Biduanita Uji Rashid atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun Al Rashid yang juga seorang pelakon filem2 Melayu zaman 1970an cukup terkenal di seluruh negara Malaysia dan turut mempunyai jutaan peminat lagu2 Melayu di Republik Singapura, Kesultanan Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Thailand dan Filipina.
Uji Rashid pernah berduet dengan Hail Amir, Datuk DJ Dave, Sudirman Hj Arshad dan Latiff Ibrahim serta lain2 penyanyi. Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa filem Melayu zaman 1970an ke tahun 2000. Maklumat lanjut tentang biduanita pujaan ramai ini boleh di dapati disini.
Saya berpeluang menemui Uji Rashid semasa kami sama sama menyaksikan Konsert Bintang2 Lagenda zaman kegemilangan filem2 Melayu dari Studio Malay Film Productions, Jalan Ampas, Singapura yang berlangsong pada 9hb April, 2016 di Auditorium Bandaraya DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Uji Rashid sudi di temuramah dan ini adalah ucapan khas beliau untuk para peminatnya yang menyambut kedatangan bulan2 mulia Rejab, Syaaban dan Ramadhan tahun 1437 Hijrah.


Uji Rashid bergambar kenangan bersama Seniwati Zaiton, Bintang Lagenda dari Zaman Kegemilangan Filem Melayu, Studio Malay Film Productions, Jalan Ampas, Singapura.
Seniwati Zaiton sering berlakon menjadi heroine filem Seniman Negara, Allahyarham P.Ramlee.
Di bawah ini pula Uji Rashid bergambar bersama seorang lagi Bintang Lagenda iaitu Seniwati Hashimah Yon. Juga pernah menjadi heroine filem2 P.Ramlee.

Nikmati lah sebuah lagu hit Uji Rashid yang saya rasa semua anda tahu dan pernah menikmati kemerduan suara biduanita pujaan ramai ini. Semakin hari semakin sayang:
Ini pula lagu kegemaran ramai di mana tajuk lagunya ‘Menunggu Nasi Minyak’ nyanyian Uji Rashid bersama biduan Hail Amir:
Lagu ‘Seloka Hari Raya’ nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir tetap di mainkan orang ramai setiap Aidil Fitri sampai lah ke hari Kiamat nanti! Lagu Evergreen!
Lagu2 Uji Rashid dan Hail Amir sampai sekarang tetap popular dan sedap di dengar biar pun berkali kali!
Ini pula lagu Uji Rashid bersama Datuk DJ Dave:
Semoga Uji Rashid terus berbahagia bersama keluarga nya yang tersayang dan di kurniakan Allah dengan segala kebaikan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Amin Ya Allah!
Hits: 5
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!