Hijabsta Ballet bermula tayangan di seluruh negara hari ini.

Sebuah filem yang menyentuh tentang azam penari Ballet untuk menutup auratnya dengan berhijab semasa membuat persembahan.

Di zaman dunia bersikap prejudis terhadap umat Islam dan menganggap setiap Muslim itu sebagai pengganas. Tambahan pula dengan adanya masyarakat di dalam negara kita yang walaupun mengaku beragama Islam tetapi bersikap acuh tak acuh dengan tuntutan agama.
Golongan yang berada bersikap liberal dan memandang serong terhadap watak utama filem ini, balerina Adele Shakiri yang membesar tanpa bimbingan dan didikan agama terutama dari kedua ibubapanya yang menentang hasrat diri nya untuk berhijab setelah ia dewasa,
Tentangan demi tentangan dari ibubapa, rakan sekelas balet dan teman rapatnya menekan perasaan dan jiwa Adele tetapi ia lebih kuat berazam untuk tidak menanggalkan hijabnya biar apa pun terjadi.
Keputusan ia untuk membuat persembahan balet dengan berhijab mengundang bahaya apabila puak ekstremis agama pula memburunya dengan tanggapan bahawa ia mencemar ajaran Islam.
Pergilah menonton filem yang bukan seperti apa yang sering di keluarkan oleh industri perfileman negara kita untuk menghayati Hijabsta Ballet sendiri di pawagam berdekatan anda!
Anda tentu teruja dengan jalan cerita dan klimaks nya! Memang berbaloi!
Insya Allah!
Hits: 2
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!