Rakaman spontan ucapan Ustaz Kazim Elias tentang bahawa penyelewengan PAS sejak bercita cita besar untuk menakluk Putrajaya dan cara indoktrinasi pucuk pimpinan PAS bahawa hanya mereka yakni ahli PAS yang benar dan semua yang lain salah!
Rakaman ini saya ambil semalam semasa saya hadir ke majlis anjuran PEMBELA di Kelab Sultan Sulaiman bertajuk ‘Isu Isu Islam & Umat Islam Menjelang PRU13’.

Banyak perkara dibongkar oleh Ustaz Kazim tentang penyelewengan PAS terhadap umat Islam bila mereka menggunakan pelbagai taktik dan indoktrinasi untuk ‘brain wash’ para pengikut mereka untuk menjadi taksub dan memuja memuji tokoh2 parti mereka seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan lain lain!
![]() |
Bergambar kenangan dengan Ustaz Kazim Elias selepas program |
Cara PAS mengulang menggunakan perkataan perkataan tertentu untuk mencuci kepala otak dan mempengaruhi ahli PAS untuk menjadi buta, pekak dan tuli terhadap sebarang kemasukan data dari sumber media lain kecuali lidah parti mereka iaitu Harakah Daily dan sewaktu dengannya!
Tuan puan tengok sendiri lah video ini dan kongsikan dengan kawan kawan anda.

Dato Nadzim Johan dari PPIM @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia sedang berucap menyampaikan penerangan tentang bahaya yang menanti kita seandainya kita alpa dan tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang kalah dan akan melakukan huru hara didalam negara!
Dengar khabar bahawa ada 30 peguam antarabangsa penyokong Pakatan Pembangkang sudah tiba di Singapura dan sedang menanti isyarat untuk masuk ke tanahair kita jika BN kalah! Na’uzubillahiminzalik!
Kita disarankan supaya bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan. Pandai pandai lah tuan puan didalam bab ini. Malas nak cerita lebih lebih!

Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!