December 2, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

MyKad Palsu, Pelancong China dan India Masuk tak Keluar, Cara-cara Banteras Masaalah!

Saya merujuk kepada masaalah rekod Imigresen Malaysia di atas yang menunjukkan bahawa terdapatnya sebegitu ramai pelancong dari Negara China dan India yang tidak ada rekod di Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri bahawa mereka telah keluar dari Malaysia. Soalnya adalah apakah langkah-langkah pengesanan telah di-ambil pihak Imigresen untuk menjejaki, menangkap dan mengambil tindakan terhadap mereka yang berkenaan ini atau sekadar keluarkan kenyataan semata-mata?

Apakah sudah kena Sindrom Si-Luncai? Asyik ‘Biarkan! Biarkan!?

Ini baru pelancong China dan India. Yang masuk melalui penerbangan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa negara seperti KLIA 1 dan 2, Subang, Bayan Lepas, Ipoh, dan sebagainya. Belum di kira dari jalan darat atau laut.

Bagaimana pula dengan pelancong-pelancong dari lain-lain negara serata dunia? Pakistan, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria dan bermacam-macam lagi?


MYKAD PALSU

Saya tak boleh terima hakikat bahawa adanya begitu ramai sekali pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, SANGGUP menggadaikan maruah diri dan menjahanamkan negara tercinta Malaysia ini demi gelojohkan segenggam wang ringgit! Sanggup beri makan anak bini dengan pendapatan haram sebegitu! Jadi darah daging tu! Macamana lah tak lahirnya ramai generasi bebal dan bengap di akhir zaman ini di sini?

Sila rujuk kepada blog ini yang mendedahkan tentang jenayah yang cukup besar ini. 

Rata-rata, kes menggunakan MyKad Palsu yang di jual oleh para pegawai JPN @ Jabatan Pendaftaran Negara yang korup ini terdiri dari warganegara China yang mempunyai sumber kewangan yang begitu banyak bagi menyogok pegawai-pegawai JPN yang merupakan PENGKHIANAT BESAR terhadap kedaulatan negara kita!

Terlalu banyak kes MyKad Palsu ini sehingga tak terkongsi bahan bukti satu persatu di dalam artikel ini. Tuan puan taip saja ‘MyKad Palsu’ di enjin carian DuckDuckGo, Google atau apa sahaja dan lihatlah lambakan hasil carian anda.

Masih ingat tak gambar-gambar para pelancong China dok tunjuk duit Ringgit Malaysia berkepuk-kepuk dalam bas di tangan mereka?

Tonton video penuh mereka sedang galak menayangkan kepuk-kepuk duit Ringgit Malaysia dengan klik kat sini

Mana lah tak mudahnya mereka menyogok sesetengah pegawai-pegawai JPN, Imigresen, PDRM, Kastam dan sebagainya yang gelap mata melihat duit berkepuk-kepuk gitu? Ini saya nak tegaskan bahawa segala pendedahan disini adalah berasaskan bukti-bukti yang dilaporkan di media massa dan akhbar.
Beralih pula kepada para pelancong dari India yang turut sama menghilangkan diri selepas masuk ke negara kita, Malaysia tercinta ini dan belum di kesan dan dijejaki oleh pihak-pihak berkuasa Malaysia. Pelancong-pelancong India ini tak adalah gah nak menunjuk-nunjuk duit berkepuk sebab mereka yang datang kesini sebenarnya adalah golongan yang mencari peluang kerja dan cari makan tetapi tidak melalui cara yang sah. Mereka menghilangkan diri ke dalam masyarakat India Malaysia dan tak ditangkap sebab pihak-pihak Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH di dalam usaha untuk menjejaki pendatang-pendatang asing ini.

CARA-CARA BANTERAS MASAALAH PENDATANG ASING YANG MENGHILANGKAN DIRI:

Pihak Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri mesti menjalankan penguatkuasaan pemeriksaan dan saringan ke atas semua orang yang ada di dalam negara kita ini secara teratur dan betul-betul mengikut kaedah yang terbukti berkesan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman, Singapura dan sebagainya.

Cara nya mudah jika betul-betul nak buat kerja mengesan pelancong-pelancong China, India, Myanmar, Pakistan, Nepal, Nigeria dan lain-lain negara.

