Petang tadi, saya berkesempatan menghadirkan diri di majlis pelancaran KEMPEN – MUFLIS ~ Peluang Kedua yang dirasmikan oleh Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi BEPU di PWTC.
Terdapat ramai NGO2 yang turut hadir termasuk wakil2 Persatuan Pengguna Islam Malaysia atau PPIM.
Presiden Persatuan Kontraktor Kontraktor Melayu turut hadir bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia Saudara Rozaidi Jamil atau lebih dikenali dengan nama glamornya @ Zed Zaidi.
Dato Sohaimi memulakan ucapan beliau dengan menceritakan bahawa ramai usahawan2 muda Bumiputera yang jatuh muflis disebabkan mereka menjadi mangsa keadaan.
Kebanyakan usahawan usahawan ini yang jatuh muflis bilamana perniagaan mereka tidak maju, mereka terpaksa menanggung risiko bila mereka dijadikan penjamin pinjaman perniagaan, ekonomi merosot, sewa premis semakin lama semakin dinaikkan pemilik bangunan, bisnes merudum, dan seribu satu musabab lagi.
Akta Kebangkrapan 1967 yang masih digunapakai sampai ke hari ini sebenarnya sudah tiba waktunya untuk dikaji semula!
Apa tidaknya?
Jika seseorang itu terlibat dengan hutang yang mencecah RM30,000.00 sahaja dan tidak mampu membayar, boleh dengan begitu mudah di-isytiharkan muflis dan kehidupannya terus disenaraihitamkan oleh pihak berwajib!!!
Daripada apa yang saya mendengar secara terus dari Dato Sohaimi dan juga dari wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia tadi, sudah terlalu banyak kes kes mangsa keadaan yang menggelapkan masa depan seseorang yang dijatuhkan hukum bankrap @ muflis oleh sistem kehakiman negara kita sekarang ini tanpa sebarang pertimbangan lagi.
Dewasa ini sebegitu ramai yang jatuh muflis akibat hutang kad kredit dan pelbagai hutang pinjaman peribadi termasuk pinjaman hutang membiayai pembelian sewa-beli kereta dan rumah.
Dengan cuma mengiklankan Notis Bankrap di suratkhabar, pihak Jabatan Insolvensi dan Bank Negara selamba sahaja mengganggap bahawa si piutang yang terlibat sudah ‘tahu’ tentang status dirinya yang sudah dijatuhkan hukum muflis!
![]() |
Dato Sohaimi Shahadan, Pengerusi BEPU |
Dato Sohaimi menceritakan bahawa ramai diantara mereka yang dijadikan muflis semudah itu mengadu pada beliau akan ketidaktahuan diri mereka tentang notis pengisytiharan muflis seseorang itu dengan pengiklanan di suratkhabar.
![]() |
Bersama Presiden Seniman Rozaidi Jamil @ Zed Zaidi |
Sepatutnya pihak pemberi pinjaman yakni bank bank dan syarikat kewangan menggunakan segala ruang dan peluang untuk menghubungi secara terus sipeminjam itu untuk menuntut mereka membayar kembali hutang mereka atau berunding cara dengan pihak bank atau syairkat kewangan untuk pembayaran secara beransuran untuk menyelesaikan hutang hutang mereka.
Ini tidak! Sudahlah seseorang yang dijadikan muflis itu hilang segalanya, mereka itu disekat dari mendaftarkan sebarang usahaniaga, dilarang membuka akaun bank, disekat dari keluar negara, dan seribu satu kesusahan lagi!
Bagaimanakah orang yang dijatuhkan muflis itu hendak meneruskan kehidupan?
Sekatan sekatan itu dan ini diletakkan ke atas seseorang yang muflis itu sehingga mereka pada hakikatnya sudah dijatuhkan hukuman mati secara tidak langsung.
Kehidupan mereka tidak ubah seperti tersekat segala peluang untuk membebaskan diri dari jerangkap muflis yang menutup segala pintu dan jalan keluar bagi mereka dari neraka hidup!
Cuba lihat penerangan laman web rasmi ini!
Apakah sekatan-sekatan ke atas bankrap?
- Tidak boleh dilantik atau bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret
- Tidak boleh dicalonkan di dalam pilihanraya dan / atau menjadi perwakilan (hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang mana-mana jawatan di dalam persatuan)
- Tidak boleh dicalonkan atau dipilih atau memegang atau menjalankan jawatan Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan.
- Tidak boleh meneruskan mana-mana tindakan kecuali dengan sanksi Ketua Pengarah Insolvensi.
- Tidak boleh meninggalkan persekutuan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
- Tidak boleh menjalankan mana-mana perniagaan atau menjadi seorang pengarah atau mengambil bahagian dalam pengurusan mana-mana syarikat kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
- Tidak boleh bekerja dengan syarikat milik pasangan, keluarga atau saudara kecuali dengan kebenaran dari Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah.
- Tidak dibenarkan membuat pinjaman melebihi RM1,000.00 tanpa memaklumkan kepada pihak yang memberi pinjam bahawa dia adalah seorang bankrap.
Perkara perkara di atas yang didalam perkataan merah tu selalunya tak melibatkan orang kebanyakan.
![]() |
Tuan Abdul Karim Wakil PPIM |
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!