September 23, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Hukum Syariah kunci kepada masalah kesesakan banduan di penjara sedunia!

7 tahun dahulu, saya bersama rombongan lawatan sambil belajar ke Nanggroe Acheh Darussalam bersama Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan anggota anggota persatuan beliau seperti Haji Abdul Rahim Sinwan dan lain lain lagi.
Turut bersama kami adalah ayah, ibu dan abang Sari Dewi Syukarnor yang dijatuhkan hukum 6 kali sebatan rotan di bawah peruntukan Shariah Negeri Pahang Darul Makmur tetapi di tukar akan hukuman tersebut kepada Khidmat Masyarakat oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang Haji Ahmad Shah.
Keluarga Sari Dewi Syukarnor terutamanya ayah nya sendiri tidak berpuas hati akan penukaran hukum Shariah tersebut dan berazam untuk menyebat anak perempuannya sendiri. Maka beliau bersama isteri dan anak lelakinya turut bersama rombongan kami ke Acheh bagi mengkaji cara pelaksanaan hukuman Syariah disana.
Berbalik kepada tokoh pembesar tempatan yang saya sempat mewawancara didalam video di atas, tertarik saya kepada intipati perkongsian Teuku bahawa tidak ada perlunya di hukum penjara lama lama akan pesalah perundangan Syariah itu.
Sesudah selamat menjalani hukuman cambuk atau sebatan yang dikenakan itu, maka si pesalah sudah kembali bersih dan sudah boleh meneruskan kehidupan nya disamping keluarga sepertimana kita sedia maklum. Tidak ada perlunya kerajaan menanggung kos makan minum dan perubatan serta lain lain kos didalam memenjarakan seseorang pesalah Syariah begitu.

Selesai hukuman di jalankan, maka sang pesalah bebas dan boleh pulang ke rumah masing masing.

Bukan semua pesalah rasa marah di hukum sebat di khalayak umum. Malah ada yang berasa syukur dan lega dapat hukuman di dunia dan terlepas di akhirat. 
Saksikan kes di bawah:

Namun ramai ketua ketua negara, ketua menteri, menteri besar dan Sultan tidak sedar akan kelebihan dan keadilan Hukum Syariah Allah ini. Mereka lebih takut kepada bantahan rakyat jelata yang jahil serta kufur terhadap Perintah Allah ini.

Sedangkan kuasa dan kedaulatan yang sedang ada pada tangan masing masing adalah kurnia Allah semata mata. Walau Sultan sekalipun bilamana tiba ajal Baginda nanti, maka akan berhadapan dengan para Malaikat Allah jua didalam kubur masing masing.

Memang secara lahiriah kita melihat ruang kubur seorang Sultan atau Kerabat di Raja berada didalam bangunan Makam Di-Raja yang berbumbung mewah dan lantai dilitupi batu marmar yang mahal dari luar negara tetapi semua itu tidak membawa apa apa keistimewaan kepada simati. Yang akan disoal para Malaikat Munkar dan Naqir tetap sama.

Siapa Tuhan kamu?

Siapa Nabi kamu?

Apa agama kamu?

Siapa Imam kamu?

Mana Kiblat kamu?

Siapa kawan kamu?

Malaikat tak akan tanya Istana mana kediaman kamu?

Kereta model apa kenderaan kamu?

Berapa triliun harta kamu?

Tidak! Tidak sama sekali. Maka harus lah yang sedang berkuasa tu sedar diri bahawa setiap saat yang berlalu, maka ajal kita semakin hampir. Makin tua. Makin lemah. Tak ada nya nak awet muda gitu gini.

Qullu nafsin iza iqatul maut! Setiap yang bernyawa pasti mati.

Jangan di halang Shariah Allah! Kelak yang berkuasa sekarang ni juga pasti berdepan dengan Al Malikul Mulk!

Hits: 0