Malaysia memang terkenal dengan kelazatan pelbagai masakan tradisional dari serantau Asia. Di antara makanan yang terkenal di negara kita adalah Nasi Kandar dan Kari Kepala Ikan sajian orang2 India Muslim Pulau Pinang.
Salah seorang pengusaha Nasi Kandar Kari Kepala Ikan yang terkenal di kawasan Ampang, Kuala Lumpur adalah Encik Jafarullah Khan @ Jafar yang memiliki Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Maju, Famous Fish Head Curry bertempat di anjung Pasaraya Lotus’s Ampang, Kuala Lumpur.

Encik Jafarullah Khan @ Jaafar telah terlibat didalam perniagaan Nasi Kandar sejak 20 tahun yang lalu.
Jafar membesar di Pulau Pinang dan mula bekerja di industri perniagaan restoran pakciknya di Kuala Lumpur pada tahun 1985. Restoran pakciknya adalah Restoran Kampong Pandan. Jaafar mempelajari segala selok belok perniagaan dari pakciknya dan menjadi pengurus di restoran tersebut.
Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapatkan ruang tapak restoran di Tesco Extra Ampang dan mula menarik perhatian para pelanggannya untuk berkunjung ke sini.
Restoran beliau di beri nama Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Maju.
Entah kenapa, kebanyakan restoran India Muslim di tambah nama restoran mereka dengan perkataan ‘Maju’.
Yang pelik nya memang restoran India Muslim @ Mamak begini akan maju dan semakin mantap bisnes mereka dari tarikh awal pembukaan!
Ada rangkaian restoran2 begini yang akan mengambil alih premis2 kedai berdekatan yang hidup segan ; mati tak mahu!
Pengusaha restoran2 Melayu patut mencontohi cara niaga pengusaha2 restoran dan bistro Mamak. Usah berhasad dengki sesama bangsa Melayu dan yang sama sama beragama Islam! Bersatu bertambah mutu!
Mesti ada cara cara dan kaedah2 perniagaan yang di guna pakai peniaga dari kaum India Muslim yang menjadi rahsia kemantapan bisnes mereka!
Mungkin disebabkan pengusaha restoran India Muslim @ Mamak mempunyai strategi menepati citarasa pelanggan dari pelbagai kaum dan mengekalkan harga makanan dan minuman di restoran2 mereka pada kadar yang berpatutan dan munasabah.
Itu adalah kunci rahsia perniagaan restoran2 seperti Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Maju!
Menu sajian restorannya ini adalah dari jenis masakan tradisional India Muslim dan juga masakan Melayu.
Masakan2 nya ini disediakan oleh tukang2 masak yang pakar dan beliau membuka peluang kerja kepada warga tempatan dan juga pekerja impot dari India dan Indonesia.
Semua makanan disini adalah halal dan di jamin kebersihan dari segi penyediaan dan juga kualiti.
Kari Kepala Ikan Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Maju adalah dari jenis Ikan Merah, Jenahak dan Kurau. Harga kepala ikan tertakluk kepada harga semasa dan juga saiz.

![]() |
Ayam Masak Kicap |
![]() |
Gulai Daging Masak Kicap |
![]() |
Ikan Goreng |
![]() |
Ayam Goreng Kunyit |
![]() |
Ayam Masak Kicap |
![]() |
Nasi Beriani |
![]() |
Gulai Kambing |


Menu sarapan pagi di restoran popular ini adalah Roti Canai, Tosai, Capati, dan Bufet Masakan Melayu seperti Bihun Goreng, Mi Goreng, Nasi Goreng, Koay Teow, Rojak, Mi Rebus, Nasi Lemak, Lontong dan lain lain lagi.
![]() |
Roti Canai |
![]() |
Ais Kacang |

Pelanggan2 nya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Restoran ini dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari melainkan di tutup selewat jam 12.00 tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu.




![]() |
Nasi Kandar |

Itu janji tuanpunya Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Maju, Encik Jafarullah Khan @ Jaafar! Sila hubungi beliau di talian +60125223244 untuk sebarang tempahan. Kepuasan terjamin! Insya Allah!

Hits: 11
More Stories
Yahudi Ortodoks menentang Zionis Israel!
Will the Arab leaders have the courage to wage war against the Zionist Israelis?
Worldwide protests against the Zionist Israelis is worthless!