Saya membaca satu terbitan pada laman Facebook Dato Ahmad Tamimi Siregar memaparkan tentang KUTIPAN INFAQ WAJIB RAMADHAN oleh PAS PERLIS (ARAU) dimana mereka mencetak RESIT yang seolah RASMI siap dengan nombor siri.
Tiada peruntukan hukum meWAJIBkan yang SUNNAH didalam Ad Deenul Islam!
PAS PERLIS [ARAU] terang terangan cuba mengelirukan Ummah dengan mencetak perkataan WAJIB INFAQ RAMADHAN pada resit dan menyamakan jumlah RM7 pada resit kutipan mereka sama dengan jumlah kadar ZAKAT FITRAH rasmi oleh kerajaan.
Zakat Fitrah itu wajib ke atas setiap umat Islam yang mampu sekali setahun didalam bulan Ramadhan akan tetapi ada kelonggaran pada golongan fakir miskin yang tidak berupaya.
Ini dah boleh dikira sebagai meWAJIBkan sesuatu amalan yang SUNNAH dan termasuk didalam kategori JENAYAH KOMERSIAL.
Mereka ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pihak berwajib seperti POLIS DIRAJA MALAYSIA dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA harus bertindak!
Jangan main main dengan hukum hakam agama.
Siap cetak Hadis Sahih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda ‘Apabila seorang anak Adam mati maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya’ (Hadith Sahih. Riwayat Muslim dan lain lainnya)
* Satu Kupon Untuk Satu Orang Sahaja
Hadith ini sahih tetapi tindakan PAS PERLIS CAWANGAN ARAU memaparkan maksud hadith ini untuk membenarkan perbuatan mereka mengutip sedekah dengan meletakkan label WAJIB INFAQ RAMADHAN ternyata SALAH sebab mengelirukan yang jahil dan ada unsur penipuan sebab menyamakan kadar kutipan mereka ini dengan KADAR ZAKAT FITRAH [RM7] yang rasmi oleh JABATAN AGAMA KERAJAAN KERAJAAN NEGERI.
Sesungguhnya kita sedang hidup di Akhir Zaman dimana kecenderungan golongan yang mengaku ‘alim’ sering benar berlaku ‘zalim’ pada mereka yang jahil dengan melakukan perkara perkara jenayah seperti ini!

Bawa bawa insaf lah ‘Syeikh’! Dunia ni sekejap saja brader! Siksa kubur dan Api Narr al Jahannam itu kekal!
* Ada seorang hamba Allah menghubungi saya dan mengatakan bahawa kutipan itu adalah dikalangan ahli PAS sahaja. Beliau tidak memaklumkan saya samada diri beliau itu sendiri seorang ahli PAS.
Soalan saya ‘Kenapa tidak di cetak ‘UNTUK AHLI AHLI PAS SAHAJA‘?
Kekadang bilamana sesuatu kemungkaran itu dibongkar, maka akan keluarlah segala macam ‘pembela’ dari belukar. Sama kes dengan si Najib bin Abdul Razak. Banyak sungguh pembela tidak diiktiraf sanggup membela sang pemecah amanah.
Dunia Akhir Zaman, kan?
* Ada seorang hamba Allah menghubungi saya dan mengatakan bahawa kutipan itu adalah dikalangan ahli PAS sahaja. Beliau tidak memaklumkan saya samada diri beliau itu sendiri seorang ahli PAS.
Soalan saya ‘Kenapa tidak di cetak ‘UNTUK AHLI AHLI PAS SAHAJA‘?
Kekadang bilamana sesuatu kemungkaran itu dibongkar, maka akan keluarlah segala macam ‘pembela’ dari belukar. Sama kes dengan si Najib bin Abdul Razak. Banyak sungguh pembela tidak diiktiraf sanggup membela sang pemecah amanah.
Dunia Akhir Zaman, kan?
Hits: 2
Penjelasan:
PROGRAM INFAQ RAMADHAN OLEH PAS: MENJAWAB FITNAH PAS TUNGGANG AGAMA KEBAS DUIT ZAKAT
Kita lalui bbrp gossip berkaitan tuduhan PAS mengutip zakat dan sebagainya. Saya tidak mahu menuduh bawa gambar resit zakat adalah fitnah. Ini kerana mungkin berlaku kesilapan disitu.
Namun apabila seorang mufti mempersoal resit Infaq Wajib Ramadhan khususnya perkataan wajib itu, saya merasa terpanggil untuk memberi ulasan.
Pertama, infaq Ramadhan ini telah lama dijalankan. Ahli PAS yang berziarah mengumpul nama asnaf asnaf terkini. Malah ada yang update dgn pusat zakat. Ini adalah sbg salah satu program sukarelawan yg dijalankan oleh PAS dan ahlinya. Ada yg panggil Infaq Ramadhan dan ada yg panggil Infaq Wajib Ramadhan.
Kedua, PAS membuka mana-mana ahli yang ingin berinfaq untuk menderma. Resit kemudian dikeluarkan untuk ketelusan. Ada tempat yg melaksanakan program tanpa resit.
Ketiga, zakat on request. Terdapat permintaan ahli dan bukan ahli bahawa mereka ingin berzakat melalui program infaq Ramadhan. Ini kerana mereka jelas dpt melihat kemana wang disalurkan. Malah mereka sendiri boleh turut sama terlibat mencari asnaf, purchasing, packaging dan distribution. Namun PAS tidak pernah mengatakan mereka adalah wakil pusat zakat malah menggalakkan ahli membayar zakat kpd kerajaan dan masih boleh berzakat melalui program ini.
Tuduhan PAS menggelapkan wang zakat adalah samasekali tidak berasas. Bertahun tahun program ini dijalankan. Segalanya terbuka baik dari pengumuman jumlah kutipan, asnaf, pembelian, pembungkusan dan pengedaran.
Soal orang nak berzakat lebih tidak menjadi isu. Saya sendiri membayar seperti biasa kpd pusat zakat dan dua kali ganda kpd program infaq ramadhan. Ditempat kami ada asnaf yg terlepas dr radar pusat zakat. Program ini biasanya menampal kebocoran. Kita tidak menyalahkan atau melemahkan pusat zakat. Ini adalah biasa bagi satu organisasi yg besar dan staff yg limited. Terlepas pandang itu satu perkara normal. Jadi dengan adanya kami, kelemahan itu dapat bersama kita tampung. Staff sukarela kami ada beratus ribu seluruh negara. PAS mungkin mengkritik tetapi juga membantu menampung kelemahan yg dikritik. Apa guna kita hanya mengkritik institusi zakat tetapi tiada sebarang usaha untuk turut sama memperkasa? Bukankah itu sebenarnya yg dituntut agama?
Soal resit, ia diperkenal atas nama formaliti. Dari segi hukum, tiada masalah bagi mereka yg ingin berzakat lebih melalui program infaq ramadhan. Boleh juga menderma bukan atas nama zakat.
Bagi yang mengadu domba dan memfitnah PAS, kami doakan hidayah. Mungkin anda tidak tahu namun seeloknya ambillah tahu dgn merajinkan diri bertanya pada sumber yg berintegriti. Wallahualam
#LebaiPRO
Sumber: https://www.facebook.com/lebaipro/posts/450109032081726