December 2, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Bangkit dari Alam Kubur! Kuliah Prof.Dato’ Dr.Hj. Harun Din Al Hafiz

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Juma’at kepada Muslimin dan Muslimat, pembaca blog Mahaguru58 yang di kasihi.


Sempena ketibaan Jumaat nan penuh Barakah, Penghulu segala Hari @ Sayyidul Ayyam ini, maka mari lah kita tinggalkan sekejap segala persoalan kelam kabut dunia politik dan keributan sosial masyarakat Malaysia yang tak sudah sudah ini dan tumpukan perhatian kita kepada Pengajian Islam.


Kuliah tentang keadaan kita nanti bila di bangkitkan dari alam Kubur yang pasti akan setiap dari kita lalui nanti.


Pengajian ini di sampaikan oleh insan kamil, Al Fadhil Al Ustaz Professor Dato’ Dr. Haji Harun Din Al Hafiz. Ulamak tersohor didalam negara kita dan seorang insan yang saya amat hormati.




Alhamdulillah, saya pernah bertemu dengan Tuan Guru secara peribadi dan mewawancara beliau beberapa kali tentang isu isu semasa yang berkaitan dengan Agama Islam yang kita beriman dengan nya.








Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberikan Tuan Guru Professor Dato Dr Hj Harun Din kesembuhan dari segala penyakit yang di deritai beliau dan di panjangkan umurnya, di murahkan rezekinya, di perkuatkan jasadnya dan di curahkan keberkatan yang tak henti henti bagi insan yang amat kita perlukan ini untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan nusa.


Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Hits: 0