Akhirnya secara rasmi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi telah mengisytiharkan diri nya bertanding melawan YB Khairy Jamaludin bagi jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO didalam Persidangan Agung UMNO di hujung tahun ini.
Akhramsyah adalah anak kepada mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid (1996-1999) dan beliau sering menyuarakan pendapat dan pandangan beliau melalui laman blog nya sendiri iaitu Thoughts in Tangent : Restless Musings of a Malay Mind.
![]() |
Tan Sri Sanusi Junid |
Secara peribadi, saya mengenali Akhramsyah buat pertama kali bilamana hanya beliau seorang sahaja Blogger (Pro-Kerajaan) dan juga ahli Muslim Bloggers Alliance yang berani mengikuti saya hadir ke rumah Dato Dr Hassan Ali (sekarang bekas) Pesuruhjaya PAS Selangor semasa di jemput menghadiri majlis dailog anjuran Dato Dr Hassan Ali bersama bloggers dimana pendedahan mengenai Bai’ah Talak Tiga PAS telah dilakukan oleh tuanrumah!

![]() |
Akhramsyah berbual mesra dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden PAS) selepas majlis dailog Dato Dr Hassan Ali tersebut |
Berikut adalah teks ucapan rasmi Akhramsyah semasa Sidang Akhbar beliau pagi tadi (10pagi 20/9/2013)
________________________________________________________________
Assalamualaikum Warahmatullah i Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia,
Terima Kasih atas kehadiran semua di sini pada hari ini, baik dari kalangan wakil media dan terutama sekali kawan-kawan yang sudi melepaskan diri dari tugas harian untuk bersama-sama.
Nama saya Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, lazimnya dikenali sebagai Akhram sahaja. Sebagai pengenalan, saya seorang anak kelahiran DEB (Dasar Ekonomi Baru).
Pendidikan awal saya di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehinggalah berjayanya saya menggenggam segulung ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London semua hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru.
Dengan bermodalkan ilmu tersebutlah, saya berjaya menarik perhatian sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terkemuka mengambil saya sebagai seorang profesional.
Selama 16 tahun saya bertugas sebagai seorang jurutera, konsultan sehingga kini mencapai peringkat pengurusan syarikat tersebut. Dalam masa itu, saya berpeluang bekerja di luar negara, menimba ilmu serta pengalaman teknikal mahupun organisasi, untuk kemudian di bawa pulang demi memajukan negara bangsa.
Segala peluang serta kejayaan ini bertitik-tolak dari perjuangan UMNO, dan saya bersyukur atas pengorbanan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjasa terhadap kami generasi muda.
Namun, sejak kebelakangan ini, telah tertimbul rintihan pada peringkat akar-umbi parti, terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka.
Segala usaha serta dasar kerajaan yang baik dilancarkan, tetapi kurang mengena sasaran, dan ini menimbulkan kerunsingan. Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tak cukup kerap sampai ke bawah.
Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh Pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang obor perjuangan Agenda Melayu.
Oleh itu, memandangkan rintihan kawan-kawan, jiran-jiran serta penyokong tentang perlunya perubahan kepimpinan Pemuda, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan mengorbankan kerjaya saya untuk menawarkan diri, dengan rendah diri, sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Agenda yang akan saya bawa insya Allah sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda yang baru adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO. Oleh itulah, laungan Pemuda haruslah tidak lain dari HIDUP MELAYU!
Terima Kasih. Saya membuka majlis kepada soalan…
Ikhlas dari Calon Anda, Akhramsyah Sanusi
_________________________________________________________________
Sedutan rakaman video Astro Awani semasa sidang media Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi pagi tadi:
____________________________________________________________________________
Akhramsyah Sanusi boleh di ibaratkan seperti ‘political underdog‘ atau berkedudukan sebagai ‘David versus Goliath‘ bilamana beliau berkeputusan untuk bertanding melawan Menteri Belia dan Sukan Malaysia (sekarang) YB Khairy Jamaludin yang sangat berpengaruh di arena politik UMNO dan juga mempunyai sokongan kuat dari Tun Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri ke 5 Malaysia yang merupakan ayah mertuanya!
Walaupun Pak Lah dikatakan sebagai PM yang paling lemah sepanjang sejarah BN memerintah negara kita melalui Kerajaan Persekutuan Malaysia dan yang menyebabkan BN kehilangan 5 negeri di Semenanjung Tanah Melayu didalam PRU ke 12 (2008) namun pengaruhnya tetap ada sebagai seorang mantan Perdana Menteri.
![]() |
Nori Abdullah bersama anak dan suaminya KJ |
Sudah tentu Tun Abdullah Badawi akan menyokong Khairy Jamaludin, menantunya untuk terus berkedudukan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekaligus berusaha meneruskan kempen KJ untuk kekal didalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Bukan mudah bagi Akhramsyah Sanusi untuk membuat kejutan didalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini dan merubah kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang seolah kehilangan suara sejak diterajui Hishamuddin Hussein Onn sebelum ini dan di ambil alih oleh Khairy Jamaludin didalam pemilihan yang dikatakan terdapat unsur unsur politik wang?
Bilamana soal Khairy Jamaludin diperbincangkan orang didalam forum forum siasah negara, tak dapat tidak akan pemantau politik tanahair merujuk kepada sesi di bawah ini:
Politik wang adalah satu pengkhianatan terhadap kehendak dan aspirasi ahli ahli pergerakan di peringkat akar umbi yang mendambakan perubahan kepimpinan yang baru, jujur, bebas dari rasuah, beramanah dan bersemangat berani membela nasib bangsa dan pewaris pejuang pejuang Melayu!
Hits: 11
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!