September 22, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

DARC ~ Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam Selangor ~ Keahlian Termurah di Malaysia!

Setiap dari kita pasti teruja bila berada berdekatan kuda. Haiwan gagah ciptaan Allah yang menjadi haiwan tunggangan manusia dari zaman silam sehingga ke hari ini.

Se-ekor kuda DARC yang bebas bersantai di celah kehijauan disana

Kuda adalah haiwan yang cukup berguna bagi kehidupan manusia dan menjadi simbol kecemerlangan bagi mereka yang mampu memiliki nya. Sebelum di cipta kenderaan berenjin, kuda menjadi haiwan pilihan untuk di tunggang dan juga untuk menarik kenderaan pengangkutan manusia dan barang2.


Seantero pelusuk dunia, kuda tetap menjadi haiwan domestik yang di gunakan semua bangsa manusia sebagai haiwan tunggangan didalam kehidupan seharian, tugasan penguatkuasaan undang-undang, riadah, sukan dan perladangan.


Sukan berkuda merupakan suatu sukan eksklusif dan selalunya hanya mampu di sertai oleh golongan yang berada. Dari zaman dahulu sampai kini, kos untuk menjadi ahli kelab sukan kuda  memang tinggi dan sering tak mampu untuk di sertai orang kebanyakan.


Tetapi kini, Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam Selangor membuka ruang dan peluang kepada semua dengan menawarkan keahlian kelab semurah RM180 setahun bagi seisi keluarga!


Wow!


RM180 setahun bagi seisi keluarga setahun, kos keahlian tak sampai 50 sen sehari!!!


Ahli-ahli Kelab Rekreasi Berkuda DARC di tawarkan diskaun hebat untuk kelas-kelas latihan menunggang kuda dan aktiviti sukan yang lain seperti Sukan Memanah, Kenderaan ATV 4 Pacuan, Tunggangan Laluan Denai,dsbnya.


Bukan itu sahaja! Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam @ DARC turut menyediakan pelbagai kemudahan2 lain seperti Jimnasium, Trampolin, Kolam Mandian Kanak Kanak, Bilik Permainan, Karaoke, Pentas Hiburan, Restoran Masakan Popular Malaysia yang menghidangkan Stimbot, Nasi Padang, Char Koay Teow Penang, Ais Kacang dan lain lain lagi.


DARC turut menyediakan kemudahan chalet, asrama dan dewan pelbagai guna serta Surau untuk umat Islam.


Berikut adalah beberapa rakaman spontan saya wawancara ahli2 kelab DARC!


Pandangan Capt.(Rtd) Zaharie Jamian, ahli Kelab Rekreasi DARC:



Ini pula pandangan keluarga Capt.(Rtd) Zaharie Jamian, ahli Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam :


Capt. (Rtd) Zaharie Jamian dan isteri


Adrian, Adriana dan Adrina

Natasya, ahli Kelab DARC
Natasya dan keluarganya

Saya sempat bertemu beberapa keluarga yang menjadi ahli kelab DARC ini dan dapat merakam perkongsian pengalaman mereka sejak menjadi ahli kelab.


Mari kita dengar apa cerita keluarga Encik Mohd Rodzi Salleh?



Saya dapat menemuramah seorang lagi ahli muda kelab DARC iaitu adik Nur Sarah Aisyah yang baru selesai menjalani latihan menunggang kuda dan kemudiannya keletihan menunggu Uncle Haji Zainol ini untuk menemuramahnya! 😛

Mengantuk jadinya di Nur Sarah Aisyah .. Maafkan Pakcik ya…hehehee

Nur Sarah Aisyah dengan keluarga nya

Ini pula pandangan Cik Donna, seorang arkitek yang baru saja menyertai DARC dan amat gembira dapat menikmati segala kemudahan di kelab mampu sertai ini.

Belajar berjinak dengan kuda. Rasa cuak tu tetap ada tetap perlu memberanikan diri juga.

