December 3, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Gambar2 Bukti Memang Gengster 04 yang mati di tembak Polis Di Raja Malaysia di Pulau Pinang tempohari. Bukan orang biasa.

Rakyat Malaysia secara amnya menyokong Ops CANTAS yang dijalankan pihak Polis Di Raja Malaysia dan menarik nafas lega bilamana satu persatu ahli ahli kongsi gelap atau gengster dikesan dan di jejaki pihak PDRM sebagai pasukan keselamatan utama negara kita menjaga ketenteraman awam dan membanteras penjenayah.

Bekas pemimpin HINDRAF, pertubuhan yang diharamkan kerajaan Malaysia yang dilantik pula oleh Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke 6 / 7 ini selepas Abdullah Badawi untuk menjadi seorang senator dan diberikan pula jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy mempersoalkan kenapa PDRM memilih untuk menembak mati kelima orang gengster berbangsa India ini dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk menyerah diri dan di tangkap hidup2?

Menurut sumber dari Kementerian Dalam Negeri, ini adalah statistik jumlah gengster yang dikenalpasti didalam negara kita:

Jumlah ahli kongsi gelap di Malaysia : 40,313 orang gengster

Pecahan mengikut kaum
    Jumlah
India
      28000
Cina
        2140
Melayu
      1000+
Sabah
          329
Sarawak
        900+
Lain lain bangsa
       7944
Jumlah keseluruhan
     40,313
Lihatlah betapa ramainya ahli ahli kumpulan kongsi gelap berketurunan India berbanding kaum dan bangsa lain didalam negara?

Bukankah ini menunjukkan kegagalan kebanyakan pemimpin berketurunan India di Malaysia ini untuk membantu dan membimbing bangsa sendiri untuk memajukan diri didalam kehidupan?

Apakah telah dilakukan oleh orang seperti Waytha Moorthy untuk membantu rakyat Malaysia berketurunan India?

Rata rata orang India yang menjadi gengster ini berpendidikan rendah. Tidak mempunyai asas kemahiran yang boleh mereka gunakan untuk menyara kehidupan sendiri seperti membuka bengkel membaiki kenderaan, perkhidmatan begitu dan begini secara halal.

Tidak dibantu untuk mendapatkan modal pinjaman dari pelbagai SKIM KERAJAAN yang sedia ada untuk memulakan perniagaan secara halal dan sebagainya.

Mereka kurang dibantu untuk berjaya didalam pelajaran dan terpaksa beralih kepada jenayah untuk meneruskan hidup.

Terdapat juga pelbagai diskriminasi dari pihak pihak berwajib semasa orang orang India pergi memohon itu dan ini daripada kerajaan selaku rakyat negara ini.

Inilah punca utama kenapa begitu ramai orang orang berketurunan India di Malaysia ini yang menjadi gengster didalam negara.

Apa apa pun saksikan lah bukti bahawa yang mati ditembak semasa pertembungan dengan PDRM didalam OPS CANTAS tempohari memang benar benar gengster 04 dan bukan orang awam biasa.

Klik di sini untuk menyaksikan gambar2 bukti tersebut!!!

Gengster India kat Malaysia memang berani. Tak pernah takut untuk menunjukkan kekuatan mereka. Depan Polis pun mereka kan berarak menunjukkan panji panji kumpulan mereka berbanding gengster Cina dan Melayu yang lebih bersifat menyorok identiti kumpulan!

Saksikan ;


Waytha Moorthy dan sekelian mereka yang mengaku memimpin bangsa India di Malaysia patut berusaha membantu kaum India di Malaysia mendapatkan pekerjaan yang halal dan bergaji berpatutan untuk menghentikan golongan remaja dan dewasa dari terjebak kedalam kancah gangsterisma.

Cari makan brader! Jangan cari nahas!

Saya selaku seorang warganegara Malaysia ingin menyeru setiap rakyat Malaysia untuk membantu sesama kita mencari rezeki halal dan sah dari segi undang undang negara.

Jangan bersikap tidak adil terhadap sesiapapun warga kita.

Kita semua akan menghadap Allah di Yaum al Qiyamat nanti.

Buka lah peluang kepada semua kaum untuk menjawat apa apa sahaja pekerjaan yang disediakan kerajaan.

Insya Allah! 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 56!

Hits: 45