Parti Islam seMalaysia sentiasa didalam perhatian dan teropong musuh2 politik mereka! Tidak sunyi barang sesaat! Buat lah apa sahaja! Mesti ada yang kritik tak sudah!
![]() |
Sumber |
Apatah lagi bila yang mengkritik itu terdiri dari bekas ahli parti ataupun musuh2 politik PAS tegar seperti ahli-ahli parti politik pembangkang seperti DAP yang memang berbulu terhadap tindakan PAS memutuskan perhubungan politik dengan parti pembangkang yang di terajui cauvinis Cina seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!
Tindakan para pemimpin utama PAS Pusat seperti Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz lengkap berbusana Warisan Melayu, bertengkolok dan berkeris amat menggusarkan hati dan perasaan pengkritik2 mereka.
Perhimpunan Agung UMNO pun tidak semeriah ini bila para pemimpin PAS berbusana lengkap seperti ini! Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada PAS!
Bilamana di soal wartawan samada pemilihan para pemimpin PAS berbusana Melayu adalah di atas dasar memperjuangkan kebangsaan Melayu, maka Datuk Timbalan Presiden PAS menjawab bahawa mereka berbusana begitu buat kali pertama di atas ilham Dewan Pemuda PAS di atas kesedaran diri bahawa mereka orang-orang Melayu dan begini lah cara sebenar orang-orang Melayu harus berbusana!
Bagi pendapat saya, tidak ada salahnya para pemimpin dan ahli-ahli PAS berbusana Melayu sedemkian rupa.
Sebagai orang-orang Melayu yang beragama Islam, mereka mempunyai sepenuh-penuh hak untuk berketerampilan begitu.
Adakah kurang semangat perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam hanya kerana mereka berbusana Melayu, warisan mereka?
Tidak sama sekali!
Semoga PAS terus menghidupkan Warisan Melayu ini sejajar dengan usaha untuk mendaulatkan Ad Deenul Islam di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini.
Insya Allah!
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!