September 23, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Kolej Poly-Tech Mara IPOH ~ Menawarkan Pengajian Diploma Multimedia, Animasi, Digital Marketing, Game Design, Management with Multimedia

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Diploma di dalam bidang yang amat cerah masa depannya di dalam pasaran kerjaya masa kini dan yang akan datang, elok lah anda merebut peluang untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian di dalam bidang yang anda meminati.

Dunia sekarang amat memerlukan penguasaan ilmu di dalam bidang bidang multimedia serta cabang cabang ilmu di dalam dunia digital seperti tenaga kerja pakar animasi jika anda berminat untuk bekerja di dalam industri kreatif antarabangsa.

Teknologi perfileman sekarang lebih menjurus kepada usaha penghasilan filem filem animasi berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. 

Cuba lihat contoh filem CGI ini yang saya pernah menonton di YouTube pada tahun 2007 lagi. Hasil ciptaan pakar animasi tempatan kita sendiri. Tan Jin Ho atau nama kreatif beliau @ TANJINHO: 

Cuba lihat pula hasil kreatif berikut:


Teknologi canggih penghasilan filem animasi CGI kini amat berjaya di dalam industri kreatif dan peluang peluang kerjaya sebagai pakar animasi amat cerah di mana saja. Baik di Hollywood, Bollywood, Jepun, Korea atau dimana saja. Termasuklah di dalam negara kita sendiri.

Jika anda ingin menjadi pakar animasi dunia seterusnya, langkah pertama anda haruslah untuk masuk mendaftar sebagai pelajar Diploma in Animation di Kolej Poly Tech Mara Ipoh

Segala sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa usaha dari diri kita sendiri. Andai anda masih berusia muda dan mahu mencapai kejayaan di dalam dunia penghasilan karya karya hebat seperti di atas dan juga di bawah ini, usah membuang masa. 





YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, selepas menonton filem Avatar pernah menyatakan kekagumannya tentang tahap pencapaian teknologi kreatif Hollywood dimana pereka animasi di dalam filem blockbuster tersebut dapat menghasilkan paparan realistik sebegitu canggih sehingga mampu membuatkan para penonton percaya dengan apa yang ditunjukkan seolah ianya memang wujud. Padahal semuanya adalah hasil teknologi CGI @ ‘Computer Generated Images‘.



Cuba lihat satu lagi contoh penghasilan filem CGI dibawah yang menggambarkan paparan visual sebuah hutan. 


Begitu hebat sekali teknologi CGI sekarang ini sehingga pakar animasi boleh menghasilkan imej seperti di bawah ini. Saksikan betapa realistiknya hasil animasi CGI bebola mata yang dihasilkan ini. Lengkap dengan urat urat halus bebola mata dan bendalir serta kejernihan iris mata ini! Sungguh menakjubkan!

Anda juga mampu menguasai ilmu kreatif seperti di atas. Kerjaya yang menanti anda sebaik sahaja anda bergraduat nanti adalah seperti berikut:

• 3D or 2D Animator 
• Producer 
• Director 
• Concept Artist 
• Storyboard Artist 
• Modeller 
• Texture Artist 
• Rigger
• Illustrator
• Render Wrangler
• Visual Effects Artist
• Matte Painter
• Effects Animator
• Compositor
• Digital Lighting
• Designer
• Motion Designer

Hadirkan diri semasa pengambilan pelajar pelajar baru KPTM IPOH nanti di 4hb April, 2020.

Selain dari pengajian Diploma in Animation, sekiranya anda mendaftarkan diri untuk pengajian Diploma in Multimedia, anda berpeluang untuk bekerjaya sebagai:
  • Pakar Multimedia
  • Pereka web
  • Pemaju Web
  • Editor Video Desktop
  • Multimedia Interaktif
  • Pengurus Projek Multimedia Pengarang
  • Animasi Digital
  • Pereka Grafik
  • Pembangun Kandungan
  • Pereka Pameran
  • Illustrator
Sekiranya anda seorang yang rajin bermain ‘game’ interaktif menggunakan komputer, anda mungkin mahu meninjau peluang peluang untuk menjadi seorang perekacipta permainan atas talian. 

