September 23, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

‘Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tunjang Kekuatan Islam di dalam Negara Malaysia!’

Tajuk Khutbah Jumaat tadi- ‘Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tunjang Kekuatan Islam di dalam Negara Malaysia!’

Kita dengar memang sedap dan teruja. Namun ada persoalan didalam hati kecil ini.


Sekian lama ni kita dok dengar dan dok baca serta menonton pelbagai kecaman, penghinaan dan cercaan ke atas institusi keagamaan dan pelecehan yang di lakukan kelompok pembangkang terutamanya dari DAP dan baru baru ini dari pihak parti komponen Barisan Nasional sendiri seperti dari MCA, MIC dan GERAKAN yang turut menmpersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan mereka turut menentang keras pelaksanaan Undang Undang Shariah didalam Negara kita ini.
“Malaysia bukan sebuah negara Islam!”  Lim Kit Siang

Punya lah ramai nya para ilmuan dan ulama’ Islam di dalam negara ini TETAPI mereka diam menikus bilamana ada sekelumit cacing kerawit dan ular lidi mula nak jadi Naga di Mamluk al Malaisie ini!



Kadang kadang saya terbayang mereka ini bagaikan Zionis Israel yang mengganas terhadap orang orang Palestin walaupun mereka di kelilingi oleh negara negara Arab di Timur Tengah itu!


Saya sedar bahawa ada di antara pemimpin Melayu dan yang mengaku beragama Islam SANGGUP memperhambakan diri kepada pemimpin2 Kuffar seperti Lim Kit Siang dan sekutu2 nya demi mendapatkan pangkat dan kedudukan kuasa politik di Malaysia ini.

Syukur Alhamdulillah satu persatu jendalu jendalu ini tumbang angkara gejolak nafsu mereka sendiri! Kita sebagai umat Islam di Malaysia harus sedar dan waspada terhadap petualang bangsa dan agama sendiri!

Saya tahu bahawa Duli-Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini tidak ada sedikit pun bertitah membela Ad Deenul Islam dan Kedaulatan Shariah Allah apabila ada suara2 mungkar seperti dari Lim Kit Siang [DAP] begitu berani mempersoalkan kesucian Islam di Malaysia.

Saya menunggu apakah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 15 Malaysia yaini Sultan Muhammad V akan menegur mereka semua ini nanti?

Hits: 0