December 3, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Zed Zaidi @ Rozaidi Jamil ~ Sidang Media Gerakan Selamatkan SENIMAN!

Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS, 
Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang,
Selangor Darul Ehsan.
Khamis 23hb Januari, 2014.

Pada pagi ini, telah berlangsong satu Sidang Media oleh pelakon Rozaidi Jamil @ Zed Zaidi bagi menerangkan kepada ahli ahli Persatuan Seniman dan pihak media perdana dan media sosial tentang cerita sebenar disebalik kemelut yang timbul dari kes saman yang di kemukakan pelakon2 Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, Merriane Mohd Tap, Jamaliah Mohd Dahan, Azizah Ab Aziz dan Roslinda Buang terhadap Jawatankuasa SENIMAN penggal 2012-2015 itu pada 25 Januari 2013!


Saksikan sendiri rakaman tanpa suntingan berikut:


Pada pandangan saya, Zed Zaidi telah melakukan kerja2 yang baik bagi membantu para seniman dan karyawan negara kita ini. Zed Zaidi telah mengusahakan pelbagai bantuan bagi artis artis veteran dan semasa seperti mendapatkan Kad Diskaun bagi ahli ahli SENIMAN, bantuan kewangan bagi artis yang sakit dan miskin, telah memulakan kerja kerja untuk mendapatkan perumahan bagi artis yang belum mempunyai kediaman sendiri melalui Skim PR1MA, Perumahan Rakyat dan macam macam kerja kerja kebajikan bagi para seniman Malaysia!



Di antara personaliti personaliti dunia kreatif negara yang turut hadir adalah Dato Yusof Haslam, Produser, Pengarah dan Pelakon terkenal negara kita. Sempat lah saya berkenalan dan bergambar bersama beliau.

Ada ramai lagi seniman yang sempat saya temuramah tadi. Insya Allah akan saya muatnaikkan rakaman2 video bersama mereka dan juga gambar2 yang sempat saya ambil tadi.

Hits: 1