Pengajian Diploma in Game Design disediakan di KPTM IPOH bagi mereka yang ingin menerokai peluang peluang hebat mencipta nama di dalam dunia ‘game’ yang amat diminati oleh berjuta juta pemain e-sukan seantero dunia.

Graduan Diploma in Game Design berpeluang menjadi:

1. Game Designer

2. Level Designer

3. 2D / 3D Artist
4. Game Tester
5. Character Designer / Artist
6. Storywriter / Scriptwriter
7. Game Producer
Setiap kerjaya di atas ini memberikan peluang pendapatan yang amat tinggi bagi mereka yang berjaya menamatkan pengajian dan bergraduat dengan kejayaan cemerlang.

Satu lagi bidang pengajian yang menjanjikan peluang peluang kerjaya yang hebat adalah didalam pengajian Diploma in Digital Marketing.

Di dalam kehidupan dunia sekarang, urusan penjualan segala produk dan perkhidmatan sedang berubah ke jualan diatas talian. Syarikat syarikat gergasi seperti Amazon, E-Bay, Alibaba, dan lain lain lagi memerlukan mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang pemasaran digital.

Di negara kita sendiri, syarikat syarikat pemasaran secara digital berkembang dengan begitu pesat sekali. Lazada, Shopee dan beberapa syarikat besar adalah yang terkemuka didalam bidang jualan dan pemasaran segala barangan keperluan konsumer seluruh negara.

Bagi mereka yang bergraduat didalam pengajian Diploma in Digital Marketing, peluang peluang kerjaya berikut sedia menanti:
  • Entrepreneur of Technopreneur,
  • Business Planner,
  • Digital Marketing Junior Executive,
  • Marketing Strategist,
  • Online Marketing Coordinator,
  • Web Administrator,
  • Web Application Developer,
  • Digital Strategist,
  • Social Media Specialist,
  • SEO Specialist,
  • Social Media Coordinator,
  • Junior E-Business Development Executive,
  • Junior E-Business Specialist.
Didalam dunia sekarang, pakar pakar berkemahiran didalam bidang bidang pengajian di atas amat diperlukan oleh pelbagai macam industri dan perusahaan perusahaan terkini.


Andaikata anda berpeluang mengikuti pengajian Diploma in Management with Multimedia, syarikat syarikat dan perusahaan perusahaan diluar sana akan membuka sebegitu banyak peluang kerjaya bagi anda seperti:

  • Pengurus IT
  • Pengurus Perniagaan
  • Pengarah Syarikat
  • Pengurus Akaun
  • Pegawai Perhubungan
  • Penerbit Program
  • Pengurus Sumber Manusia
  • Usahawan E-Niaga
  • Pengurus Acara Olahraga / Sukan
  • Pengurus Multimedia 

Hubungilah KPTM IPOH di talian 05-2421003 untuk maklumat lanjut tentang program program pengajian yang anda berminat.


Alamat Kampus KPTM IPOH adalah seperti berikut:

Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,
30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-242 1003
Faks : 05-242 1002

Google MapsKlik di sini

Sebenarnya Kampus Baru KPTM IPOH sedang giat dibina di Meru Raya berdekatan MAPS.


Anda berpeluang untuk belajar di persekitaran yang jauh lebih selesa nanti. Saksikan video-video berikut:





Saya yang sudah bergelar Warga Emas ni pun amat berminat untuk mempelajari bidang Multimedia, Grafik, Animasi dan yang sama sepertinya, takkan lah anda yang masih muda belia masih termenung memikirkan apa kerjaya yang sesuai bagi anda?

Jangan buang masa saudara dan saudari. Jom Masuk KPTM!

Hits: 67