Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat sejahtera ke atas kamu dengan rahmat dan berkat dari Allah!
Bagus kan makna Salam kita?
Satu ucap selamat yang lahir dari maksud sebenar Agama Islam. Satu satunya Agama @ Pedoman Hidup dari Sang Maha Pencipta diri kita semua ini dan sekalian alam2 yang zahir (dapat kita lihat) dan batin (alam ghaib).
Saya sering bertanya kepada mereka yang saya ketemui di dalam urusan harian saya untuk menjelaskan apakah yang mereka faham dan tahu tentang Islam?
Agama yang kita sebagai Muslim anuti. Apakah dia Islam itu?
Seringkali jawapan yang saya terima dari mereka yang Muslim sangat-sangat mengecewakan.
‘Maaf pakcik! Saya tak tahu!’
Hairan juga saya ini. Orang yang saya tanya bukan budak2 kecil. Dah dewasa. Malah dah kahwin. Punya anak2 lagi.
Macamana boleh jawab begitu?
Dah jadi suami. Dah jadi ayah kepada anak anak. Sudah semestinya tahu sedikit sebanyak tentang Ad Deenul Islam yang menjadi asas tatacara kehidupan kita.
Oleh sebab itu, tergerak di hati saya untuk menulis beberapa artikel penerangan tentang Asas Pengetahuan Islam bagi membantu para pembaca untuk mengemaskini ilmu pengetahuan masing masing tentang Islam.
Semoga dengan usaha ini dapat menjelaskan kepada golongan yang belum faham akan apakah dia Islam dengan mudah dan boleh di terima oleh semua.

- Mengucap 2 Kalimah Syahadah iaitu:

KEFAHAMAN TENTANG ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.
Didalam menyatakan bahawasanya Isa Al-Masih adalah seorang manusia, harus juga kita menerima bahawa Isa Al-Masih adalah juga seorang Rasul Allah yang di utuskan khusus kepada kaum Yahudi.
Tak masuk akal lah bagi ALLAH dilahirkan pula oleh suatu makhluk ciptaan Nya!
Makanya sebagai umat Islam, seseorang itu hendaklah menolak sebarang dakyah oleh para mubaligh Kristian yang cuba mengaburi minda masyarakat kita dengan dakwaan bahawa Isa Al-Masih itu ‘anak Tuhan’ dan bahawa ada 3 konsep Tuhan menurut kepercayaan tersasar mereka.
Ada ‘tuhan bapak’, ‘tuhan anak’ dan ‘tuhan ruh’. Ajaran karut semata mata. Hormati diri sendiri dengan tidak terpengaruh dengan segala tahyul-mahyul ini. Bab menyembah Tuhan ni bukan boleh main ikut sesuka hati seseorang!
Hidupnya kita ini di atas Ehsan Allah. Bukan nya sesuatu yang lain. Segala benda2 pelik yang di sembah puak puak Kafir ini semua khayalan mereka semata mata.
Allahu Rabbul Jalil menempelak golongan karut ini dengan firman Nya di dalam Al-Qur’an Surah At Tawbah ayat ke 30:
MALAY
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
TRANSLITERATION
Waqalati al yahoodu AAuzayrun ibnu Allahi waqalati an Nasara al Maseehu ibnu Allahi thalika qawluhum bi-afwa hihim yudahi-oona qawla allatheena kafaroo min qablu qatalahumu Allahuanna yu fakoon
Manusia2 kafir juga turut sama hidup dan bernafas sebebas manusia2 yang beriman. Sang pembuat berhala dan patung2 sembahan kafir turut bebas berada di bumi ciptaan Allah ini dan saling bertukar ganti secara turun temurun, zaman berganti zaman dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri.Begitu besar sekali Sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Allahu Rabbi sehingga membenarkan sebilangan besar umat manusia yang kafir terhadap Ia, Sang Pencipta untuk terus hidup malah memberikan segala nikmat duniawi dan kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja di dunia ini. Manusia bebas hidup menurut kehendak hati mereka. Di anugerahkan akal fikiran dan kebebasan memilih kepada manusia untuk mencari erti kehidupan ini tetapi sejak zaman anak anak cucu Nabi Adam Alaihis Salam lagi, manusia telah tersesat dari fitrah menyembah hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tersasar menyembah segala berhala buatan sendiri.
Saksikan video di bawah ini dan lihat bagaimana pembuat berhala di Kolkata, India membuat ‘tuhan-tuhan’ sembahan mereka dari jerami yang di jalin, kemudian di tempel dengan bancuhan tanah liat, kemudian di cat dan di hiaskan berhala-berhala itu mengikut rekaan dan khayalan mereka sendiri.
Berhala-berhala ini kemudian di jual untuk sedikit keuntungan. Sang pembeli pula membawa pulang berhala yang di beli nya kemudian di letakkan di atas pelantar khas dan di sembah akan berhala yang di belinya itu dengan meletakkan seribu satu harapan kepada berhala tersebut! Boleh di terima akal?
Firman Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam ketika Rasulullah di datangi rombongan puak Arab Nasrani dari Najran yang bertanya kepada Baginda Nabi tentang siapakah ‘Allah’, Tuhan yang sedang di perkatakan Muhammad?
Maka, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengutuskan Malaikat Jibril Alaihis Salam untuk turun membawa wahyu dari Allah untuk di sampaikan kepada Nabi Muhammad bagi menjawab soalan2 mereka.
Wahyu itu adalah Surah Al Ikhlas!

