February 22, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Anwar Ibrahim teruk di bahasakan Peguam Felicia Ling,di Perhimpunan Anak Anak Selangor!




Anwar Ibrahim harus sedar bahawa cita cita nya untuk melihat isteri nya Wan Azizah diterima oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan adalah seumpama bermimpi di siang hari bilamana ia di bahasakan secara terbuka di pentas Perhimpunan Anak Anak Selangor menyokong Sultan Selangor oleh Felicia Ling, seorang peguam wanita berbangsa Cina!


Peguam Felicia Ling




Felicia Ling telah membidas usaha Anwar Ibrahim yang begitu beriya untuk isteri nya Wan Azizah di lantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan cara kotor dan tidak ‘gentleman’ oleh Anwar yang sanggup menggunakan apa saja cara dan kaedah untuk mencapai impian nya untuk berkuasa di Selangor!


Pening kepala layan kehendak Anwar Ibrahim

Begitu petah dan fasihnya Felicia Ling didalam ucapan nya yang di sambut dan di sokong orang orang Selangor yang tegar tetap menjunjung duli ke bawah Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj didalam perkara melibatkan kerusi Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!


Anwar Ibrahim Raplah Jingga?

Apakah Anwar Ibrahim akan mengambil kira akan teguran Felicia Ling ini atau buat buat tak tahu seperti biasa?


Baca laporan selanjutnya di sini.

Visits: 0