Segala kemudahan ini di-sediakan oleh Tuan punya Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam, Encik Terry Teo (gambar di atas) yang sanggup menanggung sebahagian besar kos penyelenggaraan kelab berkuda ini dan menawarkan yuran keahlian cuma sebanyak RM180 setahun bagi setiap keluarga!

Tak ada kelab kelab berkuda lain yang menawarkan keahlian semurah ini! Apatah lagi di Lembah Kelang dan di Negeri Selangoor Darul Ehsan, salah sebuah negeri termaju di Semenanjung Malaysia.

Bila saya bertanya beliau, kenapa meletakkan kos yuran keahlian Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam serendah itu, Terry Teo menjawab bahawa beliau ingin melihat semua warganegara Malaysia mampu menikmati kemudahan rekreasi berkuda ini tanpa mengira kedudukan status sosial, keturunan dan agama!

Beliau turut menggajikan para pekerja beragama Islam dan dari serantau Asia untuk membantu menyediakan peluang peluang pekerjaan dan kemahiran menguruskan kuda bagi kemakmuran dan kejayaan sukan berkuda negara!

Denai Alam Recreation Club ini di uruskan oleh Encik Sulaiman Tang Abdullah (baju T Merah) yang juga merupakan Ketua Chef DARC. Pakar masak Char Koay Teow ni! 


Wujudnya Denai Alam Recreation Club ini adalah di atas keikhlasan Terry Teo untuk memberi ruang dan peluang kepada kita semua menikmati sukan berkuda iaitu salah satu sukan berprestij yang lazimnya hanya dapat di nikmati golongan atasan dan bangsawan.

DARC malah mengambil inisiatif untuk melancarkan program riadah bagi membantu anak anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari menikmati program menunggang kuda secara percuma. 


Terry Teo mengalu-alukan sumbangan dan bantuan mana mana pihak yang mahu menaburkan bakti kepada pembangunan Kelab Rekreasi Berkuda Denai Alam ini yang turut di taja pihak korporat seperti Sime Darby! 


Sime Darby lah yang menaja tapak seluas 6.4 hektar Kelab DARC ini bagi manfaat semua.


Terry turut mengeluarkan belanja pengurusan DARC ini dari hasil syarikat pembinaan nya sendiri iaitu Syarikat Pembinaan Tetap Teguh Sdn.Bhd dan juga melalui sumbangan Pengerusi Mainstay Holdings Sdn.Bhd. iaitu YM Raja Azmi Raja Razali dan Pengarah Urusan Syarikat SP & G Insurance Brokers, Datuk Zakaria Meranun.

(Pengerusi Perkumpulan) YM Raja Mohd Azmi bin YM Raja Razali (depan kiri) dan Terry Teo Swee Leng (Timbalan Pengerusi Perkumpulan) bersama Anggota2 Pengurusan Mainstay Holdings Sdn.Bhd.

Dato’ Zakaria Meranun
Pengerusi SP & G Insurance Brokers Sdn.Bhd.
Dengan adanya tajaan dari tokoh2 perniagaan tersebut di atas, Terry Teo dapat merealisasikan impiannya 40 tahun dahulu untuk membuka Kelab Rekreasi Berkuda mampu di sertai oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Jika tuan/puan sudi untuk mengimarahkan lagi kelab sukan berkuda paling mampu di sertai ini maka sudi sudi lah menghubungi DARC untuk menyammpaikan bantuan anda. 

Apatah lagi, Ramadhan sudah hampir tiba. Anak anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari sudah tentu mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi semua para penderma yang prihatin!

DARC terletak di alamat No. 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16 Denai Alam, Shah Alam, Selangor. Anda boleh melayari laman web www.darc.com.my atau menghubungi DARC melalui talian 010-240 2606.

‘MAJU LAH SUKAN BERKUDA UNTUK NEGARA!’

Hits: 3