![]() |
Allahyarham S.Shamsuddin |
![]() |
Allahyarham S.Shamsuddin (tengah) |
Allahyarham S.Shamsuddin adalah diantara 3 pelakon hebat dizaman kegemilangan filem hitam putih Melayu tahun 50an-60an dimana arwah berlakon bersama sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Dato Aziz Sattar.
Filem2 komedi siri Bujang Lapok lakonan mereka bertiga masih popular sampai ke hari ini.
Salah satu adegan dari filem Seniman Bujang Lapok :
Kitar semula zaman P.Ramlee :
S.Shamsuddin enter frame dalam shooting :
Screen test didalam Seniman Bujang Lapok :
Jampi Mambang didalam Pendekar Bujang Lapok :
Encik! Sound dia rosak! :
Allahyarham S.Shamsuddin dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1hb Januari 1929. Beliau mula berlakon pada tahun 1950 didalam filem Aloha selepas diberikan peluang oleh pengarah Balden Singh Rajhans.
Allahyarham S.Shamsuddin telah mula bekerja di studio Malay Films Productions di Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1948 selepas melawat studio filem terkenal itu untuk melihat bagaimana penggambaran filem di jalankan?
Peristiwa ia melawat studio filem termasyhur itu mungkin menjadi ilham Tan Sri P.Ramlee bila di abadikan didalam jalan cerita filem ‘Seniman Bujang Lapok’ lakonan arwah bersama trio komedi mereka.
Senarai filem lakonan arwah S.Shamsuddin :
Year | Title |
---|---|
1950 | Aloha |
1951 | Sejoli |
1952 | Aladdin |
1952 | Sedarah |
1953 | Istana Impian |
1954 | Panggilan Pulau |
1955 | Abu Hassan Pencuri |
1956 | Hang Tuah |
1956 | Panca Delima (1956) |
1957 | Bujang Lapok (1957 – Sudin) |
1958 | Kaki Kuda |
1958 | Sarjan Hassan |
1959 | Pendekar Bujang Lapok (1959 – Sudin) |
1959 | Nujum pak belalang (1959 – Nyawa, Penjahat No. 2) |
1960 | Antara Dua Darjat |
1961 | Ali Baba Bujang lapok (1961 – Kassim Baba) |
1961 | Seniman Bujang Lapok (1961 – Sudin) |
1962 | Siti Muslihat |
1963 | Nasib Si Labu Labi |
1964 | Bidasari |
1964 | Mambang Moden |
1964 | Tiga Abdul (1964 – Pencerita) |
1969 | Filem Ibulah Shorga [1969] |
1981 | Dia Ibuku |
1979 | Tuan Badul |
1981 | Setinggan |
1981 | Penyamun Tarbus |
1986 | Bujang Lapok Kembali Daa |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam 2 |
2007 | Budak Lapok |
2010 | Eee…Hantu!!!!! |
Rakan rakan zaman filem P.Ramlee menziarahi S.Shamsuddin semasa arwah sakit di Singapura.
Kehilangan S.Shamsuddin amatlah terasa. Semoga arwah tenang di Alam Barzakh bersama sama dengan mereka yang di redhai Allah Subhanahu Wa Ta’ala!
Amin.
Al Fatihah!
Tinggal Dato Aziz Sattar je yang masih hidup dari trio Bujang Lapok kebanggaan kita serantau. Semoga dipanjangkan usia beliau dan dikurniakan kesihatan serta kemurahan rezeki baginya. Amin.
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!