December 3, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

PRU13 ~ PESANAN MAHAGURU58 & KETUA IMAM MASJID AL NAJIHIN KEPADA PENGUNDI P124!

Parlimen P124 Bandar Tun Razak
Bandar Tun Razak,
Jumaat 22hb Jamadil Akhir 1434
3hb Mei 2013


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tuan tuan dan puan puan, warganegara Malaysia dan rakan2 pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak P124 yang saya hormati sekelian.


Luahan hati saya di atas turut membawa pesanan Ketua Imam Masjid Al Najihin, Masjid Jamek di Kariah Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak ini.


Calon PKR bagi Parlimen P124 Bandar Tun Razak ini masih lagi Tan Sri Khalid Ibrahim yang GAGAL untuk berkhidmat kepada para penduduk kawasan parlimen ini sejak beliau dilantik oleh kami pada PRU12 tahun 2008 dulu!


Bayangkan betapa kecewanya hati Ketua Imam Masjid Al Najihin kami, Tuan Abdul Aziz bilamana selama 5 tahun Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen P124 Bandar Tun Razak ini, cuma 2 kali sahaja Khalid Ibrahim datang berjamaah sebagai makmum biasa.


Tak pernah Khalid Ibrahim berjumpa AJK Masjid Al Najihin bertanya tentang keperluan masjid atau menawarkan apa apa bantuan kepada masyarakat disini!


Maka pendekata, kami ingin menyeru setiap pengundi di Parlimen P124 Bandar Tun Razak, terutamanya umat Islam disini supaya tidak lagi tertipu dengan Khalid Ibrahim yang GAGAL melaksanakan sebarang tugas sebagai seorang Ahli Parlimen yang kami undi dan melantiknya pada PRU12 tahun 2008 dahulu!


Undilah calon Barisan Nasional pada PRU13 untuk kemakmuran dan kesejahteraan kawasan Parlimen P124 Bandar Tun Razak khususnya dan di seluruh Malaysia amnya!


Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab kita selaku warganegara Malaysia!


Sekian. Terima kasih.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hits: 0