  • Mahu tak mahu, mereka yang menghilangkan diri ini atau menyelinap masuk ke dalam masyarakat Malaysia dan menyamar sebagai rakyat negara ini akan cuba untuk memperbaharui lesen atau dokumen rasmi menggunakan MyKad Palsu yang telah mereka beli dari pegawai-pegawai JPN yang korup itu atau dari sindiket-sindiket yang buat kerja haram ni.
  • Bilamana pegawai kerani atau petugas kaunter mengesyaki bahawa si-polan yang berada di hadapan mereka itu ada masaalah untuk bertutur atau berkomunikasi didalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia, terus arahkan masuk ke bilik pengesahan kerakyatan.
  • Di bilik pengesahan kerakyatan, wajib menunjukkan bukti sijil kelahiran atau sijil kewarganegaraan bagi mereka yang mendakwa jadi warganegara Malaysia.
  • Mereka wajib mengambil ujian kerakyatan dimana mereka perlu menulis jawapan kepada soalan soalan wajib yang asas (contoh) seperti:
  1. Bilakah tarikh Kemerdekaan Malaya;
  2. Bilakah tarikh Pembentukan Malaysia;
  3. Berapa jumlah Negeri-negeri dalam Malaysia;
  4. Namakan Negeri-negeri tersebut;
  5. Berapakah Wilayah Persekutuan didalam Malaysia;
  6. Dimanakah terletak ibunegara Malaysia;
  7. Apakah nama DYMM Seri Paduka Baginda YDPA sekarang?
  8. DYMM SPB YDPA ke berapa sekarang?
  9. Dari Kesultanan manakah Baginda?
  10. Siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang?
  11. Bilangan keberapakah PM sekarang?
  12. Dari Negeri apakah PM sekarang berasal;
  13. Apakah nama Lagu Kebangsaan Malaysia;
  14. Nyanyikan Lagu Kebangsaan Malaysia;
  15. Apakah nama Bendera Negara Malaysia;
  16. Berapa kah bilangan jalur di Bendera Malaysia;
  17. Berapakah jumlah bucu kepada bintang di dalam Bendera Malaysia;
  18. Apakah Bahasa Kebangsaan Malaysia;
  19. Apakah Agama Rasmi Negara Malaysia;
  20. Apakah Rukunegara Malaysia;
  21. Bacakan Rukunegara Malaysia;
  22. Di manakah Undang-undang Negara Malaysia di gubal?
  23. Gabungan parti-parti politik manakah Kerajaan Persekutuan Malaysia;
  24. Dan sebagainya.
Andaikata mereka tidak dapat menjawab dengan betul atau tidak tahu berbahasa Malaysia, maka dokumen mereka hendaklah di rampas serta-merta dan mereka di tahan oleh pihak Imigresen da di serahkan kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia untuk di siasat dan di hadapkan ke Mahkamah di atas tuduhan cuba mendapatkan sesuatu dokumen rasmi pengenalan diri secara tidak sah dan haram.

Percayalah! Hanya dengan menapis dan menyaring setiap permohonan lesen atau kad dokumen rasmi penduduk dan warganegara seperti ini, masaalah pendatang asing secara tidak sah boleh di hapuskan.

Cuba semak jumlah soalan soalan yang perlu di jawab oleh setiap pemohon kewarganegaraan Amerika Syarikat? Klik disini

Ini baru sebahagian dari contoh soalan-soalan yang perlu di jawab oleh setiap pemohon kewarganegaraan Amerika Syarikat. Tidak mudah. Bukan seperti di Malaysia ini.


Suap beberapa ratus atau ribuan ringgit sahaja, sudah boleh dapat MyKad atau Paspot Malaysia Palsu!

Mana perginya Maruah Bangsa dan Negara???


Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mengesahkan kewarganegaraan. Cuba ikuti kisah seorang remaja berusia 14 tahun (6 tahun dahulu), Yanesha yang terpaksa menjalani ujian DNA untuk mengesahkan bahawa ayahnya adalah seorang warganegara Malaysia. Klik disini untuk membaca kisah nya.


Saya menyeru pihak berkuasa Malaysia supaya berhenti menyalahkan semua pihak pihak terdahulu. Tidak akan menyelesaikan masaalah ini.


Kuatkuasakan undang-undang seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ini. Mulakan dengan melakukan saringan kewarganegaraan di kawasan Selangor dan Malayan Mansion yang sekarang ini sudah di kepong dengan kawat berduri serta di kawal anggota polis dan tentera.


Masuk dan periksa setiap orang yang kini terperangkap di dalam kedua blok Selangor dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sekarang juga untuk mengesan pendatang-pendatang asing yang sekian lama ini tidak tertangkap.

Sekarang Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan @ PKPD telah dilaksanakan di kawasan Selayang di mana terdapat ramai pendatang-pendatang asing. Tunggu apa lagi? Pergi lah memeriksa secara ketat setiap orang yang kini terkepong dengan jaringan kawat berduri yang tajam. Usah biarkan masa berlalu. Saya percaya mesti akan dapat di tangkap mereka yang masuk tinggal secara haram di dalam negara kita.


Selepas itu boleh lah pula kepong kawasan-kawasan di Chinatown pula untuk mengesan dan menjejaki pendatang-pendatang dari Negara China pula yang di katakan melebhi 70000 orang itu.

JANGAN CUMA BERI STATISTIK BEGITU BEGINI TETAPI MASIH NGANGA LEPAS TU MENGELUH MENGADU NASIB!

Hits: 34