

Malay
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Malay
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Saudara saudari sekelian,
Sahabat kita penulis skrip filem dan drama TV, Martias Mohd Ali telah kembali ke Rahmat Allah pada jam 10:43 malam Khamis di Hospital Ampang akibat komplikasi dari Lymphoma @ kanser darah tahap 4.
Mari lah kita hadiahkan pembacaan Surah Al Fatihah dan Yasin bagi arwah!
![]() |
Arwah sedang di bawa ke Dewan Pembedahan |
Arwah di masukkan ke Hospital Ampang pada 13hb Mei lalu untuk rawatan.
![]() |
Putera arwah Adza Haiqal Martias merenung masadepan keluarga disamping ayah yang terlantar |
![]() |
Puteri arwah tertidur di samping ayahnya semasa menemani arwah di wad hospital. |
![]() |
Kasih sayang anak anak terhadap arwah |
![]() |
Gambar kenangan bersama arwah di Hospital Ampang |
![]() |
Bersama isteri tersayang |
Semasa di hospital ramai kawan kawan sempat menziarahi arwah.
![]() |
Pelakon Shahrol Nizam sempat menziarahi arwah di Hospital Ampang |
![]() |
Pelakon Wan Maimunah dan Aida Ruyati turut menziarahi arwah |
![]() |
Kenangan Aidilfitri bersama arwah |
Gambar yang sempat saya rakam sesudah Mesyuarat Agong CCIG ke 3 di Dewan Cendekiawan, IPPTAR, Angkasapuri di mana Allahyarham Martias Mohd Ali di lantik sebagai Bendahari CCIG bagi sesi tahun ini.
Beliau banyak memainkan peranan untuk dunia seni dan industri kreatif tanahair. Kenangkan lah jasa jasa Allahyarham dan sedekahkan lah Al Fatihah bagi Arwah!
Marilah kita bersama sama menghadiri majlis pengkebumian arwah. Bagi yang dapat meluangkan masa bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di persilakan ke kediaman arwah di :
No 40 Jalan AU5D/3,
Lembah Keramat,
54200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Lembah Keramat,
54200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Janazah Allahyarham Martias Mohd Ali akan di sembahyangkan di Masjid Al Sobirrin , Keramat AU5 selepas Solat Jumaat nanti dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Keramat AU5 juga. Insya Allah.
Bagi makluman lanjut boleh menghubungi:
012 6162 641 – Rina
012 349 7572 – Emie
012 349 7572 – Emie
Hits: 11
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!