December 9, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Tian Chua dan Haris Ibrahim ditahan Polis Di Raja Malaysia! Adam Adli dapat teman di lokap?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua dan aktivis politik, Haris Ibrahim (Asal Bukan UMNO) telah ditahan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia untuk membantu siasatan dibawah Akta Hasutan berkenaan dengan Perhimpunan 505 (Blackout) yang dianjurkan oleh parti pembangkang baru baru ini!

Tian Chua ditahan di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang lebih kurang jam 12.50 tengah hari tadi sementara Haris Ibrahim pula ditahan polis di Segambut ketika baru hendak menjamu makan tengah hari.


Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/tian-chua-dan-haris-ibrahim-ditahan-polis-14794

Kedua dua mereka telah dibawa untuk ditahan di Balai Polis Jinjang dan mungkin ditahan di Pusat Tahanan Jinjang. 

Adam Adli sudah ada teman seprotes bagi memeriahkan dirinya yang keseorangan didalam tahanan. 


Dapat juga istirehat didalam dengan makan minum serta tempat tinggal ditanggung pihak Kerajaan Malaysia. 


Berbaloi juga berdemonstrasi tak sudah sudah untuk memperdana menterikan idola pujaan dihati! 

Bukan mudah oo…. serak serak kering sudah suara tu!


Semua gara gara Anwar Ibrahim gagal untuk jadi Perdana Menteri yang ke 7!



Aiseyman! Anwar punya pasal, ramai lagi nampaknya akan jadi tetamu jemputan Pusat Tahanan Jinjang selepas ini!


Sendiri cari pasal ma… Kita kembali kepada Adam Adli!


Nak tahu kenapa Adam Adli kena tangkap??? Saksikan video ini :





Terang terangan mengajak gerombolan pembangkang untuk turun ke jalanraya mencetuskan suasana serupa di Timur Tengah, merampas kuasa menggunakan kekerasan!


Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekarang bukan lagi Menteri Amaran brader!



Menteri KDN sekarang adalah Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi! 


Beliau adalah seorang yang berani, tegas dan tetap didalam tindak tanduk beliau. Demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua!


Sekiranya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas ketenteraman awam tidak bertindak mengarahkan Polis Di-Raja Malaysia menangkap sesiapa yang membahayakan negara kita ini, maka beliau akan dituduh gagal melaksanakan tugas dan amanah yang beliau telah bersumpah dengan nama Allahu Ta’ala di hadapan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia semasa menerima perlantikan beliau menjawat kedudukan sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita bagi penggal Parlimen 2013-2017 ini!




Kita hendaklah menyokong usaha Menteri KDN kita ini dan berdoa agar beliau dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dan di kurniakan kecekalan hati demi melaksanakan tugas yang sangat mencabar ini menghadapi para petualang dan pengkhianat negara yang sedang berusaha memporak perandakan Malaysia untuk mencapai cita cita mereka merampas kuasa di bumi bertuah ini!


Cegah sebelum parah! Cantas sebelum ia bertunas! Ingat sebelum kena!


Sekarang, kumpulan kumpulan anti-kerajaan sedang berkumpul setiap malam, mengadakan nyalaan lilin @ candlelight vigil bagi menyatakan dan menunjukkan sokongan padu mereka kepada Adam Adli yang kini ditahan didalam Pusat Tahanan Jinjang.




Nampaknya jualan lilin akan meningkat berikutan telah di adakan ‘Nyalaan Lilin’ bagi memberikan semangat kepada kepala kepala protes jalanan tanahair. 



Tauke tauke penjualan lilin akan menarik nafas lega dengan peningkatan jualan tersebut dan secara tak langsung memecah sekatan Boikot Barangan Cina yang sedang berlangsung sekarang selepas kaum Cina memberikan sokongan sepenuh mereka kepada Parti Juara Janji Itu dan Ini serta Parti Hantam Saja Lah berjaya mengekalkan kuasa di Pulau Mutiara Kelam, Selangor dan Kelantan.




Kumpulan kumpulan koir nyanyian lagu lagu semangat merapu meraban akan menghiburkan Adam Adli dan teman teman seprotes jalanannya dengan lebih bersemangat lagi selepas ini. 



Ramai pula yang sanggup untuk menggantikan Adam Adli didalam tahanan. Saksikan lah semangat setiakawan kumpulan yang tak sadar diri di untung ini.




Apa mereka fikir Pusat Tahanan Jinjang tu ‘Jinjang Resort‘ ke apa? Nak suka suka minta penginapan dan makan minum di tanggung Kerajaan? 



Barangkali yang dok melalak kat bawah ni nak jadi galang ganti kot? Nampak gayanya ada peluang tu.. termasuk yang dok pegang loudhailer. 


Coming soon.. Next Change???




Kita tengok sajalah akan apakah pula yang akan berlaku selepas ini?

Hits: 0