalah pendatang asing tanpa izin Rohingya, Nepal dan Bangladesh ni buat hal di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di kawasan Selayang. Sudah lebih 40 tahun, kawasan Pasar Borong di Selayang itu bertukar menjadi begitu kotor dan tercemar kerana PATI Rohingya ini begitu pengotor dan berniaga secara haram di persekitaran Pasar Borong tersebut.


Orang-orang tempatan, warganegara Malaysia pula tertekan sebab Rohingya-Rohingya tersebut berlagak bagaikan samseng dan sering berlaku pertengkaran di kawasan sekeliling pasar di antara mereka dan drebar-drebar lori penghantar sayur2an dan lain-lain barang dagangan sebab peniaga-peniaga haram Rohingya itu menjual sayur-sayur buangan peniaga pasar itu di tempat parking lori dan kereta.

Rohingya dan Bangla besar kepala dan berlagak seperti Mafia di kawasan Selayang sebab mereka ada ‘backup’ dari Tauke-tauke Cina yang menyewakan tapak dan premis kediaman kepada mereka. Bila di sergah warga tempatan, ada Rohingya yang menjawab sudah bayar kepada ‘DBKL’!



Sungguh memalukan bila kita tengok lambakan pendatang asing di kota raya Kuala Lumpur sehingga warganegara Malaysia sendiri sudah rasa tidak selamat bila berada di bandaraya KL! Saksikan sendiri:



Semuanya berpunca dari siapa??? Tak lain tak bukan sebab adanya kelaziman para anggota penguatkuasa DBKL makan suap. Bila soal pendatang-pendatang asing yang berniaga sesuka hati mereka di kotaraya dan sekeliling Pasar Borong Selayang, jawapannya sama! ‘Sudah bayar sama DBKL!’



Tak ke memalukan bangsa dan negara???

Demi segenggam duit ringgit, kedaulatan negara kita di gadaikan oleh golongan kaki makan duit ‘kopi’ DBKL dan pasukan beruniform yang lain. Saya tak tuduh semua tetapi bak kata pepatah Melayu,‘Siapa yang tergigit cili, terasa lah pedasnya!’

Visits: 17