April 18, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Wee Jeck Seng, Calon PRK Tanjong Piai P165 dari MCA – BN , tetap Anti Syariah Allah! PAS masih SOKONG???

Memang sah bahawa pendirian parti politik PAS @ Parti Islam seMalaysia yang berslogankan ‘Membangun Bersama Islam’ cuma retorik politik duniawi semata mata!


Mana tidaknya?


Demi ingin mendapatkan kuasa politik duniawi di Malaysia ini, pendirian rasmi parti politik bertemakan ‘Islam’ ini sering berubah ubah menurut peredaran masa.


Pepatah Melayu ada menyebut ‘Sekali air bah ; sekali pasir berubah!’. Membawa maksud bahawa bilamana sahaja pucuk pimpinan sesebuah kerajaan bertukar, maka kehidupan atau kelaziman masyarakat bawahan turut berubah.


Di dalam ‘perjuangan’ parti PAS yang dulunya sering berkokok ingin mendaulatkan Syariah Allah di bumi Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia ini, kini sudah jauh berubah dengan sanggup menyokong calon pilihanraya P165-PRK Tanjong Piai yang tetap tegas menentang pelaksanaan Syariah Allah yang kononnya di perjuangkan PAS dari dulu sampai sekarang!


Saksikan status rasmi calon MCA-BN yang dimuatnaik nya dahulu:

Kini para pemimpin PAS yang pada hemat saya sanggup berbuat apa saja asalkan mereka boleh merasai sedikit kekuasaan politik di dunia ini tanpa segan dan silu boleh menyatakan bahawa parti PAS akan tetap menyokong calon BN di dalam pilihanraya kecil P165 demi muafakat politik mereka dengan UMNO baru baru ini.

Perkara Wee Jeck Seng menentang Syariah Allah sampai sekarang ini tidak diambilkira oleh Parti ‘Islam’ seMalaysia kerana terbukti bahawa mereka mengamalkan prinsip Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara’.


Tangkapan paparan skrin dari Berita Harian Online hari ini.


Ternyata bahawa segala slogan slogan PAS yang sekian lama ini akan berjihad memperjuangkan Islam dan mendaulatkan Syariat Allah sekadar retorik semata mata. 


Masih ingat ke kata kata Presiden PAS berikut?




Temberang semata mata! Entahlah dunia..dunia. Takleh pakai!

Visits: 0