December 10, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

UMNO Pulau Pinang berputih mata! Papantanda depan Ibu pejabat UMNO PENANG di musnahkan MPPP!

Sungguh memalukan! UMNO PENANG la ni dah jadi darai! Boleh pakat tengok saja lambang parti yang memerintah Negara Malaysia boleh dengan selamba nya di musnahkan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang di bawah perintah dan telunjuk DAP depan mata ahli ahli UMNO PENANG sendiri!


Sungguh sungguh memalukan dan lambang ketidakupayaan para pemimpin UMNO sekarang di bawah PM yang paling lemah didalam sejarah perjuangan UMNO!


Tak ada makna nya dok teriak ‘HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU!’ berdegar degar di Dewan Merdeka, PWTC setiap Perhimpunan Agong UMNO saban tahun bilamana simbol dan lambang parti pemerintah Kerajaan Persekutuan UMNO boleh dengan begitu mudah di hancurkan DAP melalui proksi mereka iaitu MPPP!


Sumber foto

Najib Razak patut malu lah! 
Takde maknanya dok berteriak di atas pentas ‘HIDUP UMNO!’ dan ‘HIDUP MELAYU!’ bila lambang parti UMNO yang sekarang ini di bawah kuasa tuan di bunoh DAP di bawah perintah Lim Guan Eng dengan begitu mudah tanpa sebarang tentangan secara nyata (fizikal) oleh ahli ahli UMNO PENANG!

Sumberfoto

Saya ingin bertanya,‘Semasa pembinaan papantanda UMNO tersebut takkan pihak pemaju tidak mendapatkan kelulusan dari pihak Pengarah Pelesenan papantanda MPPP terlebih dahulu?


Sumber foto

Dan kenapa perlu dikenakan tindakan ‘SERTA MERTA‘? Adakah papantanda itu menimbulkan masaalah keselamatan kepada umum makanya perlu di robohkan pihak penguatkuasa MPPP sebegitu rupa?


Sumberfoto

Zaman Perdana Menteri ke 4 dan yang paling berjasa sekali yakni Yang Amat Berhormat Tun Dr.Mahathir Mohamad, seorang pun musuh musuh politik UMNO dan umat Islam di negara kita tidak berani usik apa apa lambang dan jatidiri Melayu!


Dah tak bermaruah UMNO PENANG di perlakukan sedemikian rupa oleh DAP di bawah kuasa Ketua Menteri nya Lim Guan Eng!


Sumberfoto

Mana hilangnya KETUA PEMUDA UMNO? Khairy Jamaludin dok buat apa? Mana dia tindakan susulan Barisan Pemuda UMNO?

Sumberfoto

PM Najib Razak patut bertindak segera menyelesaikan perkara ini! Jangan lupa bahawa nasib dan masa depan orang2 Melayu terletak pada apa yang Dato Seri tentukan! Jangan lepaskan DAP dari angkara ini!


Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur dan kedaulatan orang orang Melayu di tanahair sendiri hancur lebur!


Nasib UMNO Penang kini bagaikan telor di hujung tanduk! Bertindak lah segera untuk memulhkan keadaan. Hendak seribu daya! Jika tidak tanggung saja natijahnya!

Hits: 0