September 21, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

DAP itu Kafir Harbi atau Dhimmi? Dr.Danial Zainul Abidin menjelaskan!

Sesungguhnya kita sebagai umat Islam dan warga Tanah Melayu ini harus mengambil kira akan cara kita menghadapi isu isu semasa di dalam kehidupan kita bersama masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di Malaysia ini.

Kebanyakan dari kita ni berilmu pengetahuan dan celik hal ehwal duniawi serta bab agama.

Selaku Muslim dan Mukmin, se eloknya kita berlaku adil dan rasional bila mempertimbangkan setiap sesuatu. Tak ada bezanya di antara MCA, GERAKAN dan DAP dari segi keturunan dan amalan sosio-budaya mereka.

Bab persoalan RUU 355, mereka sama sahaja menentang usul menegakkan Syariah Islam dan Hukum Hudud.

Namun kita juga harus sedar bahawa para pemimpin Melayu yang Muslim turut menentang RUU 355 tersebut.


Apa bezanya pegangan Dato Seri Najib Razak dengan segala parti parti politik Cina dan yang bukan Islam di Malaysia ini?

Sama saja menentang Syariah Allah dan Hukum Hudud yang di perintahkan Allah di dalam Surah Al Ahzab ayat ke 36 :


“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
Sekian lama ini kita semua memusuhi DAP sebab kita tidak mahu Tanah Melayu ini di kuasai mereka yang begitu tegar menentang segala sesuatu yang berkaitan dengan Alif, Ba, Ta.

Agama, Bangsa dan Tanahair.

Namun, pernah kah kita berusaha berdakwah kepada puak DAP ini? Dari pengalaman hidup kita, berapa kerat kah di antara kita pernah menyampaikan ilmu dan kebenaran tentang Islam kepada mana mana pemimpin DAP ini?

Saya teringat kisah Sayyidina Umar al Khattab sebelum beliau memeluk Ad Deenul Islam. Sayyidina Umar menghunus pedang nya dan pergi mencari di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam berada untuk membunuh Baginda.

Namun Takdir Allah jua yang menjadi kenyataan. Do’a Nabi Muhammad Allah kabulkan. Umar al Khattab yang di geruni penduduk Makkah menjadi salah seorang panglima Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam di samping Sayyidina Hamzah paman Nabi.

Berbalik kepada soal DAP. Kaffir Harbi atau Dhimmi?

Tonton video berikut dan buat keputusan sendiri.

Hits: 2