Maha Esa itu makna nya ia tersendiri. Satu! Tidak ada dua atau tiga nya. Cuma Satu! Dan Ia yakni Allah adalah Tunggal!Bukan 3 dalam 1 seperti yang menjadi kefahaman dan kepercayaan Kaffir Kristian didalam konsep Tuhan Trinitas mereka.
Allah itu bukan seperti kopi 3 dalam 1!
Makanya tidak boleh kita terima tuntutan Gereja Katolik Kristian Malaysia yang mahu menggunapakai perkataan ‘Allah’ sebagai gantinama perkataan ‘Tuhan’ didalam cetakan Bible mereka!
Duli Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan bertitah melarang penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh pihak Gereja Katolik Kristian didalam Bible dan majalah Herald terbitan mereka!
Barisan peguam peguam Muslim Malaysia dibawah pimpinan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang berjuang mempertahankan kalimah suci ‘Allah’ hanya untuk umat Islam sahaja di perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 22hb Ogos, 2013 dahulu.
Alhamdulillah, keputusan kes di pihak kita! Allahu Akbar!
Pihak Pope Kristian Katolik sendiri menegaskan bahawa mereka tidak akan mengguna pakai kalimah Allah di Vatican dan di Eropah. Mereka cuma menggunakan kalimah Allah di dalam negara-negara Islam untuk tujuan mendakyah umat Islam melalui usaha-usaha para mubaligh Kristian di negara-negara tersebut.
Maka, kita sebagai umat Islam harus sedar akan segala putar belit Kaffirin bagi menyamaratakan konsep kepercayaan mereka dengan Ad Deenul Islam bagi mengaburi minda barangsiapa yang lemah pegangan atau akidah mereka untuk menerima bahawa Allah yang kita sembah adalah sama sahaja dengan ‘tuhan’ ciptaan mereka!
Sebab itu saya menulis panjang lebar disini bagi memahamkan sesama Islam yang sedang membaca artikel saya ini tentang perlunya kita berpegang teguh pada prinsip pertama Rukun Islam kita ini bahawa kita mengaku ‘Tiada Tuhan selain dari Allah!’
Nabi Muhammad berjuang selama 13 tahun di Makkah semata mata untuk mengajak kaum Arab Quraysh yang sebangsa dengan nya untuk menerima bahawa hanya Allah semata mata yang wajib di sembah mereka dan bukannya segala patung-patung berhala ciptaan mereka dan di letakkan sekeliling Kaabah dan syirik terhadap Allah!
13 tahun di habiskan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam berdakwah di kalangan bangsa Arab Quraysh untuk meninggalkan segala kekufuran mereka terhadap Allah!
Bukan 13 bulan, 13 minggu, 13 hari atau 13 jam!
13 tahun! Menderita segala macam penganiayaan kaum nya semata mata untuk membawa mereka keluar dari kegelapan akidah menyembah berhala serupa sahaja dengan berhala berhala buatan orang orang Hindu di Kolkata, India di dalam video di atas!

Tidak bergerak suatu zarrah sekalipun melainkan dengan Izin Allahu Ta’ala!
Amat penting sekali bagi mana mana umat Islam berusaha untuk mengetahui dengan tepat akan siapakah Allah itu? Tidak cukup sekadar berkata’ Aku percaya kepada Allah’ tetapi bila di minta menjelaskan akan sifat sifat Allah, ianya tenggelam punca dan lidah nya kelu tidak terkata apa apa!
Mari kita belajar tentang Sifat Sifat Allah melalui video ini.
Allah ada 100 Sifat Rahmat. 1 daripada nya Allah perturunkan kepada sekalian makhluk ciptaan Nya.
Dengan satu sifat Rahmat dari Allah itu kita berkasih sayang dan kasihan mengasihani sesama manusia, terhadap kehidupan2 lain serta sekelian alam.
Baki 99 sifat Rahmat Allah itu turut di kenali sebagai Asma’ul Husna. Nama nama indah Allah, Tuhan Semesta Alam.
Ketahui makna Asma’ul Husna tersebut melalui video ini.
Maha Suci Allah, Tuhan yang mencipta kita ini. Memberikan kita segala nikmat pancaindera kita. Tanpa satu daripada kurnia Allah ini maka pincang lah kualiti kehidupan kita. Cuba kita semak sebentar.

Hits: 354
More Stories
Perikatan Nasional jangan jadi baloq! Mulakan kerja menawan hati negara!
Ke Putrajaya hasil Tipu Daya ~ Apakah diberkati Allah?
Anwar Ibrahim akhirnya berjaya! PM Tepi dah jadi PM ke 10! Namun ….